Tuesday, December 17, 2019

Rumah rentung: Tabung Prihatin dilancar

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching melancarkan Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar bagi mengumpul derma berikutan kebakaran yang memusnahkan sama sekali rumah  ahli PAS Cawangan Kampung Panching, Haji Musa Mamat, di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Panching.

Dalam tragedi pada Jumaat lalu itu, rumah beliau hangus sepenuhnya. Beliau sekeluarga kini menumpang sementara di rumah ibunya di Kampung Sungai Batu.


Adun Panching Ustaz Mohd Tarmizi Yahya yang turut berada di lokasi kebakaran sewaktu rumah Haji Musa terbakar itu, turut menyeru masyarakat yang prihatin bermurah hati menyumbang bagi meringankan penderitaan mangsa.

“Semoga sumbangan tuan puan semua akan dapat meringankan dan memberikan sedikit keceriaan kepada Hj Musa sekeluarga yang kini diuji dengan musibah sedemikian rupa,”.

Bagi yang berhasrat menyumbang, bolehlah menghulurkan sumbangan melalui saluran ke akaun seperti berikut :

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN PANCHING
06010004266719
Bank Muamalat

016-2640448

No comments:

Post a Comment