Friday, July 1, 2011

Umno upah budak-budak demo depan pejabat PAS

TEMERLOH: Umno disyaki mengupah 20 orang budak-budak sedang jaras membuat demonstrasi di depan pejabat PAS Pahang, di jalan Dato’ Bahaman di sini.

Salah seorang peserta demo tersebut ketika ditanya, mengaku menerima wang upah antara RM20 – RM30 seorang daripada pihak tertentu.

Mereka yang kononnya mengaku NGO Temerloh membantah perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Budak-budak tersebut dikenali datang dari kampung-kampung Belengu, Jalan Bahagia, Bukit Kelulut dan Paya Keladan memegang sepanduk sambil dan memekik perkataan “Selamatkan Malaysia” dan berada kira-kira dua minit di depan pejabat PAS.

Mereka kemudiannya bertempiaran lari dan menonggang motosikal masing-masing apabila diusir oleh anggota mata-mata termasuk polis wanita.

Anggota Unit Amal, YB Syed Hamid, Lawyer Nizam serta ahli-ahli PAS kelihatan turut berkumpul di depan pejabat PAS sambil memerhatikan gelagat budak-budak baru lepas sekolah itu.

Sejak semalam, SMS berlegar mengatakan ada kumpulan yang mahu berdemonstrasi di depan pejabat PAS selepas Solat Jumaat hari ini.


3 comments:

  1. Ramainya org bantah BERSIH....jem terruk jln Temerloh tadi..hui,,,hebat2

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    yg nak minum kat kedai keling Old Town lebih ramai daripada budak2 yg bantah BERSIH...
    kui.. kui ..kui..

    ReplyDelete
  3. Aku sokong lapuran ni...memang Kg Belengu kawasan hitam dadah!Ramai belia terlibat menghidu gam dan terlibat dalam dadah.
    Memang betul la lapuran ni..kalau masuk je simpang Belengu dari Triang jalan pintas ke Jln Bahgia memang ramai penagih dadah.
    Nape Polis tak tangkap yek?Mereka 'ON' sekali kot...kalau orang awam diberi kuasa tangkap penagih dadah,dah tentu ada anggota polis aku sumbatkan kedalam Pusat!Yang di KL tu lain la...ni...kat area Temerloh n Bera ni...Selesai je Demonstrasi BERSIH nanti jom kita BERSIHkan balai balai.Kalau tak caya duduk la kat pintu pagar balai balai 7-8 jam.Kekadang kita keliru yang mana satu polis dan yang mana satu penagih.Ada kalanya penagih lebih smart dari polis.Kalau tak pakai seragam..memang kita ingat dia tu penagih yang datang balai untuk lapur diri..
    Aku cakap cam ni kena ISA ke?ala....jgn la Tok....

    ReplyDelete