Tuesday, July 5, 2011

Inilah buku yang menjadi tumpuan MB dalam ucapannya

Saya menerima telefon semalam, mengatakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Di raja Adnan Yaakob, dalam ucapan bulanannya kepada kakitangan awam negeri Pahang pagi semalam, telah menyentuh mengenai sebuah buku. Buku tersebut ialah '10 Tahun Setelah Bekas Guru Besar Menjadi Menteri Besar: Report Card'.

Sejak itu, buku yang ditulis dalam format mudah itu menjadi luar luar biasa larisnya!

1. Buku tersebut (gambar) menjelaskan dan membincangkan mengenai realiti sebenar pentadbiran Kerajaan BN Pahang, khususnya dalam tempoh “guru besar menjadi Menteri Besar”. Ia meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial.

2. Orang berkata Pahang memiliki khazanah tanah yang luas, namun kenapa hasil tanah yang tidak setimpal dengan kerancakan pembangunan di negeri ini. Bahkan hutang negeri menjangkau ke angka RM2 bilion.

3. Kebanyakan daerah berada di pinggir Sungai Pahang yang kaya dengan sumber air, namun kebayakan kawasan masih menderita ketiadaan bekalan air paip atau sering terputus. Ertinya pengurusan sumber air yang lemah menimbulkan masalah kepada rakyat. Mengapa? Dimana silapnya?

4. Semua anak-anak syarikat diberi keistimewaan mendapat kawasan balak dan tanah untuk dibangunkan. Tetapi anak-anak syarikat kerajaan negeri inilah yang membawa beban kewangan. Apa sebenarnya yang terjadi?

5. Tanah yang luas gagal mempelbagai dan memaksimumkan hasil pertanian, lokasi yang menarik dan pesisiran pantai kosong tanpa pembangunan pelancongan, bahan mentah yang mewah dan sumber yang strategik tetapi gagal menarik pelaburan.

Kenapa semua ini berlaku? Mahu tahu penyelesaiannya? Anda perlu memiliki buku kecil ini dengan harga RM5 sahaja hasil cetusan idea penganalisis.

Dapatkannya segera (sebelum kehabisan atau sesuatu berlaku) dengan menempah di talian: 013-9580104.

5 comments:

  1. Beli...pakat beli

    ReplyDelete
  2. Sesuai utk bacaan PENCINTA PAHANG, SAVE PAHANG!!!

    ReplyDelete
  3. pahang makmur di bawah pentadbiran umno --tahniah

    ReplyDelete
  4. Salam. Koi baru terjumpa blog ni. Setuju dgn moto/tagline blog. kembalikan hak kepada anak watan pahang. koi tak balik pahang lepas pencen sebab mintak tanah tapak rumah pada tahun 1995, dapat tau tak lulus tahun 2005 beb. Tahniah atas kecekapan pentadbir tanah pahang yg ambik masa 10 tahun. will get the small book soonest, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Salam Budak Boy...
    InsyaAllah, jika Pakatan memerintah Pahang, semua dasar tak baik kerajaan Umno/BN akan diubah.
    Moto Pakatan, setiap anak Pahang berhak mendapat tanah, sekurang2nya utk tempat tinggal.

    Baliklah ke Pahang, dan bekerjalah utk menaikkan kerajaan Pakatan Rakyat!

    ReplyDelete