Wednesday, August 24, 2011

Datang sebagai PM, disambut sebagai pemimpin Umno

Hari ini, 24 Ogos 2011, Datuk Seri Najib Tun Razak akan hadir ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Umno Pahang dan rakyat tempatan di Taman Kubang Gajah, Temerloh.

Kesemua empat peringkat kepimpinan Umno Pahang-Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri dijangka hadir meraikan ketua mereka itu. Saya fikir Rosmah juga tidak lepaskan peluang untuk “membuntut” Najib.

Najib akan menyampaikan sumbangan dan dijangka akan menyampaikan mesej politik bahawa pilihan raya umum (PRU) akan diadakan dalam masa terdekat. Saya percaya Najib juga akan bercakap soal kes Anwar di mahkamah.

Najib datang pada hari ini adalah pada mode dan mood PRU, seperti mana lawatannya ke tempat-tempat lain.

Ketika ini di bandar Temerloh “lebat” dengan bendera Umno dan BN, termasuk digantung pada kemudahan awam seperti tiang lampu, di tengah jalan dan simpang-simpang.

Najib datang sebagai Perdana Menteri atau Presiden Umno? Sebenarnya semua orang sudah lemas memikirkan kerana pemisahan jawatan awam dan kedudukan politik sudah tidak dapat diasingkan. Ini hasilnya setelah Umno-BN berkuasa terlalu lama.

Cuba jika pada keadaan yang sama apabila Presiden PAS turun ke Temerloh, apa jadi jika bendera dan sepanduk di gantung? Sudah pasti jawapnya akan direntap dan dibuang oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun dalam kes Najib ke Temerloh hari ini, pihak berkuasa tempatan pula yang menaikkan bendera. Mereka juga membantu menyediakan persiapan di taman rekreasi di Bukit Angin itu.

Inikah standard politik dan demokrasi di Malaysia?

Pada hari ini juga, Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah akan berangkat ke Kuala Tahan, Jerantut menghadiri program berbuka puasa dengan rakyat.

Ini ialah program kerajaan negeri. Majoriti Ketua Jabatan kerajaan diketuai oleh DS SUK turut hadir.

MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan ke mana petang ini? Temerloh atau Jerantut?


3 comments:

  1. UNTUK KERJA UMNO ...UNTUK KEMENANGAN UMNO ...
    GUNA WANG RAKYAT...
    SAYA TAK HALAL DUNIA AKHIRAT...

    ReplyDelete
  2. harap tuan dapat ambil gambar kakitangan kerajaan dan agensi kerajaan yang membantu naikkan bendera dan sepanduk umno BN dlm program ini.Bukti akan ditunjukkan kepada rakyat jelata,bahwa mereka menggunakan wang rakyat untuk peribadi.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.

    pihak kami akan berusaha mendapatkan gambar-gambar di mana kakitangan awam yang bekerja dan dibayar gaji hasil cukai rakyat, diperguna untuk kepentingan politik Umno.

    Gambar-gambar akan dipamerkan.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete