Friday, March 25, 2011

Mufti, bangunlah sebelum malapetaka melanda!

Akhirnya cerita video seks yang dirakamkan oleh musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim (atau upahan Umno) untuk menjatuhkan beliau, kian menampakkan wajah pemfitnah itu sendiri.

Trio Datuk T mulai menceritakan apa yang sebenar di sebalik skandal seks tersebut.

Kita tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku sehingga begitu pantas ada di antara Datuk T yang mengaku ‘hero’ dalam video seks itu bukan Anwar, tetapi individu lain.

Ada beberapa fakta menarik daripada perkembangan isu video seks itu, yang pada asalnya hanya untuk menyahkan Anwar daripada persada politik tanah air.

Ada kemungkinan rahsia sebenar terpaksa didedah kerana tekanan daripada pimpinan Umno sendiri yang takut menjadi ‘back fire’ kepada strategi Umno menjelang pilihan raya, apabila risikan menggambarkan rakyat tidak percaya lagi dengan tohmahan melampau mengaibkan Anwar. Mereka cemas peristiwa Umno ditolak 63% orang Melayu pada 1999 berulang.

Yang menarik lagi ialah pendedahan daripada ‘perogol gadis bawah umur’ sendiri bahawa video dibuat bagi mengumpan ahli-ahli parlimen PKR supaya keluar daripada parti tersebut.

Beberapa persoalan juga muncul dalam kotak fikir saya. Pertama, bagaimana dengan tuduhan panglima-panglima Umno sebelum ini yang tidak sabar-sabar menamakan Anwar sebagai pelakon video tersebut? Apakah tidak ada kiraan dosa pahala? Bagaimana dengan kenyataan Zulkifli Nordin yang baru mendapat status ‘Datuk’ daripada istana Pahang, yang terus percaya 110% bahawa ‘hero’ dalam porno itu adalah Anwar tanpa beliau melihatnya?

Satu lagi, apakah ‘lelaki mirip Anwar’ itu mahu saja-saja beraksi dan dirakam tanpa apa-apa imbuhan?

Lagi satu, kenapa perlu wanita Cina? Kenapa tidak dengan artis kegilaan ramai seperti Ziana Zain atayu Maya Karin? (Maaf, itu hanya contoh semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun mati).

Dalam pada itu, saya sebagai penggemar ruangan Interaktif akhbar Sinar Harian (edisi Pahang) hari ini, juga agak tersentak dengan satu mesej berbunyi:

Negara diambang kemurkaan Allah. Jika tiada usaha golongan ulama untuk mencegah perilaku pemimpin negara pada masa ini yang jelas melakukan kemungkaran sangat hina iaitu memfitnah. Ini salah satu kemungkaran yang amat dilarang keras agama Islam. Oleh kerana si penuduh dan tertuduh semuanya beragama Islam, kita amat bimbang jika kemungkaran ini tidak dicegah. Tidak mustahil bala bencana daripada Allah diturunkan ke atas negara dan rakyat. Justeru itu, wahai orang Melayu yang mengaku Islam, wajiblah menjauhi buruk sangka dan fitnah. Janganlah kamu cenderung kepada orang zalim, nanti kamu akan mendapat musibah kecelakaan daripada Allah. Sesungguhnya negara dan rakyat Malaysia kepunyaan Allah. - AHLI POLITIK KEDAI KOPI BESERAH

Gerun bila memikirkan ini semua. Pada saya, sudah banyak pihak yang susah dengan kerja pemfitnah ini. Seluruh negara daripada parlimen ke coffee house, hinggalah ke kedai kopi, luar bilik darjah dan padang bola orang ramai mulai bercerita tentang video seks, hanya kerana kerja sipemfitnah. Berapa banyak pula negara terpaksa mengeluarkan wang rakyat untuk membentuk suruhanjaya penyiasat, hanya kerana kerja sipemfitmah. Itu belum lagi dinilai herapa banyak maruah yang jatuh, hati yang terluka dan jiwa yang terlilan.

Dalam suasana sekritikal ini, ke manakah mufti? Mana Majlis Fatwa? Mana ulamak?

Setakat ini hanya bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berani bersuara: "... (pembawa video seks) mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea..."

Mana mufti dan ulamak lain?
Kita seru, bangunlah sebelum fitnah dan malapetaka lebih dahsyat melanda!
Terangkanlah kepada orang ramai bahawa dosa fitnah adalah lebih besar daripada membunuh dan pantas mengundang murka Allah!

Na’uzu billahi min zalik...

4 comments:

  1. bila bumi malaysia ni dilanda tsunami @ gempa bumi barulah nk muhasabah diri...lebih baik mencegah dr berubat k...fitnah skrg dh melampau2 skrg...masihkah kita tahu yg diri kita ni milik Allah swt...bila2 masa shja kita dilanda musibah Allah swt....
    ulamak2 mno mna pergi?
    @ sekadar topeng menutup kelemahan umo sndri...?

    along ejie

    ReplyDelete
  2. Tidak bolehkah diaturkan satu bentuk jentera penerangan bagi menyampaikan maklumat kepada tiap2 rakyat di negara ini bahawa jgn percaya dengan fitnah?

    Bolehkah para ulamak kita mengatus Solat Hajat yang dibacakan doa Qunut Nazilah?

    ReplyDelete
  3. Rakyat Malaysia sudah muak dengan cerita-cerita bodoh dan karut seperti ini.
    Elok suruh taubat saja sebelum pintu taubat ditutup.

    ReplyDelete
  4. Video seks fitnah kotor

    Tayangan video seks yang kononnya melibatkan diri Ketua Pembangkang memang satu siri fitnah kotor serta jijik amalan pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi rakyat terhadap keperibadian Anwar. Tindakan pihak berkenaan menyebar bahan lucah yang menyalahi undang-undang itu dilihat sebagai usaha terdesak untuk memberi tekanan kepada Anwar setelah isu liwat kedua banyak menimbulkan keraguan munasabah. Dari segi politik UMNO/BN tidak mampu dapat mengatasi karisma serta kewibawaan Anwar, justeru mereka gunakan cara jijik tidak bertamadun menjatuhkan reputasi beliau di mata rakyat. Mereka boleh merancang segala kejahatan memperalatkan institusi negara pertahankan kuasa, tetapi rakyat yang celik maklumat tidak dapat menerima perbuatan jijik keterlaluan. Banyak percanggahan fakta jauh dari kebenaran.
    -ORANGKAYA SG4S

    (dari keratan akhbar Sinar Harian)

    ReplyDelete