Friday, December 27, 2019

Bursa Malaysia paling teruk bawah PH

Tajuk akhbar The StarBiz pada 25 Disember menyebut “Bursa ripe for rebound”. Kononnya pasaran saham Bursa Malaysia dijangka pulih dan lonjak kembali menjelang 2020.

Saya yakin para pelabur sama ada yang kecil mahupun pelabur institusi tidak dapat terima kenyataan sedemikian. Ramai yang telah hangus tangan mereka.


Indek (FBM KLCI)  komposit Bursa Malaysia mengalami tahun paling teruk sepanjang 2019 dengan berlegar sekitar atas 40 mata pada 1605 mata Selasa lepas iaitu yang paling teruk dalam 4 tahun.

Dengan tinggal baki 4 hari sebelum berakhirnya pasaran 2019 pasaran saham tempatan kita bakal mencatat prestasi paling teruk di rantau Asia Pasifik ini.

Inilah 18 bulan prestasi Kerajaan PH.

Harga barangan dan perkhidmatan terus melambung, gaji dan upah tidak berubah, harga komoditi turun, pelaburan Tabung Haji dan ASB membawa pulangan paling kecil dalam sejarah dan kini Bursa Malaysia membawa prestasi paling teruk di rantau ini.

Apa lagi yang bakal kita tanggung bawah PH 2020 nanti? – HARAKAHDAILY 25/12/2019

SUMBER, ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR



No comments:

Post a Comment