Monday, August 22, 2011

Kerajaan Muammar Gaddafi hampir tumbang

Pemberontak kerajaan Libya berjaya memasuki dan menguasai Tripoli tanpa sebarang tentangan sengit daripada tentera yang setia kepada Gaddafi, malahan kebanyakan mereka mulai mengibarkan bendera putih.

Menurut akhbar, ia berlaku di Green Square di mana kebanyakan jabatan kerajaan ditempatkan di situ. Ini menandakan kerajaan diktator selama 41 tahun itu bakal berakhir pada bila-bila masa.

Majlis peralihan kuasa rakyat Libya yang menentang kerajaan Gaddafi dipimpin oleh Abdullah Almayhop.

Almayhop berkata, dua orang anak lelaki Gaddafi iaitu Muhammad al-Gaddafi dan Saif al-Islam juga kini ditahan setelah setelah menyerah diri kepada kumpulan peralihan rakyat (pemberontak).

Mereka kini siap untuk didakwa di International Criminal Court (ICC) atas tuduhan jenayah kemanusiaan.

Sementara itu di saat-saat akhir menghadapi kegetiran dalam hidupnya, Gaddafi muncul di kaca televisyen semalam menyeru rakyat Libya berhimpun mempertahankannya di Tripoli.

"The West will not protect you, Tripoli will be destroyed,” katanya.

Beliau semua imam masjid mengarahkan rakyat mempertahankan ibu negara itu.

Dalam pada itu jurucakap kerajaan Gaddafi, Moussa Ibrahim, berkata kira-kira 1,300 nyawa telah terkorban dalam pertempuran di Tripoli manakala 5,000 yang lain cedera dalam pertempuran dengan tentera NATO.

Sementara itu di Benghazi, puluhan ribu penduduk di bandaraya itu mulai turun ke jalan-jalan raya meraikan kehadiran tentera pemberontak dan mereka menjerit meraikan kerajaan Gaddafi yang bakal tumbang.


1 comment:

  1. Perhatian kpd yg berkuasa, jgn lah ingat apabila berada di atas, maka kamu akan bertakhta di situ selama2nya menongkat langit.

    Ingat, jika kamu berlaku zalim dgn kuasa yg ada, suatu hari kamu akan jatuh juga dan ketika itulah kamu akan dihina sehina2nya!

    ReplyDelete