Sekarang ini dengan kuasa semuanya boleh berlaku. Sehinggakan pendatang asing yang baru menjejakkan kaki ke tanah air kita pun boleh menjadi rakyat negara ini. Itu jika agensi kerajaan mahukan.
Demikianlah parahnya sistem yang ada dalam kerajaan kita.
Baru-baru ini terdedah bagaimana seorang Indon boleh dalam tempoh 24 jam bertukar daripada berstatus penduduk tetap kepada warganegara dengan beroleh mykad. Semuanya gara-gara berkaitan politik.
Memang jika sekali lalu kita rasakan tidak ada apa-apa, namun jika tidak terkawal, bayangkanlah apa akan terjadi dalam tempoh dua dekad akan datang.
Di bawah ini saya panjangkan artikel yang saya kutip daripada blog tinta merah mengenai pihak JPN, Polis dan beberapa agensi kerajaan lain terlibat dalam projek ini.
Assalamualaikum tuan hj mso,
Saya ingin berkongsi maklumat tentang isu ini. Sememangnya di kawasan kampung saya iaitu di Sungai Buloh Selangor, keadaan ini sudah menjadi amat parah. Saya anggarkan tidak kurang daripada 200-400 orang diberi taraf warganegara Malaysia dengan begitu mudah.
Saya mengetahui cerita ini daripada ayah saya sendiri. Dia berjaya mendapat taraf warganegara setelah 20 tahun memohon dan hampir 30 tahun berhijrah ke Malaysia daripada Kemboja akibat perang saudara di sana.
Apa yang mendukacitakan, ada yang baru sahaja beberapa tahun tiba juga turut diberikan taraf warganegara.
Mereka dihimpunkan secara teratur dan 'misteri' di beberapa tempat untuk menguruskan hal ini. Antaranya ialah di sebuah dewan orang ramai di Kuala Selangor dan juga sebuah kem motivasi juga di sana.
Memang terbukti bahawa pihak JPN, Polis dan beberapa agensi kerajaan lain terlibat dalam projek ini. Di dalam dewan, mereka diberikan ceramah seperti birotatanegara, angkat sumpah, mengambil gambar dan diuruskan proses pendaftaran SPR secara 'amat sistematik'.
Inilah yang berlaku di satu tempat.
Bayangkan pula berapa banyak di seluruh Selangor dan juga di tempat2 lain. Saya minta bantuan tuan untuk mendedahkan perkara ini. Minta tolong jgn dedahkan nama saya kerana saya anggota perkhidmatan awam. Walaupun ayah saya seorang pendatang, saya menyayangi Malaysia, kerana disinilah tanah tumpah darah saya.
No comments:
Post a Comment