Friday, December 13, 2019

Bot nelayan rosak tengah laut, masih dalam operasi mencari

Sebuah bot fiber mengalami kerosakan enjin di perairan Tanjung Gelang, Kuantan tengah malam semalam.

Menurut laporan daripada MRSC Kuantan, kira-kira jam 12.16 tengah malam, telah menerima maklumat secara panggilan dari PGM Kuantan berkenaan kejadian bot berkenaan yang dikenal pasti bernombor pendaftaran PHS 1208, telah mengalami kerosakan enjin di posisi 03 55.15U 103 33.29T 8.2 BN dari Tanjung Gelang.


Pemilik dikenali sebagai Mat Yasin Sulong 67 Tahun dan seorang lagi mangsa Shaharul Nizam Mat Yasin (anak) 44 Tahun.

Kemudiannya satu operasi telah digerakkanMemaklumkan kepada Timbalan Pengarah Operasi bagi pergerakan aset dan bantuan aset dari jabatan lain.

Namun dikatakan penyelamat tidak dapat ke lokasi kejadian dan terpaksa berpatah balik akibat keadaan laut yang bergelora. Aset TLDM (CB90) telah ke lokasi aduan dan telah membuat pencarian di sekitar kawasan berkenaan namun tidak menemui apa-apa petunjuk dan terpaksa berpatah balik berikutan keadaan yang semakin gelap (malam) dan laut yang bergelora.

Sehubungan itu, SAR telah diaktifkan namun sehingga kini mangsa masih tidak dapat dihubungi. 

No comments:

Post a Comment