Monday, August 22, 2011

Suami isteri aktivis PAS, cucu maut kemalangan

Kelmarin aktivis PAS dari Felda Jengka 17, Abdullah senawi, 68, bersama cucunya Nur Eiman Syazwan Muhamad, 8, maut dalam kemalangan ngeri di simpang Felda berkenaan apabila van dipandunya bertembung dengan lori di Jalan Temerloh - Bandar Jengka.

Dalam kemalangan tersebut, isteri Abdullah, Fatimah debok, 58, cedera parah dan koma.

Malam tadi Fatimah yang merupakan Naib Ketua Muslimat Cawangan PAS Felda Jnegka 17 pula meninggal dunia dan dikebumikan hari ini.

1 comment:

  1. Allahyarham adalah AJK PAS Cawangan yang sangat aktif. Isteri beliau Naib Ketua Muslimat PAS Cawangan. Cucu beliau salah seorang pelajar perintis PASTI Al-Yasa'a Jengka 17.
    Al-Fatihah buat mereka.
    Terima kasih kerana prihatin.

    S/U Pemuda PAS Jengka 17

    ReplyDelete