Pengguna jalan raya dari Muadzam ke Kuantan atau
sebaliknya, dinasihatkan supaya mencari laluan alternatif.
Menurut sumber, ini berikutan laluan berhampiran Paloh
Hinai dekat Pekan telah ditutup berikutan tanah runtuh.
Pengguna disyor menggunakan laluan laluan Pekan ke
Mersing iaitu laluan tepi laut menuju ke Nenasi dan Rompin.
Kejadian ini dipercayai akibat hujan lebat dan
berterusan sejak beberapa hari lalu, pada musim monsun ini.
No comments:
Post a Comment