Tel/Faks: 07-8978090/ Hp: 013-7130103 Emel: mazlanaliman@yahoo.com
Ruj. Kami : ANAK 009/2011(16)
Ruj. Tuan :
9 Mac 2011/4 RabiulAkhir 1432
Kehadapan,
YB Datuk Ahmad bin Maslan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Assalamualaikum w.b.t.
KESEDIAAN DIALOG ISU FELDA
Alhamdulillah, perkara di atas adalah dirujuk.
Saya telah mengemukakan dua kali cabaran debat kepada Datuk pada 17 Julai 2010 di Lobi Parlimen dan pada 25 Januari 2011 di Tenang, Johor. Kedua-duanya ditolak dengan pelbagai alasan.
Dalam kempen PRK Kerdau, Datuk mencabar saya berdialog dan menuduh saya takut dan melakukan pembohongan.
Sayugia diperjelaskan, saya hanya takut kepada Allah dan tiada sebab untuk saya takut kepada manusia. Saya bersedia berdebat atau berdialog dengan sesiapa sahaja demi kebenaran.
Walaupun sebelum ini saya enggan berdialog secara tertutup kerana bimbang di ekspoitasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan; tetapi pada kali ini saya bersedia tanpa sebarang halangan.
Saya menyarankan Datuk memilih mana-mana tarikh serta lokasi dalam bulan April dan saya bersama 20 Ahli Jawatankuasa ANAK bersedia untuk datang. Ini semua saya lakukan untuk membangkitkan pelbagai persoalan yang berlegar dalam kehidupan warga Felda. Saya menuntut janji Datuk; tiga hari tiga malam pun boleh berdialog!
Saya berharap tiada lagi alasan untuk menggagalkan pertemuan yang sebegini penting demi masa depan jutaan warga Felda.
Sebarang maklum balas sila hubungi saya sendiri di talian O137130103 atau pegawai khas, sdr Fadil 0173339668.
Sekian, moga dalam perhatian segera pihak Datuk. Wassalam.
Yang menjalankan amanah,
MAZLAN BIN ALIMAN
Presiden ANAK
Sk Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia
Syabas Saudara Mazlan!!!!Semua ANAK akan memberi sokongan penuh...
ReplyDeleteMemang sah felda penipu!Peneroka ditindas dari setiap penjuru.Ada juga peneroka yang tak sadar diri dan tak sedar diuntung..sanggup menindas sesama sendiri.Dah la sembelit duit koperasi..setiap peneroka yang membuat pinjaman membina rumah dengan pinjaman felda,kenapa koperasi mengambil RM2k dari setiap pinjaman yang diluluskan?Malangnya....nasib peneroka.Dah dicekik oleh felda,disembelih pula...oleh koperasi..Dah la koperasi tak pernah untung!
Patutnya,kalau nak duit,buatlah pinjaman perumahan pulak!Ini modal tak nak keluar,buta buta je amek duit peneroka...bayangkan,dengan RM2k tu berapa banyak batu bata dan simen boleh dibeli?Macam macam cerita bila sesekali ada peluang melawat kawasan penempatan peneroka....