Wednesday, March 2, 2011

Jenazah lewat diurus kerana tunggu menteri berulang di Kerdau

Jika pada Pilihan Raya Umum (PRK) Tenang dulu jenazah Setiausaha Umno Tenang Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd lewat disolatkan kerana imam masjid leka menyambut kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kali ini peristiwa yang hampir sama berlaku di PRK Kerdau pula.

Insiden tersebut belaku semalam di Desa Murni (dalam Dun Kerdau), semuanya gara-gara menyambut dan meraikan kedatangan Menteri Penerangan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim. Rais ke situ dalam rangka kempen pilihan raya dengan merasmikan “Kampung wi-fi Desa Murni”.

Mangsa yang meninggal ialah warga emas bernama Baso, 60-an, berketurunan Indonesia dan menikahi wanita tempatan. Beliau, seorang penoreh getah, meninggal pada tengahari dipercayai akibat serangan jantung.

Isterinya itu ialah ahli dan aktivis Umno di situ.

Menurut penduduk tempatan, Ibrahim Husin, urusan pengkebumian menjadi lewat kerana orang kampung menjadi ghairah dengan kedatangan menteri itu yang berkempen untuk BN, melalui proram kampung wi-fi.

Beribu-ribu kuih tradisional seperti kueh koci, dodol kukus, laksa dan sebagainya disediakan untuk jamuan para pengunjung.

Calon PAS bagi PRK Kerdau, Hassanuddin Salim, sempat Solat jenazah Allahyarham pada jam 5 petang di rumahnya. Tetapi urusan pengkebumian menjadi lewat, tergendala kerana ramai orang kampung meraikan menteri!



2 comments:

  1. Begitulah seksanya jenazah bila siwaris dan kariah leka dengan duniawi..sepatutnya ianya disegerakan..
    Nampak sangat la jahilnya manusia ni..apakan daya..demi kuasa dan pengaruh...meraikan yang hidup melebihi dari memuliakan simati..
    Al-fatihah buat wak Baso....

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    apa boleh buat, nak jumpa menteri datang kena tunggu 50 tahun. Itupun kalau bernasib baik!

    ReplyDelete