Friday, August 26, 2011

BN hanya selamat di Parlimen Maran, Pekan dan Rompin

Seorang rakan facebook menyiarkan bahawa dalam satu majlis berbuka puasa di Bentong semalam anjuran AJK Umno Bahagian yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, telah dikhabarkan bahawa di Pahang Parlimen yang selamat hanya Parlimen Maran, Pekan dan Rompin dalam pilihan raya akan datang.

Biar saya tambah (sendiri), mungkin satu lagi ialah Kuala Krau (itupun belum tentu bersadarkan kebangkitan peneroka Felda sejak akhir-akhir ini). Yang lain akan hanyut.

Oleh kerana berita itu datang daripada pemimpin Umno sendiri, maka ianya mungkin berdasarkan keputusan pilihan raya olok-olok atau simulasi atau melalui kajian yang diupah.

Mungkin juga pemimpin Umno berkata begitu sekadar memberi ‘semangat dan motivasi’ untuk Umno akar umbi bekerja lebih kuat untuk menang.

Pada saya, pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat Pahang mesti bersedia dengan fenomena perubahan yang akan melanda ini. Ini bukan kecil-kecil punya cerita, tetapi rakyat tampak mahukan perubahan besar, melebihi apa yang dijangka dan diusahakan oleh aktivis Pakatan sendiri.

Sesungguhnya rakyat boleh berubah.

Jika mahu dinisbahkan bahawa penyokong Umno-BN ialah mereka yang begitu setia memasang bendera jalur gemilang di kenderaan masing-masing sempena merdeka, kita boleh lihat bahawa tidak sampai 10 % yang melakukannya.

Menilik daripada fenomena ini, rakyat berkemungkinan besar sudah jelak, jengkel dan mahu menyingkir Umno-BN.

Aktivis Pakatan Rakyat di Pahang mesti amati suasana dan perkembangan ini betul-betul!

No comments:

Post a Comment