Wednesday, March 16, 2011

Rungutan orang Kerdau selepas PRK

Saya selalu memikirkan bahawa warga Kerdau akan berada dalam situasi yang lebih selesa jika tidakpun mewah, selepas tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung kira-kira dua minggu lalu.

Ini disebabkan, pelbagai macam kesenangan dan janji-janji ditaburkan kepada kira-kira 20,000 penduduk Kerdau, sebaik sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan berkenaan, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, menemui ajalnya 12 Februari lepas.

Sejak itu, puluhan juta dibelanjakan sama ada melalui menteri, menteri besar, ketua-ketua jabatan, ahli politik hinggalah kepada jentera kempen Umno tanpa sebarang audit atau penyata kewangan. ‘Kemewahan’ ini sehingga memenangkan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, dengan undi yang lebih besar.

Sepatutnya warga Kerdau (penduduk luar bandar dan Felda), berdasarkan ambil berat pemimpin dan janji-janji mereka, sudah barang tentu berada dalam keadaan amat selesa, hidup senang dan tiada masalah lagi yang timbul.

Namun begitu, tanggapan saya meleset apabila ada-ada saja makluman tidak puas hati penduduk diadukan dan sering didengari.

Sejak semalam, beberapa SMS masuk ke telefon bimbit saya mengatakan bekalan air paip sudah kembali kepada keadaan asal sebelum PRK, iaitu sering terputus di banyak kawasan di Kerdau.

Sebelum PRK, sudah acap kali berlaku penduduk di Batu Sawar, Pulau Pasir Mandi, Paya Perak dan kampung-kampung (dalam Dun Kerdau) menghadapi terputus bekalan air paip. Namun masalah tersebut digelapkan seketika dengan pihak tertentu meletakkan tong air besar di simpang masuk kampung.

Sebenarnya, masalah besarnya ialah batang paip besi saluran air yang berselirat di bawah tanah sudah berusia puluhan tahun, telah tersumbat, pecah rosak dan sebagainya. Tetapi masalah ini tidak diselesaikan bagi mengatasi masalah jangka panjang.

Banyak cerita lagi yang terlarat untuk dimuatkan di sini. Papan tanda masjid baru di Kampung Ketam, janji membaiki semula perumahan di Paya Taram, jalan yang belum siap berturap dan pelbagai-bagai lagi.

Kini menteri dan pembesar-pembesar kerajaan yang bergentayangan dan hiruk-pikuk bersama orang Kerdau ke kebun dan ke dapur dulu, sudah pulang dengan hati yang puas setelah menang PRK. Tinggallah penduduk yang terus mengomel dan merungut masalah yang sudah berlarutan puluhan tahun tanpa penyelesaian.

Namun begitu tersentuh juga hati saya bila ada yang mengatakan, takdirnya sehari dua ini berlaku sekali lagi PRK Kerdau. Maka BN akan menang lagi!

3 comments:

  1. Tak sedar sedar lagi????
    Kalau dibaginya RM100 pun untuk undi BN,itu sajalah harga diri...bila mereka dah menang,lantaklah kau situ!
    Ingat balik...kalau tidak kerana suara pembangkang,tak siapa pun ambil peduli...
    Tengoklah ditempat tempat lain..kalau tak kerana ada ADUN yang mati,maka matilah persekitaran.
    Orang yang ambil rasuah politik adalah orang yang paling tak bermaruah!Baik kawan dengan ungka.......

    ReplyDelete
  2. anak.badak.tak.pernah.serikMarch 17, 2011 at 3:25 PM

    itulah harga pukal seekor melayu yang mengaku beragama islam macam islam itu bapak dia yang empunya!!!

    ReplyDelete
  3. jgn nk salahkan org lain salahkn diri sndri yep...tgn mna yg mengundi tgn 2 la yg menanggung padah diri...krn duit RM100 sggup jual maruah diri...

    along ejie

    ReplyDelete