Monday, August 8, 2011

Tanah runtuh di Cameron Highlands: PAS Pahang rakam takziah

PAS Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, Cameron Highlands dan berharap kerajaan negeri berbuat sesuatu supaya kemalangan tidak berulang.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam kenyataan medianya turut melahirkan rasa simpati dengan kematian tujuh orang termasuk empat wanita maut dan dua cedera parah dalam kejadian tersebut petang semalam.

“PAS Pahang ingin merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan dalam masa terdekat akan ke sana menyampaikan sumbangan.

“Serentak dengan itu juga kita meminta kerajaan negeri segera memantau penerokaan tanah di kawasan tanah tinggi itu kerana biasanya banjir lumpur dan hakisan tanah berlaku akibat operasi penebangan balak yang tidak terkawal,” katanya.

Tambahnya, PAS tidak menolak takdir tetapi kesilapan manusia mesti diminimakan supaya peristiwa buruk tidak kerap berulang.

Terdapat 60 keluarga di perkampungan Orang Asli berkenaan.

Dalam kejadian 5.45 petang semalam, berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang sehingga menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50; Jaafar, 49; Mohd Ikbal Jaafar, 15; Sara Gunung, 37; Norma Gunung, 51; dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.

Enam orang daripada mereka dilaporkan beragama Islam.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, sudah sering kali berlaku malapetaka tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu yang menyebabkan kehilangan nyawa.

“Sebab itu PAS Pahang mendesak supaya kerajaan negeri berhati-hati meluluskan kawasan penebangan balak dan penggondolan bukit kerana implikasinya boleh mengorbankan nyawa manusia,” tegasnya.

~ Harakahdaily

2 comments:

  1. ni lah kerjas PAS, dari dulu sampai sekarang cari nama atas nasib malang orang.

    Asyik ucap kosong jer... bantuan sumbangan x jugak diberi. Jangan nak cari nama atas malapetaka, jgn berlagak konon ada di tempat kejadian, jangan nak hero kepada kerja orang lain.....

    Inilah puak pendusta, penipu dan penfitnah yang selalu berlegar di masyarakat kita hari ini.

    berhatilah dengan penyagak poltik murahan seperti ini.....

    Nasiblah sy tidak menjadi ahli mana2 parti.... klaulah mcm ni perangai PAS sampai kiamat pun tak boleh berkuasa.

    ReplyDelete
  2. Baguslah awak sokong Rosmah. Nilai cincin dijsrinys bolrh buat dua buah jambatan kuala krau. Jgn lah temberanglah awak bukan ahli mana2 parti, budak tadika kemas pun boleh gelak dgn kenyataan itu. Semua org tau awak ahli, penyokong dan pencacai parti UmnoApcoPorno dulu, kini dan samapi ke mampus!!!

    ReplyDelete