Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Shahbudin Husin, bertanggungjawab menulis buku tersebut ketika kelemahan Perdana Menteri dan Presiden Umno itu sangat banyak diperkatakan termasuk ‘lepas laku’ isterinya Rosmah sehingga kerajaan BN dipanggil ‘kerajaan laki-bini’.
Buku 25 bab ini dikeluarkan ketika kepimpinan Najib masuk tahun ketiga dan spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa dan Najib pula menghadapi krisi kepercayaan dari dalam Umno sendiri.
Pemerhati melihat kritikan dalam bentuk buku ini muncul dalam tempoh singkat berbanding ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi memimpin Umno dari 2003 hingga 2009.
Buku ini dengan tajuk penuh “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir...” dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam.
“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap.
Di bahagian Bingkisan Penerbit, Shahbudin yang merupakan wartawan sebelum aktif dalam Umno berkata, “sudah lebih dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri, namun Umno dan kerajaan yang dipimpinnya belum lagi menunjukkan tanda-tanda positif dari segi penerimaan rakyat.”
“Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan,” kata Shahbudin.
“Umno dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya,” kata beliau lagi sambil menggariskan alasan-alasan atas perkembangan itu.
“Dari kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dan tidak tegas, Melayu rasa dipinggirkan, barisan Kabinet yang diragui, pentadbiran dibayangi skandal dan rasuah, ekonomi yang lembab, pelabur menjauhkan diri, harga minyak, gula dan barang naik, cenderung kepada dasar kronisme dan nepotisme sehinggalah kepada isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau,” kata penulis.
Beliau menambah, “tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa,” kata Shahbudin yang turut menolak andaian bahawa beliau dipengaruhi pihak-pihak tertentu dalam Umno agar menghasilkan buku politik ini.
“Tidak, tidak. Saya jumpa orang, hanya merangkumkan pandangan orang dalam bentuk analisis, malah ada yang berkata ‘mengapa tidak beritahu awal, ada lagi input boleh diberikan’,” katanya lagi.
“Ini menunjukkan ramai hendak memberi pandangan. Saya simpan untuk buku kedua saya,” katanya lagi.
Shahbudin berkata, setelah lebih dua tahun menjadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum ke-13 pula semakin menghampiri ambang pintu, “buku ini lahir dikira tepat waktunya untuk dijadikan sedikit pedoman buat rakyat negara ini.”
Buku ini terdiri daripada 25 bab, termasuk yang bertajuk Sarawak Pemangkin Kejatuhan BN, Jangan Bimbang Jika Umno Tumbang, Menteri-menteri Yang Gagal, 1Malaysia Jadikan Melayu Kelas Kedua?, Juara Rakyat Program Syok Sendiri, Pengundi Muda-KJ Perlu Jadi Menteri, Rosmah Punca Rakyat Tolak Umno, Tun Siti Tak Menyibuk, Melayu Hilang Kuasa Atau Umno Hilang Kuasa, dan Najib Bukan ‘Fighter’.
Shahbudin kini sedang menghasilkan buku kedua bertajuk “Kesilapan-kesilapan Najib”.
Sumber dari Malaysian Insider
Ya..begitu juga dengan andaian dan harapan seorang anggota polis yang dianiaya diKuala Lumpur.Apabila harapan orang yang teraniaya itu begitu bermakna ia suatu doa.Biasanya doa insan yang teraniaya makbul...
ReplyDeleteMana taknya?Seorang anggota polis yang tidak bersalah telah dihukum!Terpaksalah merangkak bertahun tahun mengharapkan keadilan diMahkamah.Tapi semuanya hampeh!Dengan Mahkamah,loyer dan yang sewaktu dengannya semua tak boleh pakai!!!Setelah beberapa tahun baru Mahkamah tolak kononnya atas alasan kesilapan loyer.Berapa kali nak tanggung kesalahan orang lain???Kes ini benar benar berlaku!Pergilah cek diMahkamah Tinggi KL dan Mahkamah Rayuan Putra Jaya.Orang PAS tak membohong macam orang UMNO..
Bulan Merdeka konon...merdeka apa???Perpaduan?Rukun Negara?Semua atas kertas je..secara rasionalnya langsung tak ada...nak menyedapkan hati orang orang Melayu yang sekian lama dibelengu pemikiran mereka oleh kerajaan UMNO..
Kononnya UMNO bangga dengan kemerdekaan.Anggota keselamatan kononnya yang menyabung nyawa mempertahankan keselamatan negara.Apa yang anggota polis tu dapat???Menteri dalam Negeri juga boleh tolong jawab selain dari KPN kerana khabarnya dah berbagai repot polis,surat surat dihantar kepada mereka.Ada apa apa tindakan?Padahal anggota polis itu mula berkhidmat semasa penganas komunis masih menjadi musuh utama negara.Apa dapat?Kalau dia bersalah lain la cerita...ini,menanggung kesalahan orang lain!Memang sah kerajaan BN memang mengamalkan fitnah memfitnah untuk menjatuhkan orang lain.Kalau jabatan lain tak la mengelirukan sangat..ini POLIS!!Kalau dah polis memfitnah apa nak jadi dengan negara?Kalau cerita bab Polis memang Najib takkan ambil tahu..maklumlah...kes kes yang dihadapi siapa nak cover?
Oleh itu BA kena bersiap sedia dari sekarang.Komfom istana PM diPutra Jaya akan didiami oleh PM dari BA selepas PU13.