Tuesday, August 9, 2011

Satu lagi projek Pak Pandir Umno-BN

Pelik tetapi benar. Terdapat satu projek kerajaan iaitu membaiki jalan Kampung Bukit Lada , Mukit Bukit Segumpal, Maran.

Projek yang sedang menjadi bahan ketawa penduduk itu ialah penaburan tanah merah di bahu jalan bagi menggantikan batu kuari.

Biasanya di zaman moden ini kantraktor menabur batu dan tar untuk jalan masuk kampung. Sebaliknya yang berlaku dalam Dun Chenor ini pula ialah batu crusher run yang sudah ditabur di bahu jalan sejak tiga tahun lalu itu, dikorek balik dan dibuang lalu diganti dengan tanah merah!

Pelik? Kalau tak percaya datanglah ke Kampung Bukit Lada sekarang, projek sedang berjalan!

Bahkan projek jalan JKR sejauh kira-kira dua kilometer di kampung itu sudah siap ditanam rumput di kiri kanan jalan. Tetapi dengan datangnya projek Pak Pandir ini, tanaman rumput pun habis dibuang digantikan dengan tanah merah.

Menurut sumber, projek yang hampir sama juga terdapat di jalan masuk Kampung Embun dan Chenor.

Pelik? Jika tak percaya datanglah sendiri ke kawasan Dato’ Tan Aminuddin Ishak ini!

Bagi orang kampung, projek Pak Pandir ini amat menyusah dan menyiksakan mereka kerana sekarang ini mereka terpaksa ‘makan debu’ dan bila sampai hujan nanti mereka terpaksa ‘main ski’ dalam selut atas lebu.

Barangkali kerajaan Umno-BN ini sudah kering idea bagaimana untuk memajukan sesebuah kampung, lalu dicuba stail pembangunan mundur ke belakang!


5 comments:

  1. huhu..kalau macam ni, org kampung pun boleh buat sendiri..entah apa2 la pemimpin umno/bn ni...takut sgt duit habis kat rakyat..adeh~

    ReplyDelete
  2. dah kering idea cmna nk sapu duit rakyat...

    ReplyDelete
  3. longkang pun timbus???aisehh eng. bangla doh niee..

    ReplyDelete
  4. hahaha... idea pak pandir moden mungkin diorang nak penduduk kampung tanam cili di tepi jalan plak... hua hua hua...

    ReplyDelete
  5. Tak tahu lah....last week ada pergi ke kampung sentang chenor.. Ada satu jalan masuk ke kiri betul-betul sebelum SK Kertau memang kecik and berbukit. Kalau berselisih antara kereta, tak boleh main berhenti saja sebab antara jalan dengan tebing dia tinggi, kene pandai cari tempat untuk berhenti. Ada tanya orang kat situ, dia kate JKR nak besarkan jalan kat situ sebab tu dah kira jalan utama sebab beberapa penduduk felda termasuk felda purun pun jadikan jalan tu jalan utama. Hai tak tahu lah. Rumah ADUN Chenor sikit punya besar tp nk besarkan jalan pun tak boleh.

    ReplyDelete