Tuesday, December 31, 2019

Penentangan Dong Zong, Jiao Zong sepanjang sejarah

Negara menjadi kecoh dan hinggar binggar lantaran kontroversi ditimbulkan oleh kumpulan pendesak Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang menentang tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dan jawi dalam buku teks sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu..


Walhal, ini bukan perkara baharu sebaliknya sudah diperkenalkan kepada murid sekolah rendah sejak 2011, di mana ia bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai warisan Bahasa Melayu dan identiti negara yang dijamin Perlembagaan.

Mengapa mereka seberani itu?

Ini tidak lain kerana apabila mereka merasai berkuasa setelah pucuk pimpinan negara beralih tangan pada 2018 yang lalu.

Dua pertubuhan pendidikan Cina ini dikatakan sangat berkuasa sehingga boleh menarik sokongan kaum tersebut secara majority apabila mereka membuat keputusan dan tindakan.

Ahli akademik Dr Kamaruzaman Yusof, membuat kajian tentang tindak-tanduk kumpulan ini dan mendapati terdapat 20 kesalahan dan menamakannya sebagai: ‘Dosa-dosa Dong Zong dan Jiao Zong kepada negara

(1) Menentang Penyata Barnes 1951.

(2) Menentang Ordinan Pelajaran 1952.

(3) Menentang Kertas Putih Pelajaran 1954.

(4) Menentang Penyata Razak 1956.

(5) Menentang Ordinan Pelajaran 1957.

(6) Menentang Penyata Rahman Talib 1960.

(7) Menentang Akta Pelajaran 1961.

(8) Mengetuai Gerakan Universiti Merdeka 1968 dan 1969.

(9) Menentang arahan membatalkan UEC pada 1975.

(10) Menuntut penubuhan Universiti Merdeka dari Yang di-Pertuan Agong pada 1978.

(11) Mencabar tindakan Yang di-Pertuan Agong menolak penubuhan Universiti Merdeka di mahkamah pada 1980.

(12) Menentang Dasar Kebudayaan Negara pada 1983.

(13) Menentang Rancangan Sekolah Integrasi pada 1985.

(14) Menentang lantikan guru tidak berbahasa Cina pada 1987.

(15) Menghidupkan semangat Universiti Merdeka yang ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong dan mahkamah dengan menubuhkan New Era College di tapak yang dimaksudkan untuk penubuhan Universiti Merdeka pada 1998.

(16) Mengetuai Suqiu membuat 17 tuntutan rasis pada 1999.

(17) Menentang Rancangan Sekolah Wawasan pada 2000.

(18) Menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002.

(19) Melancarkan kempen mengembalikan kerakyatan mendiang Lim Lian Geok yang ditarik balik oleh kerajaan kerana mengetuai penentangan ke atas Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 pada 2011 dan menuntut layanan saksama kepada SJK dalam kempen ini.

(20) Menentang Pengajaran Tulisan Jawi di SJK pada 2019.

No comments:

Post a Comment