Kembali ke sekolah pada tahun baharu, sememangnya
memerlukan belanja yang besar apatah lagi dengan rata-rata harga barangan kini
terus melonjak.
Sedar dengan permasalahan ini, Sekretariat Adun Tahan
tidak berdiam diri melainkan bertungkus-lumus bagi membantu meringkankan beban
keluarga yang memerlukan.
Alhamdulilah, pada 8 Disember 2019 baru-baru ini telah
dibuat penyerahan Baucer Bantuan Pakaian Sekolah 2.0 kepada 210 orang penerima
bagi sekolah rendah di dalam Dun berkenaan.
Menurut Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin,
begitupun masih ramai lagi yang perlu dibantu, memandangkan iklim ekonomi serta
harga komoditi yang menjadi sumber pendapatan orang-orang kampung, kini terus
merudum.
Justeru pihak sekretariat amat mengalu-alukan sumbangan
berterusan daripada para dermawan bagi menceriakan pelajar-pelajar yang kurang
berkemampuan ini menjelang sesi persekolahan 2020.
Bagi yang ingin turut serta melakukan amal kebajikan
ini, salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 5562 0811 7180 Tabung Kebajikan
Dun Tahan.
Sebarang transaksi, pertanyaan boleh menghubungan 013
277 5311 (Ami), 017 937 6011 (Faizah).
No comments:
Post a Comment