Oleh SOBIRIN DULI
KUALA LIPIS: Dewan Muslimat PAS Kawasan Lipis berjaya
mengadakan Majlis Bicarawara Tokoh Muslimat dengan tema Keluarga Bahagia Ummah
Sejahtera.
Majlis diisi dengan Bicara Alimat yang disampaikan oleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Senator Ustazah Nuridah Salleh bertajuk Muslimah
Penjana Keluarga Bahagia, Ummah Sejahtera.
Manakala perasmian disempurnakan Yang Dipertua (YDP)
PAS Kawasan Lipis, Roslan Zainal Al-Ahmadi.
Nuridah dalam ucapannya menegaskan negara mendapat
rahmat jika ummah bertaqwa. Penyatuan Ummah yang digagaskan PAS-UMNO meletakkan
negara ini di atas landasan untuk mencapai matlamat tersebut dan seharusnya
disokong oleh seluruh rakyat.
"Baik wanita baiklah negara, rosak wanita rosaklah
negara. Inilah gambaran pentingnya peranan wanita. Prasyarat melakukan Amar
Makruf Nahi Mungkar mestilah beriman dan membatu kaum muslimin melakukannya.
“Islam telah memimpin lebih 1300 tahun bermula dengan
zaman Rasulallah SAW. Islam ketika itu digeruni oleh orang Bukan Islam dunia.
Hari ini agama Islam dan Rasulallah SAW dihina di negara kita dan kita
seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa,” ujarnya.
Beliau turut mengajak semua orang Islam bersatu,
sedangkan kita mempunyai satu agama, satu Al-Quran dan satu Allah.
"Adakah muslimin dan muslimat merasa selesa dengan
pemerintahan PH hari ini?", soalnya.
"Tidak sama sekali" jawab hadirin secara spontan.
Tambah Nuridah, selepas PRU14 orang Bukan Islam
menguasai kita menjadikan kita tidak selesa. “Kita sepatutnya malu kepada Allah
SWT. Di sinilah adanya peranan muslimah menjaga keluarga untuk jaga ummah. Kita
bukan sahaja hendak menyelamatkan umat zaman kita tetapi tindakan kita hari ini
akan menyelamatkan umat generasi akan datang.
“Seperti mana Allah memerintahkan kita supaya khusyuk
dalam solat begitulah kita kena berusaha bersungguh-sunggh untuk menegakkan
Islam. Usaha ini perlu dilakukan secara kolektif atau jamaah”.
Sementara dalam slot Bicara Tokoh pula, seorang tokoh
Pendidikan Ustazah Nur Hanisah Afandi ,membicarakan tajuk Peranan Muslimah
Menghayati Bicara Allah.
Program turut dihadiri oleh muslimah dari kawasan Raub,
Bentong dan Cameron Highlands.
No comments:
Post a Comment