Monday, December 16, 2019

Mantan Ketua Urusan Ulamak PAS Temerloh kembali ke rahmatullah

Mantan Ketua Urusan Ulamak PAS Temerloh, Ustaz Ariffin Abdullah, 58, kembali ke rahmatullah jam 2:55 petang tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh kelmarin akibat strok.

Beliau kemudiannya di hantar ke HTAA semalam untuk pembedahan selepas didapati berlaku pendarahan dalam otak.

Bagaimanapun, menurut sumber rapat, pembedahan tidak sempat dilakukan berikutan jantung beliau berhenti sehingga pihak hospital melakukan CPR selama enam minit.


Jenazah Allahyarham diuruskan di HTAA kemudian akan di bawa terus ke masjid al Wosto Paya Pulai untuk Solat Jenazah dan di kebumikan di tanah perkuburan berhampiran.

Allahyarham sewaktu hayatnya menghabiskan masa mendidik ummah dengan menyampaikan pembelajaran secara berkitab di kebanyak masjid dan surau sekitar Temerloh.

Sesungguhnya dari ALLAH kita dating, kepadaNYA jualah kita kembali.

Bersaksikan amal kebajikannya sepanjang hayat, semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa Allahyarham dan di tempatkan di kalangan para solehin… Aamiinn

No comments:

Post a Comment