Friday, August 19, 2011

PAS Pahang bela 11 beradik

Nasib 11 beradik yang kehilangan ayah dan ibu yang pernah disiarkan dalam blog ini, mendapat perhatian daripada pimpinan PAS Pahang, tambahan menjelang sambutan 'eidil fitri ini.

Semalam Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang, Hassanuddin Salim menziarah keluarga berkenaan sambil menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan di rumah mereka di Kampung Paya Keladan, Temerloh.

Turut hadir dan menyerahkan sumbangan peribadi ialah Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.

Anak kedua arwah, Mohd Khairul Anuar, 22, menerima sumbangan mewakili adik beradiknya.

Ayah mereka, Mohd Amin, meninggal dunia pada 4 Ramadan lalu dipercayai akibat komplikasi jantung.

Arwah semasa hayatnya merupakan ahli PAS yang aktif.

No comments:

Post a Comment