Tuesday, August 23, 2011

Pemimpin Umno yang izinkan murtad?

Dewasa ini begitu riuh rendah dan “bena” kumpulan propaganda dan gerak saraf Umno menghentam cukup-cukup kumpulan murtad, terutama melalui media lidah rasmi mereka. Siapa yang murtad? Itu tidak dijelaskan tetapi isu murtad di spin secukup-cukupnya.

Sebabnya mudah saja, iaitu mereka mahu menjuarai Melayu demi untuk meraih undi pilihan raya, setelah merasakan mereka pasti akan kehilangan undi bukan Melayu pada PRU akan datang. Mereka mahu menampakkan bahawa merekalah satu-satunya gerombolan pejuang Islam.

Sama juga seperti sebelum ini isu video porno, Melayu di Pulau Pinang atau ulamak dalam PAS maka apa-apa saja isu yang dipancutkan oleh pasukan propaganda dan gerak saraf mereka, maka pencacai dan penulis ternakan Umno akan segera bingkas bangun dan menyalak.

Seperti yang kita katakan bahawa isu murtad bukannya isu baru dan di kalangan pimpinan PAS ada yang sudah ditangkap apabila membicarakan isu tersebut dulu. Namun oleh kerana dirasakan boleh mendapat political milliage, maka isu murtad ini di’spin’ pula oleh mereka.

Sekali dengar, memang nampaknya Umno getik, jengkel dan meloya sangat dengan fenomena murtad. Tapi...

Saya terperanjat selepas membaca posting daripada sahabat facebook saya RhZaaba Putra yang mempamerkan keratan akhbar seorang pemimpin Umno yang meminta dibenarkan muslim menukar agama!

RhZaaba Putra menulis: “Allow muslims to convert kata pemimpin umno..

“Pic ni membukti sapa yang sokong murtad..nah ambik kau kita kembalikan balik apa yg pemimpin2 umno kata bab sokong murtad.tengok betul2 bukan aku bawak fitna tau tu tertulis dalam paper world news kalau berita tu tipu saman lah mereka..yang aku hairan tu napa nak marah kan pakatan rakyat pulak?bayangkan lah kalau yang bercakap tu nik aziz atau hadi awang atau anwar pasti perkasa atau pencacai2 geng kepala lembu akan menuduh pemimpin2 pakatan rakyat kerana nak dapatkan sokongan org2 kapir sanggup menyokong membenar kan murtad berlaku bagi org2 melayu islam dan isu ni pasti berleger2 bertahun2 sampai kiamat pun tak habis....

laa nii pencacai2 umno nak spin lagi ke?”

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=220744284639797&set=a.105095766204650.3006.100001126813038&type=1&theater


No comments:

Post a Comment