Peneroka dari Felda Jengka 22, 23, dan 25 sepatutnya dapat wang SES bernilai RM13,000 secara tunai hari ini mengikut janji pilihan raya oleh Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau baru-baru ini.
Dalam kenyataan beliau yang disiarkan dalam semua media, Ahmad Maslan berjanji pembayaran akan dibuat pada 7 Mac, iaitu sehari selepas hari pengundian PRK Kerdau.
Namun peneroka dikenakan dengan tiga opsyen iaitu jika menerima bayaran penuh RM13,000, hendaklah membayar kembali RM650 sebulan selama 20 tahun.
Opsyen kedua ialah jika peneroka menerima RM6,500 perlu membayar kembali RM550 selama 20 tahun. Manakala opsyen ketiga jika tidak mahu menerima apa-apa bayaran, peneroka perlu membayar kembali RM400 sebulan selama 20 tahun.
Wang SES ialah wang peneroka yang menukarkan tanaman ladang getah mereka kepada sawit melalui cukai 15 sen (10 sen untuk kerajaan, 5 sen untuk peneroka), yang wajib dikembalikan kepada peneroka.
Ketiga-tiga Jengka berkenaan termasuk dalam Dun Kerdau.
Selain wang SES, peneroka juga dijanjikan dengan wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membnatu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar.
BN melalui calon Umnonya Syed Ibrahim Syed Ahmad menang besar dalam PRK Kerdau 6 Mac (semalam).
Harap harap peneroka terlibat berfikir jauh jauh.bayangkanlah wang yang diberi sebanyak RM13,000 dikehendaki dibayar semula sebanyak RM650 sebulan.Kiralah sendiri pak cik pak cik oiii...650x12=7800x20=RM156,000.Sampai bila nak berhutang???Usia sekarang pun dah masuk warga emas.
ReplyDeleteRm13,000 bukan banyak.Hasil pak cik pak cik semua menoreh selama ini pun agak lumayan.Mungkin nilai RM13,000 itu pak cik pak cik hanya boleh kumpulkan dalam masa singkat.Mungkin hasil 3 bulan menoreh ladang seluas 10 ekar itu sudah mampu untuk mengumpul wang sejumlah itu.
Andainya menukar tanaman getah kepada sawit agak membebankan,kekalkan saja tanaman getah.Permintaan getah dipasaran dunia amat tinggi akibat kurangnya pengusaha getah sekarang.Mungkin dalam 10 tahun akan datang harga getah akan melambung hingga RM20 sekilogram manakala harga sawit akan mungkin akan merosot akibat negara negara pengguna yang bergolak sekarang...
Biarlah kita lapang 'disana' tanpa meninggalkan hutang piutang didunia yang amat sementara ini...
Tuan Sarip Dol,
ReplyDeleteandainya peneroka2 berfikir seperti itu, rasanya dah lama dah Umno/BN ni tertiarap.
Ni tidak... mcm masih dlm sistem feudal. Masih rasakan Felda itu tuan manager estet dan mereka hanya kuli batak!
Bila diingatkan saja kenang jasa dan suruh bersyukur, lemah longlailah peneroka. Walaupun kroni pemimpin Felda dah lama cekik darah!
warga jengka di tipu hidup2..
ReplyDeletekesian...
ramai dah tau cerita ni..
tapi sinar harian xde plak nk kuar berita psl ni..
takut ke skuad CAKNA????
ckp sama rata???