Sehingga kini, umum masih belum boleh menerima
kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Seri Dr
Mujahid Yusof Rawa yang menyebutkan: ‘semua laporan negatif terhadap kezaliman
Komunis China ke atas Muslim Uyghur adalah berita palsu’.
Secara amnya, selaku umat Islam yang prihatin, tentu
sahaja merasa terguris dengan kenyataan sedemikian kerana bertentangan dengan realiti
sebenar penderitaan Muslim Uyghur akibat kezaliman Kerajaan Komunis China.
Bukan baru, malah sudah lama berlaku, cuma ia
disembunyikan daripada pengetahuan umum dan menyebabkan seperti isu baru
berlaku.
Sebagai menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Mujahid
yang juga pimpinan PAN sepatutnya lebih cermat mengeluarkan kenyataan dan
sepatutnya tahu implikasinya. Kalau hendak mengambil hati rakan sekutupun,
apakah ia lebih berfaedah daripada mengoyak sanubari sesame ummah?
Malah, pihak PBB sendiri mengarahkan kerajaan China agar menutup kem tahanan Muslim Uyghur
Sejarah membuktikan, tempoh masa yang lama sejak 1949
lagi apabila tegaknya rejim komunis, maka bermulalah penderaan dan seksaan
secara fizikal sehingga membawa kepada pembunuhan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyebutkan hanya sekitar
1,000,000 bilangan Muslim Uyghur dibunuh sedangkan masyarakat dunia yakin
bilangan tersebut lebih besar daripada itu.
Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Ahmad Yahaya, dalam satu
tulisannya, mempersoalkan bagaimana pemimpin PAN itu mendakwa ketika lawatan rasminya ke China beliau
disambut dengan permaidani merah dan tempat-tempat yang dilawati selamat dan
aman sedangkan umat Islam Uyghur menderita dengan pelbagai seksaan dan
kezaliman.
Perlu diingatkan, di mana sahaja berada umat Islam
tetap bersaudara, ‘Cubit paha kiri, paha kanan terasa’, ‘Seperti aur dengan tebing’, ‘Seperti kuku
dan isi’ serta seperti susunan batu-bata
di sesebuah bangunan yakni saling kukuh-memperkukuhkan.
Hadis Nabi sendiri secara mafhumnya menyifatkan
persaudaraan sesame Islam itu ibarat seperti anggota badan, apabila sakit salah
satu daripadanya maka menanggunglah sekujur tubuh itu sehingga menderita
sepanjang malam.
Justeru itu di manakah konsep Rahmatan Lil-A’lamin yang
galak dipergunakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di dalam isu ini? Di mana
hendak diletakkan erti Hadis Nabi Muhammad S.A.W bererti:
“Mereka yang tidak mengambil tahu urusan orang Islam
lain, mereka bukan daripada golongan kami.”
Justeru demi membuktikan solidariti kepada kelompok
Islam yang tertindas ini, seeloknya diadakan perhimpunan aman di mana-mana bagi
menyuarakan bantahan secara terbuka terhadap kezaliman Kerajaan Komunis China
ke atas Muslim Uyghur tidak mengira atas
nama agama, keturunan lebih-lebih lagi sebagai menghormati kemanusiaan sejagat.
No comments:
Post a Comment