Monday, July 29, 2019

Kekalkan Tun M patut jadi konsensus baharu PH

Oleh DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Kenyataan Datuk Seri Azmin Ali pada hari ini yang turut mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga berakhir penggal seperti yang disuarakan sekali lagi oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili PAS dan UMNO beberapa hari lalu, adalah perkembangan yang amat positif.

Saturday, July 27, 2019

Hina Islam: Mana agamawan PH?

Mana suara agamawan dalam PH apabila Nabi dihina?

Oleh : *DR RIDUAN MOHAMAD NOR*

Syabas dan tahniah kepada anak-anak muda PAS serta NGO Islam yang prihatin terhadap isu penghinaan terhadap baginda ar Rasul SAW. Marak dan membuncah kemarahan terhadap status Wendy Loong,  

Thursday, July 25, 2019

Hina Islam: Ambil tindakan atau berlaku tindakan luar kawalan!

PAS Pahang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada penghina Islam yang menggunakan nama Wendy Loong kerana penghinaan seumpama ini acap kali berlaku seolah-olah pelakunya tidak pernah gerun dengan tindakan-tindakan sebelum ini.

Berkata kepada media selepas membuat laporan di IPD Kuantan tengahari tadi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu, apa yang dikhuatirkan ialah akan tampil penganut Islam tampil bertindak di luar kawalan apabila agamanya dihina secara bertali arus.   

Wednesday, July 24, 2019

Kecoh ceramah Wan Ji tidak seperti laporan media pro-PH

Kekecohan di ceramah pendakwah kontroversi Wan Ji di masjid Ar Rahman Parit Melana, Melaka baru-baru ini sebenarnya berbeza daripa laporan media pro-PH.

Media menggambarkan seolah-olah kekecohan dan provokasi kononnya dicetuskan penyong-penokong PAS dan Umno, sedangkan sebaliknya ia dibantah oleh ahli kariah dan penduduk tempatan sendiri.  

Monday, July 22, 2019

Anak Fadzil Noor tidak baca buku bapanya?

Oleh HAZMI DIBOK 

Kalau ada org yg berkata bab politik ni bukan perkara aqidah, maka jawablah ia hanya pembahagian ulama' utk disiplin ilmu bagi memudahkan umat belajar dan memahami tasawwur Islam, bukan bermaksud ianya terpisah. Hujjahnya ;

(1) Dalam pengajian aqidah ada bab rukun iman, tuntutan iman, buah atau tsamarat iman dan perkara yg membatalkan iman. Tuntutan iman tu lah ubudiyyah atau ibadah. Ibadah dalam Islam ni menyeluruh termasuklah politik, kepimpinan, kenegaraan, undang-undang dsb..

Azmin dakwa tahu dalang sebar video liwat

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu beliau tahu siapakah dalang utama di sebalik penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan dirinya.

Malah, di hadapan kira-kira 3,000 penyokongnya bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu secara bersahaja bertanya apakah mereka juga mahu tahu siapakah berkenaan.

Ustaz Rosli hadir solat jenazah tiga beranak rentung

Ustaz Rosli (berbaju Melayu ungu, kanan) 
bersama Mufti Pahang 
di sebelahnya
Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar hadir menunaikan solat jenazah tiga beranak yang rentung dalam kebakaran ngeri di perkampungan Sungai Isap 2 kira-kira jam 7.30 pagi pada Ahad.

Solat jenazah diadakan di Masjid Al-Falah, Sungai Isap diimamkan Mufti Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. 

Kawasan tersebut termasuk di dalam Dun Tanjung Lumpur.

Thursday, July 18, 2019

“Komunis dalam kerajaan” bergema di parlimen

Semalam, persidangan dewan parlimen terus mencatatkan rekod apabila berlaku kekecohan melibatkan pihak kerajaan dan pembangkang, berkaitan kenyataan mengelirukan dewan.

Peristiwa tercetus apabila ketua pembangkang Datuk Ismail Sabri Yaakob bangun mengusulkan untuk merujuk Ahli Parlimen Bagan yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Tok Gajah naib juara Liga Super

Foto BERNAMA 
Akhirnya pasukan bolasepak Tok Gajah berjaya berjaya membenam pasukan corot Felda United 3-1 di stadium Darul Makmur malam tadi sekali gus menyamai rekod tahun lalu, iaitu tempat kedua dalam Liga Super, di belakang JDT.

Semua gol Pahang dijaringkan oleh awang import iaitu Lazarus Kaimbi pada minit ke-14,  Herold Goulon (minit 72) dan Nwakaeme pada minit ke 88.

Wednesday, July 17, 2019

Kes video seks: PKR diramal berdepan gelombang besar

PKR diramal bakal bergolak dan menghadapi gelombang besar berikutan kes video seks luar tabii yang didakwa melibatkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang disebarkan sejak bulan lalu.

Tidak dapat dirahsiakan lagi, senario ini menyerlahkan kewujudan dua kem utama dalam PKR dan tidak mustahil parti memiliki paling banyak kerusi dalam PH itu berada di ambang retak menanti belah.

Tuesday, July 16, 2019

Pemuda tegas 'tiada selera' dengan PH

PEMUDA PAS KOMITED MEMPERKUKUH PERMUAFAKATAN - PH SUDAH TIDAK RELEVAN

Pertemuan saya dengan rakan sejawat saya dari MCA Youth (the first female MCA Youth Chairman), Pn. Nicole Wong Siaw Ting, petang ini merupakan saat yang bersejarah terhadap politik negara dan Pemuda PAS.


LGE bohong isu bayaran balik GST?

Catatan Parlimen: Siapa Perompak, Siapa Pembohong Sebenarnya.?

1. Pada Sidang Parlimen Ogos 2018, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa wang sebanyak "RM 19.4 bilion Wang Bayaran Balik GST telah dirompak oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu."

Tuduhan 'rompakan' adalah perkara yang serius, bukannya boleh dibuat main-main dan serkap jarang apatah lagi amaunnya begitu besar iaitu berbilion Ringgit.
Ke mana ghaib dan lesapnya wang sebanyak itu.?

Adib tidak seberuntung Kugan

Saya teringat kes Kugan Ananthan tahun 2009 dulu.

Dia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan aktiviti samun kereta mewah. Selepas dia ditangkap dan disoal siasat, polis berjaya menemui semula 15 kereta mewah yang dilaporkan disamun dan dilarikan sebelum itu.

Kes Kugan menjadi tumpuan bila dia ditemui mati didalam lokap.

Hasil bedah siasat mengatakan dia mati akibat paru-paru berair. Tapi keluarga Kugan tidak berpuas hati kerana ada kesan lebam dibeberapa bahagian badan Kugan. Mereka tuduh Kugan mati akibat didera oleh polis semasa dalam tahanan.

Friday, July 12, 2019

PAS Selangor pertahan keputusan mahkamah dan institusi DiRaja

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR :
PAS Selangor Pertahankan Keputusan Mahkamah dan Institusi DiRaja

PAS Selangor melahirkan kekesalan terhadap ucapan dan tulisan Wan Ji yang menghina serta menghasut kebencian kepada Sultan Selangor dan Raja-Raja Melayu.

Wednesday, July 10, 2019

Isu Wan Ji dipenjara: Pendirian PAS

KENYATAAN MEDIA

LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM) PAS PUSAT

PEMENJARAAN KE ATAS HASUTAN BIADAP TERHADAP SULTAN DAN INSTITUSI DIRAJA ADALAH SATU KEWAJARAN

1.   Semalam, 9.7.2019 – YA Datuk Abdul Halim Aman, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, telah menolak rayuan Wan Ji Wan Hussain terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 9.4.2018, dimana dalam menyampaikan keputusan Mahkamah, YA Hakim antara lainnya dipetik sebagai berkata: *“Penerbitan kata-kata tersebut adalah satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor.

Pemuda mahu Exco DAP digantung kerja sementara kes rogol selesai



Berikut disiarkan kenyataan penuh Dewan Pemuda PAS Perak

10 Julai 2019M | 7 Zulkaedah 1440H

PEMUDA PAS GESA EXCO DAP PERAK DIGANTUNG JAWATAN SEHINGGA KES DAKWAAN ROGOL SELESAI

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN) memandang serius dakwaan bahawa seorang Exco Kerajaan Negeri Perak yang dikaitkan dengan perbuatan jenayah merogol seorang pembantu rumah berwarganegara Indonesia di rumahnya di Meru.

2.Laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis dan pihak berkuasa telah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. DPPN Perak konsisten berpendirian ‘seseorang itu tidak bersalah selagimana tidak dibuktikan ia bersalah.’ Institusi penguatkuasaan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam dan Mahkamah hendaklah bertindak tegas dalam memastikan tiada campur tangan pihak berkepentingan.

Tuesday, July 9, 2019

Tokoh akademik akui diugut

Campur tangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui amaran daripada penasihat tuan Perdana Menteri, Datuk Kadir Jasin berkaitan artikel seorang pensyarah UKM tempoh hari rupa-rupanya seolah-olah menimbulkan dendam di pihak kerajaan.

Susulan itu, pensyarah Sains Politik berkenaan Abdul Muein Abadi mendakwa menerima ugutan dan fitnah politik.

Monday, July 8, 2019

''Kenyataan menghina': Chef Wan dikecam

Kenyataan pertama IKON FELDA yang baru ditabal ditabalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan semalam, Datuk Redzuan Ismail atau Ch ef Wan, terus menerima kecaman terutama oleh netizen.

Menurut akhbar, selebriti dari Felda Sungai Koyan, Raub itu dianggap menghina warga Felda.

Peneroka beredar ketika Tun M berucap rasmi Hari Peneroka

Riuh dan hinggar-binggar diperkatakan umum hingga kini apabila berlaku peristiwa memalukan di majlis perasmian sambutan hari peneroka Felda 2019 di Felda Selancar 3, Rompin semalam di mana warga Felda bertali arus keluar, seolah-olah memboikot ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berucap manakala Menteri Hal Ehwal Felda Azmin Ali diboo.

Sunday, July 7, 2019

Tun M, Bersatu wajar sertai Umno-PAS demi Melayu

Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Saya bersetuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir bahawa adalah benar orang Melayu sudah berpecah dan berkecamuk. Perpecahan tersebut bertambah buruk dengan wujudnya satu lagi parti politik orang Melayu dengan menjadikan terlalu banyak parti politik untuk orang Melayu lalu orang Melayu berpolitik tidak tentu arah hingga menjadi hanyir.

Saturday, July 6, 2019

Apabila sipemecah mengajak bersatu

Ajakan Presiden BERSATU untuk Melayu bersatu?
Oleh DR RIDUAN MOHAHAMAD NOR

 Hayat kerajaan PH seperti diramal dan dihidu oleh banyak pihak, protes diam dan yang muncul mencabar seperti taufan fenomena yang tak sabar menunggu detik PRU 15.

Friday, July 5, 2019

Mujahid dah tiada modal?

Gambar hiasan 
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di akhbar pada Khamis, yang menegur pemimpin PAS menggunakan hadis berkaitan isu perisytiharan harta dengan mengaitkannya sebagai ‘perbuatan jejaskan imej islam’, bolehlah dianggap sebagai ‘dah kehabisan modal’.

Apa? Memanglah hadis itu salah satu panduan kita. Takkan nak guna akal semata-mata dalam segala pertimbangan. Biasanya ulamak bercakap ada sandarannya.

Wednesday, July 3, 2019

Belasungkawa Wan Iqbal

Saya mulai mengenalinya pada tahun 1998 di mana ketika itu beliau berniaga pati gamat keluaran Luxor di kedai yang disewanya di Medan Warisan, Kuantan. Ketika itulah kami pernah berkereta ke hulu ke hilir berniaga.

Saya menjadi rapat dengannya kerana dia ketika itu berniaga dengan abang angkatnya yang juga rakan sekelas saya ketika di sekolah rendah iaitu Badrul Hisham Mohamad.

Sisi positif, negatif had umur mengundi turun ke 18 tahun.

Oleh ALANG IBNU SHUKRIMUN 

Dengan mentaliti anak muda hari ini, tentunya ia satu cabaran besar bagi menentang hegemoni PH.

Tetapi percayalah, teras kekuatan Islam sejak zaman berzaman juga adalah anak muda. Lebih muda dari 18 tahun. Ali Abi Talib, Mus'ab bin Umayr, Zubair bin al-Awwam, Anas bin Malik, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abdullah bin Mas'ud Aisyah binti Abu Bakar . Mereka semua bersama Islam sebelum mencapai umur 18. Bahkan ada yang belum baligh ketika menerima hidayah!

Tuesday, July 2, 2019

Hadis palsu? Teliti dulu...

Benarkah Hadis Itu Palsu Seperti Kata Penulis Wan Ji?

Pagi tadi seorang sahabat mengirimkan satu artikel daripada penulis bernama Wan Ji Wan Hussin yang mengulas tentang sebuah hadith berkaitan ‘Rasulullah SAW menyuruh supaya harta yang ada tidak dihebahkan, kerana ramai pendengki.’

Monday, July 1, 2019

Kes Salamiah: Ini tulisan anaknya

Solidariti Untuk Ibu

Tiga orang anak ibu membesar dan bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Mentakab, malahan boleh bercakap cina dengan baik sehingga sekarang. Ibu sepuluh tahun menjadi pendidik di Sekolah Menengah Cina, jasa dan keringat ditabur tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama.

Apabila ibu bersuara dan memberi cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan, terus didakwa sebagai seorang rasis, seorang yang anti kaum lain, terus dibuat laporan polis.