Akhbar lidah rasmi Umno Utusan (ada yang memanggilnya utusex) Malaysia, semalam meletakkan tajuk besar di mukan depannya “PM tampil ke mahkamah”. Untuk apa?
Tentulah kononnya, akhbar Umno yang pernah mempromosikan video porno itu mahu mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak seorang yang gentleman apabila bersama isterinya Rosmah, hadir di Kompleks Mahkamah, pada Jumaat untuk ditemu bual pasukan peguam bela Anwar Ibrahim.
Sebenarnya Najib memang diarahkan mahkamah untuk hadir untuk ditemubual sebagai saksi pembela. Malah beliau wajib menjadi saksi kerana Sayfool yang mendakwa beliau diliwat itu sesudah dia bertemu dengan Najib. Bukan sekali, tapi dua kali!
Namun Najib belit, dia hadir (katanya menghormati keputusan hakim) hanya untuk memberitahu tak mahu menjadi saksi. Begitu juga Rosmah.
Malaysiakini mendedahkan: Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.
"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.
Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.
Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.
Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.
Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.
"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.
Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".
Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.
Bagi saya, jawapannya senang saja. Jika banyak ditanya, Najib dan Rosmah takut terdedah tentang konspirasi peringkat atasan.
Tapi yang kita kasihan ialah pembaca setia lidah rasmi Umno Utusex Malaysia. Mereka sudah tentu mati-mati menganggap Presiden Umno itu seorang yang betul-betul berani berhadapan, tanpa mereka sedari bahawa pemimpin mereka itu seorang penakut. Sehingga tidak mahu memberi keterangan, walaupun diarahkan mahkamah.
Dalam kes pembunuhan Aminah @ Altantuya dulu juga merekapun tidak mahu menjadi saksi. Walaupun sudah bersumpah laknat di Permatang Pauh. Kenapa peguam Pernchis dalam isu Scorpene diusir?
Perhatian kpd yg berkuasa, jgn lah ingat apabila berada di atas, maka kamu akan bertakhta di situ selama2nya menongkat langit.
ReplyDeleteIngat, jika kamu berlaku zalim dgn kuasa yg ada, suatu hari kamu akan jatuh juga dan ketika itulah kamu akan dihina sehina2nya!