Saturday, April 30, 2011

Reaksi komen: Lucah, seks, porno menguasai pemikiran Umno

Saya percaya, ada penjenguk dari kumpulan Umno (yang mendapat nasihat Apco dan mempunyai agenda porno) yang mencatat dalam komen pada entri ‘4 dalil “lelaki itu” bukan Anwar’ di bawah.

Sesiapa sahaja yang menjenguk ruangan komen tersebut, cuba perhatikan. Sudah barang tentu kini dapat mengenal jati diri, trend pemikiran dan isi kepalahotak orang Umno. Dan oleh kerana mereka (pencatat komen) agak terkehadapan dalam Umno (yang berpenasihatkan Apco) kerana boleh mengakses internet, maka tidak salah kita katakan semua orang Umno berkepalahotak seperti itu. Sebab Umno di bawah lebih bersifat mengiyakan apa saja cakap pemimpin mereka.

Lihat, betapa ghairahnya mereka untuk memberi pendapat tengan adegan seks. Lihat, betapa kecurnya mereka berbicara tentang seks. Lihat, bertapa terujanya mereka mengomel dan merepek tentang seks. Maka, demikianlah manifestasi “kekebuluran” seks dalam jiwa raga pengomen Umno tadi.

Bacalah dan lihatlah betapa lucahnya kepala hotak Umno. Benarlah kata pepatah Cina MCA bahawa “ikan busuk bermula dari kepala”. Dalam erti kata lain, jika kepalahotak pemimpin atasan Umno (yang berpenasihatkan Apco) sudah lucah, gila seks dan sukakan porno, maka begitu jugalah sekelian hamba sahayanya yang di akar umbi.

Lantaran itu, sehari dua ini baik pelayar internet Umno mahupun media rasmi Umno, semuanya membicarakan tentang video seks. Begitu juga di laman facebook, para pencacai Umno begitu sibuk minta dipercai individu yang difitnah mereka, walapun masih i peringkat siasatan.

Apakah negara ini tiada lagi undang-undang? Apakah institusi kehakiman negara ini sudah tidak berfungsi? Apakah institusi agama dan mufti sudah mandul atau menopaus? Entah, akan tetapi sebaran fitnah dan video seks sudah mengatasi intitusi-nstitusi tadi.

Barangkali seks, lucah dan porno sudah menjadi budaya kehidupan dan isi pemikiran mereka. Namun apabila kumpulan yang sama juga sedang menguasai negara, tidakkah ini sedang memunah dan merosakkan budaya dan pemikiran anak bangsa?

Maka dapatlah kita bayangkan, apa lagi yang Umno (yang berpenasihatkan Apco) boleh memikirkan tentang rakyat yang sedang bertarung dengan kehidupan yang semakin mendesak? Apa yang Umno dapat rasakan keperitan rakyat yang terpaksa menghadapi kos kehidupan yang tinggi akibat harga barang yang sentiasa melambung? Apa yang Umno boleh renungkan tentang majoriti orang Melayu yang semakin miskin dan terpinggir dalam ekonomi dan pendidikan?

Apa yang Umno boleh fikirkan penyelesaian tentang gejala sosial seperti buang bayi, seks rambang, merempit, tidak ada kampung yang tidak dilanda dadah, hedonisme di kalangan anak muda, buta agama, rasuah pihak berkusa, jenayah, samun dan bunuh yang semakin menjadi-jadi?Ada yang mahu memikirkan tentang semakin ramai orang Melayu dan Islam menjadi murtad?

Ada yang cuba menyelesaikan permasalahan anakanak muda Melayu yang semakin ramai sesat barat?

Tidak, Umno (yang berpenasihatkan Apco) tidak pernah memikirkan apa penyelesaian kepada masalah itu semua. Melainkan apa yang ada dalam kepalahotak mereka hanyalah video lucah, seks dan porno!


1 comment:

  1. Apabila orang Melayu saban hari dimomokkan di dada akhbar dan televisyen dengan isu video porno dan sumpah laknat, akhirnya Melayu yang susah dibantu oleh persatuan Buddha di Johor. Malahan banyak lagi Melayu yang hidup sudah bukan saja di Johor, tapi di N.Sembilan, Melaka, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan di mana-mana. Nak marahkan orang Kristian, orang Buddha, bila mereka bantu orang Melayu, atau nak marahkan diri kita sendiri, bangsa kita sendiri yang Menang Sorak, Kampung Tergadai.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011042902352120110429023521/Article/index_html

    ReplyDelete