Friday, December 20, 2019

Jalan raya Kampung Awah-Jengka siap Disember 2020

Oleh SHAHRULRUDDIN MUSA

BANDAR JENGKA: Jalan raya menghubungkan Tol Chenor ke Bandar Tun Razak Jengka yang sedang dinaik taraf, di jangka siap pada Disember 2020, kata Jurutera Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Ir Ahmad Azizi Ismail.

Jalan Raya sepanjang 28 kilometer yang yang memulakan kerja-kerja naik taraf sejak Mei 2017 itu melibatkan kos melebihi RM200 juta dan sehingga kini 82.89% telah disiapkan.


Beliau menjelaskan demikian dalam taklimat ketika mengunjungi Pejabat ADUN Jengka, di sini semalam.

Turut hadir, Penguasa Kanan, Puan Norhayati Ismail dan pengurus projek dari Iswarabena Sdn Bhd Mohd Hilman Ahmad serta beberapa orang kakitangan yang lain.

Dalam pertemuan tersebut, Mohd Hilman memberitahu, sebanyak tiga lampu isyarat akan dibina iaitu di persimpangan Jengka 18, Jengka 23 dan di simpang tiga Bandar Pusat Jengka berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu,  ADUN Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al Hafiz, berkata apabila siapnya projek berkenaan akan mengubah lanskap dan sosioekonomi Bnadar Tun Razak Jengka serta berlaku limpahan ke kawasan sekitarnya.

"Dengan siapnya jalan raya yang ditunggu-tunggu ini maka dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi bagi penduduk Jengka sebagai kemudahan yang dinantikan oleh warga Jengka, yang mana sebelum ini jalan terlalu sempit.
   
“Dengan siapnya jalan raya ini juga penduduk di penempatan Melayu terbesar ini dapat menjimatkan masa untuk kegiatan harian dengan perhungan yang semakin baik,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment