Saturday, March 12, 2011

Ah Long kembali aktif di Pahang


KUANTAN: Beberapa ketika dulu cerita-cerita mengenai ceti haram atau ‘Ah Long’ senyap sunyi buat beberapa waktu. Ini berikutan kenyataan keras daripada pihak polis dan Timbalan Perdana Menteri sendiri yang mengisytiharkan untuk memerangi golongan yang dianggap samseng itu habis-habisan.

Ketika itu telah heboh cerita-cerita Ah Long yang bertindak ganas terhadap peminjam yang gagal membayar balik dengan mengugut dan menggertak mereka tanpa belas kasihan sehingga ada yang tertekan dan membunuh diri.

Setelah diasak habis-habisan, rupa-rupanya kumpulan Ah Long ini tidak pernah gulung tikar malah perniagaan mereka kini tampak tumbuh semula bagai cendawan selepas hujan.

Akhir-akhir ini, terutama di daerah ini, Ah Long mula agresif kembali mempromosikan perniagaan mereka. Lantas ramai yang bertanya, di mana penguatkuasaan untuk membanteras Ah Long dan adakah bising-bising dulu hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam?

Kini kad-kad dan pelekat perniagaan kumpulan samseng itu dipamer dan diletakkan pada kenderaan orang ramai, peti surat, pintu rumah, tempat tumpuan ramai atau ditabur merata-rata. Tidak cukup setakat itu, kini mereka semakin berani dengan memasang kain rentang pula di tempat-tempat awam, termasuk di perhentian-perhentian lampu isyarat.

Bagi bekas Setiausaha Persatuan Penjaja Kecil Daerah Kuantan, Abdul Aziz Ahmad, 56, dengan senario ini beliau percaya Ah Long bertindak beria-ia mempromosi perniagaan mereka ialah kerana terdapat permintaan yang banyak dan laris dari kalangan peminjam.

“Jika tiada yang meminjam, kegiatan Ah Long tidak mungkin akan berkembang. Cuma orang ramai perlu sedar risiko jika meminjam dengan Ah Long iaitu dikenakan kadar faedah yang sangat tinggi. Jika gagal membayar mengikut waktu dijadualkan, kadar faedah akan meningkat sekali ganda lagi. Ketika itulah peminjam akan terperangkap”.

“Saya sendiri kenal dengan seorang usahawan kecil di sini yang pernah terbabit meminjam dengan Ah Long. Mungkin pada masa itu mangsa betul-betul terdesak dan kesempitan duit. Bila tak mampu bayar, dia dan keluarganya diugut dan diganggu dengan pelbagai cara termasuk kediamannya diconteng. Akhirnya setelah betul-betul tak tahan dia sekeluarga lari meninggalkan Kuantan”.

Menurut Aziz, meminjam dengan Ah Long untuk digunakan sebagai modal perniagaan sebenarnya bukanlah menguntungkan. Beliau memberi contoh jika seseorang meminjam RM1,000 Ah Long akan memberinya RM850 dan RM150 lagi sudah dipotong. Selepas itu peminjam dikenakan bayaran sebanyak RM13 sehari selama 100 hari.

“Maknanya seseorang peminjam terpaksa membayar RM1,300 untuk mendapat wang sebanyak RM850... dan jika gagal membayar walau sehari akan dikenakan bunga 100 peratus lagi. Dan kalau gagal juga akan diugut dan dianiaya dengan kejam”.

“Saya percaya jenayah ini akan berterusan selagi tidak ditangani. Sebab itu saya fikir tidak boleh dibiarkan dan mesti diambil tindakan. Mustahil pihak berkuasa tak tahu kerana nombor telefon kumpulan samseng ini sudah tertera pada kad bisnes mereka”.

Berdasarkan pemerhatian, bukanlah mangsa gemar sangat meminjam daripada Ah Long, namun terpaksa memilih jalan terakhir ini akibat terdesak.

Seorang peniaga Mohd Wahid, 45, berkata kebanyakan mereka yang membuat pinjaman ini adalah terdiri daripada peniaga-peniaga kecil yang sudah bosan dengan kerenah birokrasi dan syarat-syarat ketat yang dikenakan agensi kewangan untuk mereka membuat pinjaman perniagaan. Ini ditambah lagi dengan kelulusan pinjaman yang lewat.

“Yang meminjam ini kebiasaannya peniaga kecil. Kadang-kadang mereka nak pinjam bukan banyak, cuma RM4,000. Jika cuba membuat pinjaman di bank prosedurnya ketat sangat seperti menyediakan dokumen tertentu dan penjamin. Tabung pinjaman usahawan juga tidak senang diperolehi sedangkan keadaan memang betul-betul terdesak”.

“Kalau pinjaman bank dah cukup syarat, terpaksa pula menunggu sekurang-kurangnya seminggu baru dapat. Sedangkan dengan Ah Long sejam dah boleh dapat dan tanpa penjamin. Jadi walau pun risikonya tinggi tapi mudah untuk mendapatkannya”.

Menurut Mohd Wahid beliau ada juga mendengar peminjam dengan Ah Long ini yang berjaya.

“Katakan seorang pembekal ada tempahan bernilai RM20,000 dan modalnya RM10,000. Nak hutang bahan asas tak dapat, pinjam dengan bank lambat. Daripada tunggu baik dapatkan wang modal daripada Ah Long”.

“Sebab itu saya fikir untuk menangani masalah ini, agensi kewangan kena longgarkan syarat pinjaman. Macam tabung usahawan yang diwujudkan kerajaan, kemudahan ada tapi lembap dan lambat juga kelulusannya”, katanya.


Selanjutnya Mohd Wahid menyeru pihak berkuasa membuat pemantauan juga terhadap syarikat pemberi pinjam wang berlesen yang turut beroperasi seperti Ah Long atau memang Ah Long yang berselindung di sebalik pemberi pinjam wang berlesen.

Menurut kenyataan media, terdapat 3,100 pemberi wang berlesen di seluruh negara yang diluluskan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Namun
sebahagian besar peminjam wang berlesen itu mengenakan kadar faedah sehingga 240 peratus setahun kepada orang ramai yang terdesak dan memerlukan pinjaman segera.

Seorang akauntan bertauliah yang menjalankan firmanya sendiri, Mohd Nasrun Amir, 43, mencadangkan dimanfaatkan sepenuhnya institusi zakat bagi menangani isu Ah Long di kalangan peniaga-peniaga kecil Melayu.

Menurutnya, ini disebabkan pelaksanaan sistem dan fungsi zakat itu sendiri sebenarnya menjurus ke arah membebaskan ekonomi umat Islam.

“Bagi saya dari wang zakat yang terkumpul boleh ditubuhkan tabung pinjaman tanpa faedah atau Qardhul Hassan untuk membantu golongan peniaga yang terdesak ini. Ini satu cara bagi membebsakan mereka dari hutang, menggerakkan perniagaan dan selanjutnya membangunkan ekonomi peniaga-peniaga kecil Melayu amnya”, katanya.



4 comments:

  1. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 dolar untuk 10 juta dolar
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    pinjaman
    tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    pelanggan mesti
    Melebihi usia o f 18 tahun
    Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (Daviesruthfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 dolar untuk 10 juta dolar
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    pinjaman
    tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    pelanggan mesti
    Melebihi usia o f 18 tahun
    Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (Daviesruthfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. saya ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yang dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup saya, nama saya adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 anak, suami saya meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi saya dan keluarga saya dan saya telah cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
    pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Rossa dan saya menghubunginya untuk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjaman dari ibu Rossa dan dia memberitahu saya memang benar dan saya menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat amaran wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya menyemak akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi saya ingin menggunakan ini medium untuk memberi nasihat kepada semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi saya melalui e-mel saya: mirabintimuhammed@gmail.com untuk maklumat dan juga kawan saya Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Saya membawa kabar baik kepada anda semua warganegara Malaysia di platform ini, ALLAH telah benar-benar setia kepada saya dan seluruh rumah saya telah selamat sejak Mei 2019, kesaksian saya dan berita baik saya seperti ini, Nama saya Rosliza Binti Mohd Zaidi, saya tinggal di blok No 49 B 2 Felda Semencu 81900 Kota Tinggi Johor, saya seorang pemasar dan penasihat perniagaan di syarikat yang saya bekerja, Suami saya dan saya ingin menggunakan platform ini untuk memaklumkan semua ini. Platform ini adalah untuk mereka yang memerlukan dan mencari pinjaman yang ikhlas untuk berhati-hati kerana internet dan blog penuh dengan syarikat pinjaman palsu dan penipuan yang hanya di sini untuk merobek anda dari wang susah payah anda.

    Suami saya dan saya berada dalam hutang besar dan kami memutuskan untuk mencari pinjaman dalam talian untuk membayar hutang kami dan kami menghubungi syarikat pinjaman dari Singapura yang pada Disember 2018, dan kami ditipu oleh pemilik syarikat dengan meminta kami untuk Bayar banyak bayaran yang kami bayar dan akhirnya kami tidak mendapat pinjaman, kami kehilangan kira-kira RM7,685 kepada sebuah syarikat pinjaman palsu di Singapura kerana kami memohon pinjaman sebanyak RM 250,000 dan dengan semua yuran yang kami bayar, kami tidak mendapat pinjaman dan suami saya dan saya sangat kecewa dan saya dipecat dari pekerjaan saya di syarikat tempat saya bekerja kerana saya juga mengambil pinjaman dari syarikat yang saya bekerja dan kita bangkrut dan bosan dengan kehidupan.

    Kami berdoa kepada ALLAH untuk bantuan ilahi dan ALLAH mengarahkan kita kepada seorang hamba dan pada hari yang setia ini 20 Mei 2019, saya sedang melayari internet apabila saya dapat mencari keterangan seorang wanita dengan nama Fadzilah Binti dari Alor Setar, bagaimana ALLAH menukar kehidupan kewangannya melalui syarikat pinjaman yang dia minta saya menghubungi Puan Gonzalez dan dia memperkenalkan saya kepada Puan Mariela Gonzalez dan dia memberi saya keberanian dan saya memohon pinjaman dari Puan Mariela dan akhirnya dia membantu saya mendapatkan pinjaman di syarikat dan saya mendapat jumlah yang tepat saya memohon dan saya sangat gembira.

     Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memberi nasihat kepada rakan-rakan saya bahawa jika anda memerlukan pinjaman tulen asli dan ingin mendapatkan pinjaman cepat pada kadar faedah 2%, sila mendaftar melalui Puan Mariela Gonzalez melalui e-mel: (marielagonzalezloan@gmail.com). Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini, (roslizamohdz@gmail.com). untuk maklumat lanjut.

    ALLAH memberkati kamu semua!
    Terima kasih.

    ReplyDelete