Friday, August 12, 2011
Indon, Bangla, Kemboja, Nepal, Myanmar, China semua boleh jadi pengundi BN
Tiga PR dikesan daftar pemilih di Indera Mahkota
~ Harakahdaily
TEMERLOH, 11 Ogos: Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang mengesan tiga orang pemegang status penduduk tetap (PR) telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terbaru di Parlimen Indera Mahkota.
Timbalan Pengarahnya, Mazlan Mohd Yassin, berkata dua daripada mereka telahpun ditukar status warganegara sementara seorang lagi masih kekal dalam Daftar Pemilih Suku ke 2, 2011 yang baru sahaja tamat tempoh bantahan.
Mazlan berkata, pada mulanya PAS Kawasan Indera Mahkota membuat semakan satu persatu nama tambahan dalam senarai daftar tersebut dibandingkan dengan status kewarganegaraan di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara.
“Apabila diteliti didapati dua orang pemegang PR iaitu Saripah binti Yasin dan Musa bin Abdullah tersenarai dalam daftar pemilih di unit peti undi (Upu) Sungai Ular, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Beserah.
“Sementara di Upu Balok Baru dalam Dun yang sama terdapat pemilih bernama Siswanto bin Jalai, juga pemegang PR.
“Pada hari bantahan 2 Ogos lalu, kami pergi pejabat SPR di Kuantan kira-kira jam 11 pagi dan ketiga mereka masih berstatus PR mengikut laman sesawang JPN. Tetapi kira-kira pukul 3 petang nama Saripah dan Musa sudah menjadi pemegang MyKad,” katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, nama Siswanto masih berstatus PR di laman berkenaan tetapi nama di dalam daftar pemilih SPR tetap kekal.
Mazlan berkata, beliau kesal dengan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
“Penyelewengan ini berlaku di JPN, kerana taraf kewarganegaraan menjadi terlalu murah dan mudah hanya kerana BN mahu kekal berkuasa.
“Satu lagi saya rasa tempoh semakan dan bantahan yang diberikan oleh SPR terlalu singkat. Bayangkan daftar pemilih baru dipamer pada 27 Julai dan 2 Ogos merupakan tarikh akhir untuk membantah. Ini bermakna kita cuma ada lima hari bekerja sedangkan negeri Pahang ini luas,” katanya.
Ujar Mazlan, selain daripada masalah PR, PAS Pahang juga dapat mengesan banyak alamat pengundi yang meragukan iaitu jumlah pengundi yang besar pelbagai bangsa berada di satu alamat yang sama.
Justeru beliau berharap SPR dapat membersihkan daftar pemilihnya sebelum diwartakan untuk memelihara integriti badan tersebut.
Komen aku: Begitu sukarnya pejuang-pejuang Melayu dulu bermandi darah menentang penjajah Inggeris demi untuk menuntut kemerdekaan, begitu senang pula agensi Umno yang ada hari ini menggadaikan taraf kewarganegaraan. Jika mereka berucap bukan main lagi kelihatan semangat patriotiknya memartabatkan negara. Rupa-rupanya hampas. Demi untuk memenangi pilihan raya, apa-apa saja, matlamat sudah menghalalkan cara. Maruah dan kedaulatan sanggup digadai.
Inilah yang tidak difahami oleh pemdukung-pendukung setia Umno kampungan. Mereka masih menganggap Umno yang ada hari ini seperti Umno belaan Inggeris pada tahun 1946 dulu.
Kasihan mereka, tertipu di dalam terang-terangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Beginilah manusia bila terpisah dengan 'Ilah'nya. Jika Allah mereka sanggup khianat, apalah negara dan raayatnya.
ReplyDeleteSemoga Allah cepat menamatkan riwayat pemerentahan sedemikian rupa....