Monday, December 16, 2019

Nelayan dua beranak hilang, ditemui selamat

Nelayan dua beranak yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Gelang, Kuantan kelmarin, ditemui selamat selepas 18 jam terputus hubungan di perairan Laut China Selatan.

Mat Yasin Sulong 67 Tahun dan anaknya Shaharul Nizam Mat Yasin 44 Tahun, ditemui bot pukat tunda nelayan keesokan harinya dan bot mangsa kemudiannya ditunda ke jeti Tanjung Api.


Sebelum ini dilaporkan, sebuah bot fiber mengalami kerosakan enjin di perairan ketika menjalankan aktiviti penangkapan ikan dalam keadaan laut bergelora.

Berikutan itu, satu operasi mengesan telah digerakkan. Namun dikatakan penyelamat menghadapi kesukaran akibat keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada bot kecil.

Sementara itu, Adun Beserah Andansura Rabu, turut merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada seluruh pasukan pencari (SAR) yang terdiri daripada APMM, TLDM, Polis Marin serta nelayan tempatan yang berjaya menyelamatkan nyawa mangsa.

No comments:

Post a Comment