Sunday, March 6, 2011

Terkini Kerdau: Provok, kemudian siar media pembangkang ganas

Setiap kali pilihan raya, pelbagai taktik dan teknik dilakukan Umno/BN dalam usaha cuba mengabui mata orang ramai di seluruh negara.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kerdau tidak terkecuali, Umno yang diketuai pemimpin kerajaan telah membuat provokasi dengan pelbagai bentuk sorakan, kata nesta dan cabar mencabar sehingga menimbulkan reaksi.

Apabila berlaku sedikit tindak balas kerana provokasi tadi, media (terutama elektronik) terus menghalakan corong kameranya dan ‘scenes’ lakonan itu disiarkan dengan gambaran ‘pembangkang ganas’.

Manifestasi yang mahu disogokkan ini bukannya secara kebetulan, tetapi dipercayai dirancang bagi memberi gambaran dan tanggapan negatif kepada penonton bahawa pembangkang memang ganas.

Keadaan sebegini berlaku di setiap unit pusat mengundi (UPU) dan paling menonjol ialah di sekolah Menengah Kerdau pagi tadi.

Yang mengecewakan ramai, provokasi tersebut dilakukan oleh pemimpin Umno yang berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri. Sementara media seolah-olah dirancang untuk menurutnya.

Kekecohan juga dilaporkan di Sekolah Kebangsaan Paya Taram apabila timbul salah faham antara kedua pihak.

Alhasilnya, semua ini tidak memberi gambaran yang baik kepada demokrasi, sebaliknya penerima maklumat hanya menadah pembohongan dan cerita rekaan sepanjang masa.

Bilalah agaknya orang Melayu akan cerdik dan pembesar mereka berhenti menipu?

1 comment:

  1. Itulah pasalnya aku dah naik meluat nak tengok berita kat TV.Tambah tambah TV1.
    Doakan sajalah PR memerentah selepas PU13 nanti..Kita halau semua staff di semua pusat penyiaran itu..
    Bodeklah kerajaan BN yang maha penipu dan maha tidak adil tu!Kalau dah semua negeri BN jadi pembangkang macam diSelangor,Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan nanti...taulah nasib masing masing...
    Keajaipan Tuhan tiada siapa menjangka...takut nanti 1 Malaysia yang dilaung laungkan menjadi kenyataan iaitu hanya 1 negeri dalam Malaysia BN menang...kun faya kun.

    ReplyDelete