Monday, January 31, 2011

Tahniah penyokong BN, undi anda menaikkan minyak!

Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen lagi malam ini meningkat menjadi RM2.50 seliter, iaitu sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang dimenangi Umno/BN.

Selepas ini harga barang yang sudah sedia tinggi tidak akan tidak akan melonjak lagi. Caj perkhidmatan akan terus meningkat.

Rakyat yang sudah sedia susah kerana persekolahan anak-anak, kos hidup harian yang melambung, pendapatan yang tidak ketara meningkat, kehilangan harta benda akibat banjir akan terus menderita.

Tapi besok, saudara baca dan dengarlah media Umno, nescaya ada yang mengatakan, “ini harga paling murah dibandingkan negara lain”, “kerajaan amat prihatin kepada rakyat”, “terima kasih kerajaan BN kerana rakyat didahulukan!” Bla.. bla... bla...



KESILAPAN CETAK BUKU – MENTERI PELAJARAN PERLU BERTANGGUNGJAWAB

Pakatan Rakyat Negeri Pahang (PR Pahang) menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin yang menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pelajaran supaya segera memberikan penjelasan terperinci berhubung kesilapan mencetak 400 ratus ribu buku teks KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 sehingga menyebabkan buku itu ditarik balik.


Penjelasan terperinci diperlukan oleh rakyat kerana kesilapan tersebut menyebabkan kerugian yang mencecah hampir RM4 juta dan memberikan kesan negatif bukan sahaja terhadap pelajar sekolah malah ke atas ekonomi negara. Pembaziran tersebut membabitkan jumlah wang rakyat yang begitu besar dan menunjukkan beliau selaku Menteri Pelajaran gagal memastikan pentadbirannya melaksanakan tata kerja berkualiti yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Kerugian akibat kecuaian seperti ini bukan kali pertama berlaku di bawah kementerian yang sama. Rakyat Malaysia masih belum dapat memaafkan kerugian yang dianggarkan RM5 bilion akibat kegagalan Dasar PPSMI sebelum ini. Jika jumlah kerugian akibat kegagalan beberapa projek infrastruktur pendidikan di seluruh negara sejak era Tun Dr Mahathir diambil kira, maka kementerian ini boleh dianggap di antara kementerian yang menyumbang kepada kerugian wang rakyat dalam jumlah yang sukar dimaafkan.

Jika pembaziran dan kecuaian-kecuaian tersebut dapat dielakkan, wang dalam jumlah demikian sudah pasti dapat disalurkan untuk manfaat yang lebih besar dan sepatutnya. Antaranya ialah menaikkan geran per kapita kepada semua sekolah di seluruh negara bagi menampung kos pengurusan operasi yang meningkat saban tahun. Jika ini dilakukan sudah tentu dapat mengurangkan bebanan dan tekanan ibu bapa yang pada masa sama berdepan dengan kenaikan kos hidup yang drastik dan menggigit.


PR Pahang menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan tegas ke atas Tan Sri Muhyiddin dan pihak berkaitan ekoran kecuaian ini kerana RM4 juta adalah jumlah yang amat besar. Jangan hanya berani bertindak ke atas rakyat jembel tetapi berlepas tangan apabila kesalahan dilakukan oleh pihak atasan. Jadikan kes ini salah satu penanda aras (benchmarking) program transformasi Malaysia yang dilaung-laungkan. Buktikan dengan tindakan, berhentilah daripada sekadar menambah sesak ruang maklumat negara dengan pelbagai slogan retorik populis semata.


ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Pahang


(http://roslanzainalalahmadi.blogspot.com/)

BN menang dengan taktik baru yang gagal dikesan PAS

Betullah kata sahabat, Umno/BN akan mencipta taktik dan strategi baru setiap kali pilihan raya yang kurang diperhatikan atau gagal dipintas strategis atau think-tank Pakatan Rakyat.

Dalam PRK Dun Tenang semalam, strategi BN ialah ‘memaksa’ pengundi Melayu (yang mereka tahu pengundi tegar mereka) di tiga kawasan Felda dan kampung tradisi keluar mengundi. Sementara pengundi Cina dan India ‘diabaikan’.

Hasilnya, calon BN Mohd Azahar Ibrahim menang di PRK Tenang dengan majoriti 3,707 undi. Azahar memperolehi 6,699 undi, berbanding calon PAS Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi.

Namun BN tidak boleh mendabik dada kerana peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Paling memeranjatkan, jumlah pengundi Cina jatuh mendadak kepada 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.

Peratusan mengundi Orang Melayu pula naik melambung kepada 83.3 peratus.

Ini bermakna, BN berjaya menambah majoriti dengan strategi baru iaitu mengerahkan undi Melayu dan dalam masa yang sama mengabaikan pengundi bukan Melayu. Sebab pemikir mereka sudah dapat mengesan pola mengundi berdasarkan pola kaum di Dun Tenang!




Sunday, January 30, 2011

Banjir di Tenang, petugas PAS Pahang terkandas pulang

Lebih 100 anggota kontinjen PAS dari Pahang yang bertugas dalam PRK Tenang, terkandas akibat bah yang melanda kawasan tersebut bermula jam 1 tengahari 30 Januari.

Menurut koresponden Selamatkan Pahang, Suhaimi, semua jalan keluar dari Felda Tenang tidak boleh dilalui. Kenderaan ke ke bandar Labis tersekat di Sekolah Menengah Kamarul Arfin. Untuk ke Segamat pula air banjir melimpah di Tenang Station.

Sementara jalan menghala ke Segamat terkandas kerana banjir di Yong Peng manakala untuk ke selatan, air melimpah di kawasan Air Panas.

Petugas PAS dari seluruh Pahang yang mahu pulang, terpaksa berpatah balik ke rumah Pahang di Felda Tenang untuk semalaman.

Selain petugas PAS Pahang, semua yang bertugas pada PRK tersebut tidak dapat pulang termasuk anggota polis, petugas SPR dan anggota khidmat pari lawan daripada pulang.




Peneroka menang lagi, Felda kalah lagi

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan injunksi kontraktor yang dilantik Felda dalam kes penebangan pokok getah Felda Raja Alias 2, Serting, Jempol.

Hakim Datuk Rosnaini Saub berkata, permohonan injunksi kontraktor dilantik Felda itu tidak sah berikutan kesemua peneroka terlibat adalah pemilik berkepentingan tanah Felda.

Keputusan hakim itu diputuskan melalui perbicaraan di dalam kamar hakim yang dijalankan secara tertutup.

Kesemua 23 peneroka itu diwakili peguam, T.Kumar dan Surina Suhaimi.

16 Disember lalu, kontraktor Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd yang dilantik Felda menfailkan permohonan injunksi untuk menghalang peneroka dan kontraktor dilantik mengurus tanah Felda Raja Alias 2.

Permohonan injunksi itu bertujuan menghalang peneroka menguruskan tanah Felda mereka atau melantik mana-mana kontraktor mewakili mereka dalam urusan penebangan pokok getah.

Tindakan kontraktor memohon injuksi mahkamah itu sekali gus menghalang peneroka menguruskan kebun dan juga tidak membenarkan peneroka menghampiri kawasan masuk kebun sejauh 200 meter.

Sementara itu, di luar mahkamah, Surina berkata, keputusan hakim itu adalah tepat dalam melindungi hak peneroka.

Menurutnya, peneroka menolak kontraktor dilantik Felda berikutan harga jualan hasil dan pokok getah ditawarkan tidak mengikut harga pasaran.

“Bagi setiap tujuh ekar tanah milik seorang peneroka, harga hasil jualan pokok getah hanya RM28,000 sahaja yang ditawarkan kontraktor dilantik Felda, berbanding kontraktor dilantik peneroka sendiri menawarkan RM35,000.


~ Sinar Harian

PRK Tenang setakat ini...

LABIS: Selepas semua pusat mengundi ditutup jam 5 petang, 10,579 pengundi atau 71.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Laporan daripada koresponden Selamatkan Pahang, Suhaimi di Tenang, pilihan raya kecil (PRK) Tenang kali ini berjalan dalam suasana hujan lebat dan banjir dan sudah ramai penduduk yang dipindahkan.

/> Daripada segi peluang, beliau berkata sukar diramalkan kerana sikap penduduk sendiri yang tidak mahu menyatakan pendirian.

Namun ada juga yang berkata, PAS mampu membuat kejutan hari ini.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi. Dalam PRK ini PAS menurunkan Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru. Sementara BN memperjudikan nasib melalui bekas pembantu pegawai daerah Azahar Ibrahim, 30, dari Umno.

Terdapat sebanyak 12 pusat mengundi meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Dun Tenang dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kerusi tradisi BN yang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis. Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

ch(e) {}" href="http://2.bp.blogspot.com/_gs-h-IeHUMg/TUT4yTtKhZI/AAAAAAAABS4/basSes6MFlk/s1600/Tanang%2Bgambar.jpg"> Keputusan sebenar PRK ini hanya akan diketahui antara jam 8 hingga 9 malam ini dan akan diumumkan di pusat perjumlahan undi di Dewan Serbaguna Labis.





Saturday, January 29, 2011

Isu Interlok: Pemimpin Umno mengalah kerana lemah


KUANTAN: Seperti dijangkakan, demi undi dan pilihan raya Umno sanggup mengalah dengan tuntutan parti komponen BN MIC dalam isu Interlok apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup membelakangkan pertubuhan Melayu yang faham tentang nilai kreatif sastera.

Sehubungan itu, banyak pihak melihat keputusan tergesa-gesa dibuat merupakan strategi rapuh Umno dan amat merugikan apabila satu hari khazanah negara ini akan kehilangan lebih banyak pusaka Melayu.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Alang Ahmad Teh, 72, menganggap pemimpin Umno lemah apabila bersetuju dengan tekanan MIC berhubung isu novel Interlok.

AJK Persatuan Sejarah Pahang itu berkata, isi novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu tidak sepatutnya dipinda atau dihapus kerana ia merupakan penulisan sejarah yang perlu diketahui oleh generasi muda hari ini


Media melaporkan semalam, Muhyiddin mahu meminda kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India sebagai syarat novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima di ebberapa negeri di negara ini.

Kata Muhyiddin, keputusan mengekalkan novel tersebut dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Sepatutnya pemimpin Umno mesti memberi kefahaman dan keyakinan kepada kaum India berhubung novel berkenaan, bukannya mengalah dengan meminda karya sasterawan negara itu kerana ia merupakan novel sejarah yang menceritakan keadaan pada satu waktu dulu menurut tanggapan penjajah.

“Umpamanya, saya difahamkan dalam novel tersebut yang berkaitan dengan orang Melayu ada disebut bahawa orang Melayu malas. Kalau nak diikut memang orang melayu pun marah sebab orang Melayu sekarang dah rajin... tapi apa boleh buat, itulah tanggapan British.

“Saya dengar ada perkataan ‘pariah’ dalam novel tersebut yang amat dimarahi sesetengah pihak, tetapi jika kita rujuk sejarah memang puak itu yang telah dibawa penjajah British ke sini untuk masuk ke industri pekerjaan dah perkara itu telahpun menjadi sejarah,” katanya.

Tambahnya, ada satu lagi perkataan yang mungkin sensitif iaitu perkataan “keling”. Tetapi bagaimana dengan nama Tanjung Keling di Melaka dan Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang, apakah itu perlukan perubahan.

Alang yang juga bekas wartawan akbar Utusan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pemimpin Umno mengalah kerana mengambil kira faktor pilihan raya kecil (PRK) Tenang dan pilihan raya umum (PRU) akan datang supaya tidak kehilangan undi kaum India.

Seorang lagi AJK DPMP, Abdul Kadir Abdul Manap, turut mempersoalkan tindakan meminda karya sasterawan negara kerana apabila dipinda di sana-sani akan membuang nilai kreatif seorang pengkarya.

“Bagaimana nilai sebuah karya kreatif seorang sasterawan negara boleh diterima dengan pindaan? Bayangkan, sebuah novel yang telah siap berpuluh tahun lalu boleh ditokok tambah atau dibuang mana-mana yang tidak disukai.

“Apabila pindaan dibuat atas sensitiviti perkauman pada masa ini, bermakna novel ini dipinda kerana survival politik dan karya sasterawan negara yang menjadi mangsa,” jelasnya.

Abdul Kadir yang juga penggiat filem berkata, jika pemimpin Umno boleh mendengar pandangan orang politik, kenapa tidak boleh mendengar pandangan sasterawan?






Umno ubah inspirasi penubuhan Felda Tun Razak

BANDAR JENGKA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, matlamat penubuhan Felda oleh Allahyarham Tun Razak iaitu mengembalikan hak negara kepada rakyat telah diubah oleh pemimpin Umno.

Tambahnya, akibatnya hasil titik peluh peneroka dinikmati oleh oleh segelintir ahli perniagaan yang menjajah dan mengambil kesempatan.

“Apa yang dibangunkan oleh Tun Razak, bagus, dapat dirasakan manfaatnya oleh rakyat. Tapi selepas itu terdapat pemikiran baru mula berubah dengan slogan ‘privatisation’ oleh kerajaan ketika itu iaitu semasa Dr Mahathir”.

“Konsep itu pada asalnya bagus tapi hasilnya tidak menyeluruh kepada semua rakyat sebaliknya pergi kepada segelintir saja. Sebab itulah timbul kronisme”.

“Di manakah duit Fekda disalurkan? Ladang dan juga koperasi-koperasi Felda, semua ini perlu dikaji oleh generasi kedua Felda. Konsep yang dipakai Felda sekarang ialah konsep penjajahan”.

“Justeru ANAK mesti bergerak secara profesional, mesti menjuarai kepakaran dalam semua segi. Buat R&D dalam industri sawit”.

Khalid berkata, generasi kedua sepatutnya tidak saja bergantung kepada tanah tapi juga perkhidmatan sehingga beroleh sumber atau punca baru sehingga tingkatkan pendapatan perkapita dinaikkan 50,000 kepada 70,000 setahun dari sekarang 20,000 setahun”.

“Ini disebabkan dalam tempoh masa akan datang, kos kehidupan akan meningkat kerana kenaikan harga barang”.

Pembetulan kepada permasalahan dan kepincangan yang dalam pentadbiran sekarang mesti dilakukan oleh orang muda kerana yang memerintah tidak lagi mampu melakukannya.

Bagaimana merakyatkan ekonomi kita. Fikir supaya kita tidak lagi dijajah. Tun Razak nak alih daripada penjajahan. Tapi sekarang Felda dah jadi penjajah, termasuk anak dia.




Jangan sampai rakyat kata: Nak projek? Tunggu PRK!

Saya menemukan suatu luahan bermakna dalam ruangan Interaktif akhbar Sinar Harian. Meskipun luahan dalam bentuk sinis-sinisan, namun ia perlu difikirkan semua kerana budaya 'projek mi segera' semasa pilihan raya kecil(PRK)ini akan melarikan bajet hasil negara dan selepas kekeringan kantung kerajaan akan memikirkan 'rakyat didahulukan untuk dikorbankan' dengan kenaikan cukai, penarikan subsidi dan sebagainya yang menyusahkan.


Amat bertuah sekali bagi rakyat yang terlibat dengan pilihan raya kecil, tiba-tiba jadi terkenal. Pemimpin dari peringkat bawah hingga tertinggi berkampung di situ. Kalau tak kerana PRK, nak jumpa wakil rakyat amatlah susah. Peruntukan dan projek segera mencurah-curah. Prihatin sungguh dengan masalah dan nasib rakyat. Setiap penduduk amat berharap kawasannya juga terlibat dengan PRK. Kalau boleh, lagi kerap lagi baik. Tetapi diharap projek dan peruntukan tersebut tidak menambah hutang negara atau dialih peruntukan dari kawasan lain. - PAK NGAH, KERATONG 9


Setiap kali ada PRK dan PRU barulah nak buat itu dan ini serta pelbagai sumbangan diberikan. Tapi bila sesudah PRK, sampai terkeluar air mata darah sekalipun belum tentu lagi dapat. Sebenarnya inilah retorik PRK. - SAKIT HATI



Agenda Pakatan, Buku Jingga : Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.

Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.

Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:

Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.
Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.
Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini. Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis parah.

Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek. Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah) untuk menggembleng muafakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.

Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak.

Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah setanding dengan kita. Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita. Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi global telah merudum.

Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri mengabaikan penderitaan rakyat. Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus.

Tindakbalas pemerintah juga adalah songsang dan tidak mencerminkan keikhlasan untuk mengembalikan daya saing negara. Rencana ekonomi baru yang dipersembahkan hambar kerana janji untuk membawa ‘transformasi ekonomi’ bercanggah dengan tindakan semasa yang bertentangan dengan tuntutan reformasi.

Makanya, negara dan rakyat berdepan dengan ketakutan yang berlipat kali ganda. Amalan menunggang institusi-institusi penting negara demi menutup kelemahan sendiri dan menekan Pakatan Rakyat semakin berleluasa. Matlamat kuasa BN adalah untuk terus berkuasa, bukannya mencari kebijakan yang adil dan berkesan untuk membawa negara keluar dari kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin menghimpit.

Malaysia perlu diubah sekarang. Perjalanannya dan masa depan rakyat di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur. Jika perubahan tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap.

Harapan dan kepercayaan rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang berlandaskan prinsip keadilan dan permuafakatan perlu dikembalikan segera. Pakatan Rakyat yakin bahawa agenda perubahan yang dijunjung bersama akan meniupkan kembali roh keadilan dan permuafakatan dalam sistem negara dan masyarakat kita.

Agenda Pakatan ini menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil. Kami percaya kemakmuran negara hanya akan dicapai dan berkekalan jika ia ditunjangi oleh prinsip keadilan sosial dan persaudaraan rakyat. Hasrat ini akan mekar berkembang; bila mana semangat demokrasi meresap ke seluruh pentadbiran dan institusi-institusi penting negara.

Agenda Pakatan ini adalah penzahiran hasrat rakyat untuk melaksanakan islah masyarakat yang digariskan oleh Dasar Bersama. Ia adalah jendela yang paling luas untuk menggambarkan sebuah Malaysia yang makmur dan adil di bawah Pakatan Rakyat.

Bersama-sama kita berubah sekarang untuk menyelamatkan Malaysia. Ayuh kita bawa mesej perubahan ini ke seluruh pelusuk negara.

Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Y.B. Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Y.B. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Friday, January 28, 2011

Pengurus Felda akui perjanjian serah ladang oleh peneroka longgar

Harakahdaily

TEMERLOH:
Perjanjian penyerahan ladang di antara peneroka dengan Felda untuk diuruskan oleh Felda Plantations sangat longgar kerana tandatangan kedua pihak tanpa saksi, tidak dimatisetem dan tiada tarikh tamat.

Peguam Ahmad Nizam Hamid berkata, ini diakui sendiri oleh seorang pengurus rancangan Felda dalam perbicaraan di Mahkamah Magistret Temerloh hari ini.

Pengurus Felda Gua Musang, Sazali Abdul Hamid dalam pengakuannya sebagai saksi kepada kes Roslan Mohd Nor dari Felda Bukit Mendi, juga mengakui tidak ada terma pemilikan Felda ke atas tanah peneroka dalam perjanjian tersebut.

Ahmad Nizam adalah peguam bela kepada Roslan.

“Kes hari ini ialah anak guam saya Roslan Mohd Nor yang ditangkap oleh Pengurus Felda Technoplant dan anggota Rela kerana dituduh mencuri 35 tandan buah kelapa sawit di atas tanah lot bapanya (yang sudah meninggal) sendiri Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada 2009.

“Beliau dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau didenda,” katanya.

Turut dipanggil menjadi saksi hari ini ialah Ketua Balai Polis Mengkuang Sarjan Mejar Ahmad, Pengurus Felda Technoplant Bukit Mendi Saleh Samigun dan anggota sukarelawan rakyat (Rela) Hanapi Dolah juga dari Bukit Mendi.

Sazali ialah bekas Pengurus Felda Bukit Mendi yang menandatangan bagi pihak Felda bersama pemilik tanah Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada tahun 2005.

Sazali juga mengakui, borang yang ditandatangan beliau bersama Mohd Nor adalah bermaksud tuan milik tanah berkenaan menyerahkan ladang kepada Felda adalah untuk tujuan pemulihan tanah dan bukan diserahkan hak miliknya kepada badan tersebut.

Selain daripada itu, Sazali akur keingkaran salah satu pihak (Felda atau peneroka) mematuhi perjanjian 22 perkara itu boleh membatalkan perjanjian.

Sementara itu, menurut Roslan, pada 25 Mei 2009 ketika beliau bersama buruh memasukkan beberapa tandan buah sawit ke dalam sebuah lori pikap di ladang milik ayahnya, beliau telah ditangkap.

“Saya telah tunjukkan surat amaran daripada Pejabat Tanah Bera bahawa cukai tanah ladang itu telah tertunggak sebanyak RM3,000 tidak dibayar oleh Felda. Sedangkan bicara kuasa tidak boleh dijalankan sebab banyak cukai tertunggak.

“Malangnya penjelasan saya tidak diterima malah saya bersama pemandu lori dibawa ke balai polis, digari dan dihantar ke lokap Triang,” katanya.

Menurut Roslan, ladang ayahnya pada tahun 2000 telah diserahkan kepada Felda untuk urusan tanam semula. Namun begitu pada 2005 oleh kerana tiada penyata dan kira-kira hasil yang diberikan oleh Felda, beliau telah minta ayahnya ambil balik untuk diusahakan sendiri.

Bagaimanapun, tambah Roslan, dua bulan sebelum meninggal (4 Julai 2005), ayahnya telah menyerahkan semula pengurusan ladang kepada Felda.

Apabila beliau bersama keluarga mahu mengambil semula pengurusan ladang daripada Felda Technoplant pada 3 September 2007 kerana tidak puas hati dengan hasil yang diterima, beliau telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM34,719.90.

GAMBAR:
Nizam (kanan) bersama Roslan berjalan keluar daripada mahkamah



Guru kecam Little Napoleon dalam perguruan

TEMERLOH: Seorang guru mendakwa dianiayai oleh guru besarnya apabila ditukarkan serta merta dan markah prestasi tahunannya yang dinilai rendah hanya kerana menjadi penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Guru terbabit yang menemui harakahdaily di sini berkata, penukaran serta merta (Redeployment) itu biasanya dikenakan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tetapi oleh kerana beliau secara jelas menyokong PR, opsyen sepertinya yang tiada kena mengena pula yang dikenakan tindakan tersebut.

Tambah beliau yang enggan disiarkan namanya, markah prestasi yang rendah diberikan kepadanya juga mengakibat beliau akan menghadapi kesukaran mendapat biasiswa atau kelulusan Kementerian Pelajaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Sudahlah diberi beban tugas yang banyak, tapi dengan nilai prestasi yang rendah berkemungkinan sukar untuk naik pangkat, kehilangan peluang mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) dan akhinya akan menjejaskan kerjaya sebagai guru jika diberi statik.

“Pada saya sikap guru besar yang seperti ini adalah Little Napoleon yang suka menunjukkan kuasa kerana saya boleh buktikan bahawa guru-guru yang pro-Umno secara terang-terangan aktif berpolitik di peringkat bahagian tetapi tidak diapa-apakan,” katanya.

Beliau selanjutnya menggesa PAS serius membela nasib guru jika mahu disokong kerana kelompok tersebut merupakan paling ramai dalam perkhidmatan kerajaan iaitu lebih 400,000 orang.

Tambahnya, guru terpaksa berdepan dengan tekanan ramai ‘Little Napoleon’ daripada pentadbir sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) hinggalah kepada Kementerian Pelajaran.

“Inilah sebabnya kadang-kadang guru yang menyokong PR terpaksa menyembunyikan identiti,” tambahnya.


Wednesday, January 26, 2011

Ahli PAS diminta puasa, Solat Hajat

SALAM, DIMINTA AHLI PAS PAHANG BERPUASA SUNAT HARI ESOK (KHAMIS) DAN MELAKUKAN SOLAT HAJAT PADA KHAMIS MALAM JUMAAT UNTUK MEMOHON KEPADA ALLAH SWT KEMENANGAN CALON PAS DI PRK TENANG YANG AKAN BERTANDING PADA 30 JANUARI 2011.

- BPPNP

MTD Kuala Semantan, Amal sampaikan sumbangan

TEMERLOH: Prihatin dengan permasalahan keperitan rakyat di awal musim persekolahan, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Semantan dan Pemuda Amal terus memberikan sumbangan kepada tiga keluarga yang kurang berkemampuan di Taman Perumahan Seri Semantan dekat sini hari ini.

Sumbangan berupa wang tunai dan peralatan sekolah itu disampaikan oleh Pengarah Dun Ahmad Zuber Omar, mewakili Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dalam satu majlis yang diadakan di Pasti Al-Husna.

Penerima ialah Mohamad Aziri Arif, Mat Yasin Mamat dan Erawati Harun yang masing-masing mempunyai antara tiga hingga 8 orang anak yang masih bersekolah.

Ahmad Zuber dalam ucapannya menyatakan sumbangan yang disampaikan adalah sebagai satu tanda keprihatinan wakil rakyat kawasan berkenaan demi melihat anak-anak penerima bantuan meneruskan persekolahan.

“Kita faham dengan himpitan peningkatan kos hidup, bayaran persekolahan yang tinggi dan kurangnya pendapatan boleh membantutkan persekolahan anak-anak. Namun pembelajaran mereka perlu diteruskan demi menjamin masa depan mereka.

“Kita mungkin tidak boleh mewariskan kekayaan kepada mereka pada masa ini, tetapi kita mestilah membekalkan zuriat kita dengan ilmu dan pelajaran demi kehidupan mereka pada masa akan datang

“Sumbangan yang disampaikan hari ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai juga dan insyaAllah kita akan terus panjangkan amal jariah ini,” katanya.

Menurut Zuber, sejak awal persekolahan tahun ini pihak MTD dan Amal telah menyumbangkan kepada tidak kurang 100 penerima yang memerlukan di sekitar Dun Kuala Semantan.

Turut hadir, Ketua Amal Temerloh Meor Zakbar Endut dan beberapa Muslimat Cawangan Taman Seri Semantan.







Tuesday, January 25, 2011

Ibu Ahli Parlimen Temerloh meninggal dunia

Setelah berbulan-bulan dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN), kami menerima mesej sebentar tadi ibu kepada Ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah, kembali ke rahmatullah kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Menurut mesej berkenaan, pesara guru Ramlah Uda, 75, akan dikebumikan di Rawang, di rumah salah seorang anaknya.

Tahun lalu, bapa Saifuddin, Ustaz Abdullah Tahir meninggal dunia dan turut dikebumikan di Rawang.

Ibu Saifuddin berasal dari Kampung Lebak, Temerloh dan sebelum ini menetap di perumahan Taman Seri Semantan, Batu 3 Temerloh.

Kami mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Saifuddin dan berharap bersabar sambil mendoakan roh Allahyarhamah mendapat tempat kemuliaan di sisi Allah SWT.


Alahai Ahmad Maslan...

Saya tidak boleh bayangkan bagaimana Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, yang bertaraf timbalan menteri, boleh mencabar Pakatan Rakyat (PR) menurunkan harga minyak di empat negeri yang diperintahnya supaya tidak berlaku kenaikan harga barang.

Berita Harian Online melaporkan, ketika berkempen di PRK Tenang di pekan Labis, beliau secara jelas mencabar jika PR hebat, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di sini, hari ini.

"Cari duit beri subsidi kepada pengusaha stesen minyak supaya RON95 dari RM1.90 mungkin diturunkan menjadi RM1.50 seliter. Saya cabar turunkan harga petrol satu dulu cukuplah, kalau banyak nanti mereka tidak mampu," katanya.

Barangkali, Ahmad Maslan itu berkempen depan pelajar Tadika Kemas, yang menganggap bahawa Kementerian Perdagangan Negeri yang menguasai harga barangan, boleh ditubuhkan di negeri-negeri.

Barangkali, Ahmad Maslan juga tidak dapat membezakan antara kuasa-kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.

Barangkali, pendengar kempen Ahmad Maslan pemikiran mereka setaraf dengannya.

Hujah Ahmad Maslan ini sama standard dengan hujah JKKK kampung, yang apabila PAS minta dilaksanakan hukum Islam, mereka minta PAS laksanakan dulu di Kelantan!

Kenapalah kita dianugerahkan menteri yang kepala hotak sama standard dengan JKKK?



Calon BN Dun Tenang pernah lelong tanah rakyat?

Calon BN (Umno) PRK Dun Tenang rupa-rupanya mempunyai rekod melelong tanah rakyat kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah, iaitu sewaktu menjadi ADO (penolong pegawai daerah). Tanah tersebut terletak di satu kawasan di Mukim Jabi Segamat. Perkara tersebut terbongkar hasil bantuan seorang kakitangan Pejabat Tanah.

Hal ini didedahkan oleh seorang blogger: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/bongkar-penyelewengan-calon-bn-dun.html

Sebelum tanah ini dilelong (tanpa pengetahuan tuan tanah), ia hanya dipenuhi dengan pokok buah-buahan, jati dan sebagainya. Kemudian, tuan tanah telah mencagarkan tanah untuk membuat pinjaman bank. (Bank : CIMB). Akibat gagal membuat pembayaran balik pinjaman, proses lelongan telah dimulakan.

Lantaran itu, tuan tanah telah bersusah payah bergolok gadai mencari dana sebanyak mungkin untuk melunaskan pinjaman tersebut demi menyelamatkan tanah beliau dari dilelong kepada pihak lain. Hasilnya, beliau telah membayar RM10,000 kepada CIMB Bank bagi mengelakkan tanah beliau dilelong. Namun, proses lelongan diteruskan juga.

Resit pembayaran RM 10,000 kepada pihak CIMB Bank telah dibawa pada hari lelongan. Tuan tanah terus berjumpa dengan ADO yang bertugas pada waktu itu. Siapakah ADO itu? Beliau ialah calon BN (Umno) PRK Dun Tenang! Bukan setakat itu sahaja, demi menyelamatkan tanahnya dari dilelong, beliau telah membawa juga RM 12,000 tunai. Namun rayuan beliau kepada Datuk Ai dipersetankan sebegitu sahaja.

Jika difikirkan, Datuk Ai selaku ADO Segamat perlu menggunakan budi bicaranya untuk memberi peluang kepada tuan tanah bagi menyelamatkan tanah beliau. Namun semua itu tidak berlaku.





Monday, January 24, 2011

Solat jenazah Setiausaha Umno Tenang: Utusan penipu!

Sudahlah jenazah Setiausaha Umno Tenang Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd tidak disolatkan kerana menyambut kedatangan Najib Tun Razak, ada ustaz daripada PAS yang mengimamkannya pula dituduh seolah-olah merampas kuasa.

Kasihan jenazah yang sudah disemadikan di dalam liang lahad. Tetapi begitulah jahatnya tuduhan akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Cerita lanjut dipetik daripada laman Harakahdaily:

Imam solat jenazah Setiausaha Umno Tenang nafi laporan Utusan

LABIS: Che Zuhar Che Haron, ahli PAS dari Pahang yang mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, menafikan sebuah berita daripada akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menggambarkan beliau seolah-olah ‘merampas’ untuk menjadi imam solat berkenaan.
Sebaliknya, beliau telah ditarik tangan oleh penduduk tempatan dan makmum Masjid An-Nur Felda Tenang itu, setelah jenazah yang sampai sejak jam 10.30 pagi sehingga jam 2 petang tidak disempurnakan kerana imam masjid berkenaan pergi ke padang menyambut Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa yang saya lakukan hanyalah menyelesaikan hukum fardhu kifayah setelah sekian lama jenazah setiausaha Umno itu tidak disempurnakan, itupun setelah makmum dan bilal meminta saya berbuat demikian kerana imam sebenar masjid itu pergi ke padang,” jelasnya yang kini masih berada di Labis mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat.


Akhbar pro-Umno itu hari ini di muka surat 5 di bawah tajuk ‘PAS terbukti memfitnah PM’, mengatakan Perdana Menteri itu dalam lawatannya ke Felda Tenang, 18 Januari lalu tidak diberitahu kematian Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd pada jam 2.30 pagi sebelum itu.



Akhbar tersebut memetik sumber daripada Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya.

Akhbar tersebut yang juga memetik edisi kedua Buletin Tenang, PAS menipu apabila mendakwa jentera parti itu yang menguruskan jenazah Allahyarham, sedangkan hakikatnya ia diuruskan sendiri oleh para penduduk kampung.

Akhbar berkenaan menyebut, beberapa wakil dan jentera Pas hanya muncul secara tiba-tiba di masjid berkenaan termasuk calon parti itu, Normala Sudirman untuk memberi penghormatan kepada jenazah Allahyarham.

Tambah akhbar itu, di dewan solat Masjid An-Nur Felda Tenang itu, salah seorang daripadanya yang memakai jaket Pas secara tidak semena-mena bangun dan mengimamkan solat jenazah ketika pengurusan masjid meminta waris Allahyarham menjadi imam kerana lebih afdal diimamkan oleh keluarga terdekat, atau menunggu kira-kira 15 minit untuk imam tiba.

“Pada hakikatnya Unit Amal PAS telah bertungkus-lumus membantu penduduk kampung menggali kubur. Kemudian jenazah Allahyarham telah dibawa ke masjid kira-kira jam 10 pagi. Makmum terus meninggu hingga ke waktu Solat Zohor, tetapi imam tidak ada kerana pergi ke padang menyambut Najib.

“Kemudian apabila sampai ke jam dua petang, seorang tua yang mewakili bilal masjid telah mengumumkan sesiapa yang layak diminta tampil mengimamkan solat jenazah kerana imam masjid pergi ke padang,” katanya.

Menurut Che Zuhar, ketika itu makmum mula berbaris dalam saf dan beberapa orang penduduk kampung menarik tangannya ke depan untuk mengimamkan solat jenazah itu.

Beliau yang berkempen dalam PRK Tenang mewakili Dewan Ulamak, telah menyempurnakan tugas berkenaan sehinggalah jenazah dibawa ke kereta dan tanah perkuburan.

“Saya kecewa kenapa perkara ini dibangkitkan lagi walhal saya menyempurnakan fardhu kifayah setelah imam masjid meninggalkan tugas untuk meraikan Najib. Jenazah sudah selamat dikebumikan, kenapa mahu dipolitikkan lagi,” soalnya.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30515:imam-solat-jenazah-su-umno-tenang-nafi-utusan&catid=1:utama&Itemid=50

GAMBAR:
1. Laporan akhbar

2. Che Zuhar





Saturday, January 22, 2011

Pengasas Umno Rompin kecewa dengan Umno

Harakahdaily ROMPIN: "Saya ni pengasas Umno Rompin, saya bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan tapi dalam hati dan jiwa saya kini sudah tidak ada lagi Umno.

“Perit kami berjuang untuk menuntut kemerdekaan demi maruah bangsa, tapi hari ini saya sedih melihat pemimpin Umno sekarang ini berjuang hanya untuk kaya dan memewahkan diri sendiri.”

Demikianlah luah pengasas Umno Rompin, Tuan Haji Nik Ahmad Bin Nik Hassan, 81, kepada Naib Ketua Pemuda PAS Pahang Fadzli Ramly ketika menziarahi tokoh tersebut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang, Abdul Majid Hassan, di rumahnya di Kampung Pulau Helang dekat sini baru-baru ini.

"Fadzli teruskanlah perjuangan demi anak bangsa dan agama," katanya kepada Fadzli yang juga bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pesara guru yang mesra dengan panggilan Cikgu Nik itu merupakan pejuang awal kemerdekaan dari Rompin sejak menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (STIC) bersama dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Sebaik pulang dan berkhidmat di Rompin, beliau telah menubuhkan Umno Kuala Rompin dan rapat dengan bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Razak Hussein.

Ketika perisytiharan darurat pada 1948, beliau sendiri berkawal di bandar Kuala Rompin.

Kini Cikgu Nik sudah tidak kuat lagi kudratnya dan terpaksa bertongkat akibat kaki yang agak lemah kerana diabetes.

Namun dalam kelemahan fizikalnya beliau tetap mengikuti perkembangan politik tanah air. Paling membimbangkannya ialah penghakisan tanah rizab Melayu serta ramainya bangsa Melayu yang terjebak dengan gejala sosial.

Difahamkan, ahli Umno sendiri kurang menziarah Tokoh Guru dan isterinya yang juga sedang sakit itu menyebabkan beliau merasa terpinggir dan berkecil hati.


GAMBAR
Fadli (kanan) sedang bersalaman dengan Cikgu Nik. Turut memerhati ialah Abdul Majid Hassan.

Di mana Dr Ridzuan Tee, Ustaz Ravi, bila meninggal akan dikebumikan?

Saya menemui satu mesej yang sangat bermakna yang dihantar oleh seorang pembaca dalam akhbar Sinar Harian hari ini:

"Agama didahulukan bukan bangsa.
Kemuliaan Melayu pada agamanya bukan bangsanya. Perjuangan berasaskan bangsa tidak bernilai dan tidak sampai ke mana-mana. Agama wajib didahulukan bukan bangsa, agama mengatasi bangsa, bukan di sebaliknya. Khalid Ibni Walid dikenali sebagai Panglima Islam, bukan Panglima Arab. Melayu bila meninggal dunia disemadikan di perkuburan Islam, kenapa tidak di perkuburan Melayu? Seperti juga bila Dr Ridzuan Tee, Ustaz Ravi, bila meninggal dunia kelak akan dikebumikan di perkuburan Islam. Jika bangsanya hendak didahulukan, mereka harus disemadikan di Jirat Cina dan di perkuburan India. Allah jadikan Islam maha tinggi melewati semua tamadun dan bangsa di bumi, tetapi ada pihak tertentu masih perjuangkan bangsa didahulukan. Pasti kecewa di dalam kuburnya nanti malaikat menyoalnya apa agama kamu, bukan apa bangsa kamu." - ORANGKAYA SG4S



Friday, January 21, 2011

Ahli PAS parah dikelar penyamun bersenjata parang

MARAN: Seorang pemuda parah apabila bahagian mukanya dikelar ketika bergelut dengan tiga penyamun bersenjatakan parang dalam satu kejadian samun di Kampung Bukit Lada di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa, Roshadi Rosli, 39, yang tinggal berdua bersama ibunya, Habesah Maamor, 61, sedang tidur di bilik berasingan di kedudukan bertentangan.

Habesah berkata, bunyi bising seperti orang sedang bergaduh di selang seli dengan jeritan mengejutkannya sebelum bertindak memanggil nama mangsa.

Menurutnya, panggilannya hanya disahut mangsa, namun dengan nada menjerit yang sukar difahami keadaan sebenar sedang berlaku.

”Saya panggil nama Adi berkali-kali tetapi bunyi di bilik anak saya semakin bising seakan Adi sedang bergaduh.

”Pada mulanya saya tidak mencurigai sebarang kejadian buruk kerana Adi sering mengingau, jauh sekali terfikir rumah kami dimasuki penyamun,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.

Habesah berkata, ketika terus mencuba memanggil akhirnya anaknya itu menjerit menyuruhnya melarikan diri.

Menurutnya, permintaan itu tidak diendahkan kerana masih samar dengan apa yang sedang berlaku dan tidak lama kemudian, suasana kembali sunyi.

“Maka saya fikir, Adi sedang mengingau dan berbaring semula untuk tidur sebelum pintu bilik saya diketuk seseorang.

”Saya sangka itu Adi lalu memanggil namanya namun tidak berbalas dan secara tiba-tiba, pintu bilik dihentak kuat sehingga tercabut,” katanya.

Habesah terkejut dan tergamam apabila seramai tiga lelaki bersenjatakan parang dengan dua daripadanya bertopeng meluru masuk lalu menghunus parang dan diletakkan di lehernya.

Menurutnya, suspek mengarahkannya supaya tidak bersuara dengan mengugut untuk membunuh anaknya jika gagal berbuat demikian.

”Tangan saya diikat ke belakang dan dua lagi suspek menyelongkar seluruh rumah. Mereka berjaya membawa lari RM600 dan barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.

Habesah berkata, selepas suspek melarikan diri, dia bertindak lari ke rumah jirannya dengan menggigit kain yang terbuka ikatan dan tangan terikat untuk mendapatkan pertolongan.

Menurutnya, dia dan jiran terkejut apabila mendapati Adi terkulai dalam keadaan lemah di penjuru bilik dengan muka berlumuran darah.

”Kami cuba membantu mengangkat Adi yang mengerang kesakitan sebelum menghubungi polis. Adi kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh,” katanya.

Adik mangsa, Mohd Shah, 33, berkata, abangnya dilaporkan stabil dan masuk ke bilik bedah pada jam 6 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin mengesahkan kejadian itu dan polis sedang giat memburu ketiga-tiga suspek.


~ Sinar Harian

Sementara itu Yang Di Pertua PAS kawasan Maran Ustaz Ramli Abdul Rahman, ketika dihubungi mengesahkan peristiwa berkenaan dan menziarah ibu mangsa di Kampung Bukit Lada.

Beliau bercadang untuk menggerakkan tabung kutipan derma bagi rawatan mangsa.

Thursday, January 20, 2011

Naik gaji bulan Mei, PRU Jun ini?

Seorang teman daripada kakitangan kerajaan memaklumkan kepada saya sebentar tadi, bahawa seorang kenamaan dalam jabatan kerajaan yang lain memberitahunya bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan pada Jun tahun ini.

Sebelum itu pada 1 Mei iaitu jatuhnya tanggal sambutan Hari Buruh tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam.

Beliau juga dijangka mengumumkan beberapa insentif kepada kakitangan swasta.

Spekulasi tentang PRU telah banyak kali diperkatakan umum walaupun tempoh luput kerajaan ini hanya pada 2013. Namun pilihan raya bagi negeri Sarawak yang berlangsung berasingan, dijangka di adakan pada tahun ini.

Spekulasi timbul kemungkinan PRU akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Ini ditambah lagi dengan tindakan Najib yang menangguhkan pemilihan jawatan dalam Umno selama 18 bulan.

Sebelum ini pelbagai polemik diutarakan di media-media baru yang mempertikaikan sama ada Najib berani mengumumkan PRU tahun ini kerana iklim ekonomi tidak memberangsangkan.

Namun ada juga yang berpendapat, Najib tidak boleh menunggu lebih lama kerana putaran ekonomi akan semakin gawat dan kritikal. Keadaan ini menyebabkan pengundi bukan Melayu terutamanya yang mementingkan faktor ekonomi tidak akan memihak kepada kerajaan.




Wednesday, January 19, 2011

PAS Pahang hantar 180 petugas ke Tenang

Harakahdaily

TEMERLOH: PAS Pahang menghantar 180 orang petugas rasminya bermula Sabtu lalu bagi membantu jentera pilihan raya kecil (PRK) PAS di Dun Tenang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) PAS Pahang Abdul Majid Hassan berkata, kesemua mereka yang datang daripada seluruh negeri Pahang itu bertugas mengikut giliran dan di tempatkan di unit peti undi (UPU) Felda Tenang.

Tambahnya, penempatan kontingen Pahang di Felda Tenang sangat baik dan bersesuaian dengan realiti Pahang yang memiliki kawasan paling banyak kawasan Felda dan terletak bersempadan dengan negeri ini.

“Penempatan kontingen Pahang di Felda Tenang akan mendedahkan petugas kita dengan pengalaman apabila pulang kerana 12 daripada 14 parlimen di Pahang mempunyai kawasan Felda.

“Sebab itu kita galakkan sukarelawan selain petugas rasmi itu datang sendiri ke Tenang kerana banyak perkara boleh dipelajari. Selain kawasan Felda, komposisi kaumnya serta penempatan penduduk bandar dan luar bandar seakan-akan sama dengan kebanyakan Dun di Pahang,” jelasnya kepada Harakahdaily.

Abdul Majid yang juga ketua kontingen berkata, sukarelawan dari Pahang yang datang ke Tenang diminta mendaftar di bilik gerakan Pahang bagi mendapatkan maklumat dan agihan tugas.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30434:pas-pahang-hantar-180-petugas-ke-tenang&catid=54:negeri-pahang-darul-makmur&Itemid=99

Guru KAFA kerja lebih elaun kurang

KERAJAAN DIGESA BAYAR ELAUN GURU KAFA SEWAJARNYA

Pakatan Rakyat Negeri Pahang bersimpati dengan nasib guru-guru KAFA yang kini terpaksa memberikan khidmat lebih masa dengan bayaran elaun yang tidak setimpal. Ini kerana pada sesi persekolahan 2011, mereka telah diarahkan bekerja 60 jam sebulan (3 jam sehari / 5 hari seminggu) berbanding 24 jam sebulan (2 jam sehari / 3 hari seminggu) pada sesi tahun sebelumnya. Arahan tersebut terkandung di dalam surat pekeliling Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) yang dikeluarkan pada 3 Disember 2010.

Menurut surat tersebut, penambahan masa bertugas itu sejajar dengan kenaikan elaun guru KAFA yang diluluskan kerajaan sebanyak RM800.00 sebulan berbanding RM500.00 sebulan sebelum ini. Kenaikan ini sekilas pandang dilihat banyak tetapi apabila diagihkan kepada jumlah waktu bekerja ia merupakan suatu penindasan kepada guru KAFA. Ketika elaun bulanan mereka RM500.00 sebulan, kadar upah mereka ialah RM20.83 sejam berbanding ketika elaun mereka RM800.00 sebulan, kadar upah mereka merosot sehingga RM13.33 sejam sedangkan bebanan kerja mereka bertambah lebih 100%.

Sehubungan itu mengambil kira bebanan tugas yang bertambah di samping himpitan kos sara hidup yang meningkat mendadak akibat kenaikan harga minyak sekarang ini, Pakatan Rakyat Negeri Pahang menggesa pihak kerajaan mengkaji semula kadar elaun tersebut dan membuat pembayaran elaun guru KAFA sekurang-kurangnya pada kadar asal RM20.83 sejam. Ini bermakna guru KAFA sepatutnya menerima bayaran elaun RM1249.80 sebulan!

Pakatan Rakyat Negeri Pahang juga menggesa kerajaan negeri menyediakan premis khusus yang lebih baik untuk KAFA di seluruh negeri Pahang seperti mana di negeri-negeri lain di Semenanjung. Ini untuk memberikan keselesaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada warga KAFA di samping tidak mengganggu aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah kebangsaan yang ditumpang oleh KAFA sekarang ini.

Senario pembelajaran KAFA hari ini khasnya di negeri Pahang memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri tidak memberikan perhatian serius untuk penyediaan sumber manusia mukmin berkualiti untuk negeri ini. Justeru rakyat negeri Pahang diseru membuat perubahan kerajaan melalui Pilihan Raya Umum Ke 13 dengan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat Negeri Pahang akan menjadikan agenda pemerkasaan sektor pendidikan di negeri ini termasuk sektor pendidikan Islam sebagai salah satu agenda utama untuk melahirkan sumber manusia berkualiti untuk membangunkan negara.


ROSLAN BIN ZAINAL AL-AHMADI

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Pahang






Tuesday, January 18, 2011

Yusri Ahon lebih sesuai debat dengan Khairy - Fauzi


TEMERLOH: Lawan sebenar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin jika mahu berdebat bukannya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Timbalan Pengerusi II, Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Yusri Ahon.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman berkata, Yusri Ahon adalah calon yang sesuai untuk berdebat dengan Khairy yang menawarkan diri menggantikan tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi berdebat dengan Ketua Umum PKR itu.

Tambah Fauzi, ini disebabkan Khairy hanya duduk di kaki lima kabinet Najib yang tidak tahu apa-apa tentang dasar ekonomi dan subsidi kerajaan, justeru tidak layak berdebat tentang ‘Tawaran 100 hari Pakatan Rakyat’.

"Jika Khairy mahu menggantikan tempat Najib, maka Yusri adalah calon paling layak untuk berdebat dengannya pula. Lagi pun Yusri , walaupun berketurunan Orang Asli adalah lulusan universiti yang bijak menganalisis perkembangan ekonomi

“PKR sedia sahut cabaran Khairy itu namun beliau perlu lawan Yusri dan bukannya Anwar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama jawatankuasa MPN yang pertama sesi 2011 – 2013 di Rumah Rehat Temerloh, Ahad lalu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau itu mengutarakan cabaran berdebat dengan Anwar, setelah Anwar mencabar Anwar Najib berdebar berkaitan isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat.

Mengenai organisasi PKR Pahang, menurut Fauzi, mesyuarat telahpun melantik timbalan-timbalannya dan setiausaha perhubungan negeri.

“Mesyuarat tadi telah melantik setiausaha perhubungan iaitu Mohamad Musa bagi menggantikan Razali Alias yang telah berpindah ke Kuala Lumpur. Sementara bagi timbalan-timbalan kita telah kemukakan beberapa nama kepada Pusat dan minta Pusat yang tentukan.

“Kita juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang juga Ketua PKR Cabang berkenaan kerana diberi kepercayaan oleh Pusat untuk menjadi Pengerusi MPN Terengganu,” ujarnya.

Mengenai pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang akan datang, Fauzi berkata mesyuarat tadi mendedahkan Pakatan Rakyat boleh mencapai kemenangan sehingga menguasai negeri ini kerana swing yang diperlukan hanya 5 peratus.

“Pakatan Pahang hanya perlukan swing sekitar 5 peratus tambahan daripada keputusan PRU 12 untuk memerintah. Jika Pakatan memperoleh lonjakan 5 peratus itu bermakna 19 kerusi dewan undangan negeri (Dun) BN yang dimenangi sekarang akan jatuh ke tangan Pakatan.

“Jadi dicampur dengan empat kerusi kerusi dimenangi pakatan sekarang dan satu kerusi bebas, Pakatan akan memiliki 24 kerusi daripada 43 kerusi Dun yang ada,” jelasnya.




Monday, January 17, 2011

Tuan Ibrahim ingatkan blogger jauhi tulisan fitnah

Harakahdaily

TEMERLOH: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan blogger-blogger yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) supaya menjauhkan daripada penulisan berbentuk fitnah atau menyerang peribadi seseorang kerana tidak menguntungkan parti.

Katanya, ini disebabkan pejuangan PR ialah menentang dasar BN bukannya peribadi justeru adalah lebih baik pengamal media baru secara lebih beretika memfokuskan tulisan mereka kepada penerangan dasar-dasar perjuangan dan tawaran-tawaran jika PR diberi peluang memerintah.

Berucap merasmikan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan pemuda PAS Pusat (DPPP) di Hotel Green Park dekat sini Ahad lalu, beliau berkata penulisan yang menyerang peribadi boleh menjerumus ke arah fitnah.

“Kita kena ingat bahawa kita menentang dasar bukannya peribadi. Jadi adalah lebih baik dalam tulisan masing-msing kita fokuskan kepada dasar dan tawaran PR daripada lebih menumpukan serangan kepada individu. Umpamanya kita perluaskan la gi tawaran ‘100 hari’ Pakatan supaya lebih menyeluruh perbincangan rakyat.

“Sedangkan serangan peribadi kepada individu tertentu tanpa usul periksa kebenarannya boleh menjerumuskan kepada fitnah, tuduhan qazaf dan kekeliruan sehingga berpanjangan walaupun akhirnya cuba diperbetulkan,” tegasnya.

Beliau mengambil contoh pertemuan Mursyidul Am PAS dengan Yang Di Pertuan Agung dan Perdana Menteri di Istana Negara baru-baru ini. Seorang blogger telah menulis seorang pemimpin PAS yang lain turut bersama walhal pemimpin berkenaan tidak pergi.


Tambah Tuan Ibrahim, setelah terbukti blogger tersebut bersalah beliau memohon maaf dalam blognya namun tulisannya yang tidak benar tetapi dipetik oleh blogger-blogger lain sebelum itu telah tersebar.

“Inilah yang saya katakan supaya berhati-hati dalam menyampai dan memanjangkan maklumat supaya berita yang tersebar tidak menjadi fitnah berpanjangan.

“Jangan hanya mahu menjadi kita orang pertama tahu, kita lupa bahawa tulisan yang baik akan mendapat ganjaran pahala dan begitulah sebaliknya,” jelasnya.

Tuan Ibrahim berkata demikian di hadapan kira-kira 100 orang blogger yang datang dari seluruh Pahang dan ibu negara. Dua kertas kerja dibentangkan dalam program sehari itu iaitu oleh Pengarah Akademi tarbiyyah Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan blogger terkenal di Pahang Shukri Ramli atau Cucumatkilau.

Di akhir program, Ketua DPPP Nasruddin Hassan telah melancarkan Task Force Media Baru DPPP.

Sementara itu Pengerusi Kelab Blogger PAS Pusat Zaidi Abdul Mutalib dalam ucapan aluannya menggesa blogger, pengguna laman sosial facebook dan twitter penyokong PAS mengambil kesempatan menyebarkan misi, visi, serta dasar perjuangan parti melalui media baru itu.

Beliau yang juga Exco pemuda PAS Pusat berkata, ini merupakan ruang dan peluang terbaik disebabkan pengguna siber yang tinggi di negara ini.

“Pengguna Facebook di Malaysia antara yang tertinggi di dunia iaitu lebih 7 juta orang. Pengguna jalur lebar pula mencecah 1.8 juta. Pengguna internet seluruh negara mencecah 22 peratus. Lima negeri melebihi peratusan pengguna internet nasional iaitu Kuala Lumpur 54%, Pulau Pinang 36%, Selangor 38% dan Labuan 25%. Sementara Pahang 16%.”

Tambahnya, ruang dan medan yang ada boleh digunakan juga bagi menjawap pelbagai tohmahan pihak berkuasa yang selama ini menguasai media tradisional arus perdana.


GAMBAR:
1. Ustaz Tuan, di sebelahnya Zaidi
2. Ustaz Tuan
3. Blogger Cucumatkilau
4. Nik Abduh, Nasruddin dan Suhaimi
5. Antara blogger yang hadir
6. Nik Abduh, Nasruddin dan Zaidi
7. Nasruddin
8. Cucumatkilau bergambar dengan Nik Abduh


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30379:tuan-ibrahim-ingatkan-blogger-jauhi-tulisan-fitnah&catid=54:negeri-pahang-darul-makmur&Itemid=99



Aktivis PAS rayu bantuan untuk bedah buah pinggang anak

Harakahdaily

TEMERLOH: Ketua Penaja PAS Cawangan Kampung Lebak Seberang, Musaiyeb Dollah, 72, merayu sumbangan wang orang ramai bagi meringankan beban kos pembedahan buah pinggang anaknya awal bulan depan.

Musaiyeb yang menemui Harakahdaily di sini berkata, anaknya Nor Hasidah, 20, disahkan perlu menjalani pembedahan buah pinggang sebelah kanan kerana didapati rosak setelah menjalani pemeriksaan di Kuantan Medical Centre (KMC) dua minggu lalu.

Menurutnya, anaknya yang juga bekas pengawas Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh yang sedang menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) itu dijadual akan menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bulan depan.

“Saya pesara tentera tetapi tak dapat pencen kerana tak cukup servis dan hanya kerja kampung sahaja. Jadi saya merayu sumbangan orang ramai yang sudi membantu,” rayunya.

Katanya, anak bongsunya daripada 9 beradik itu mula dikesan menghadapi masalah buah pinggang setelah pulang daripada mengikut rombongan pengawas sekolahnya ke Kemaman beberapa bulan lalu apabila keseluruhan badannya bengkak.

“Pada masa itu baru menyambut awal Ramadhan. Dia dimasukkan ke wad Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh selama 9 hari.

“Ada juga saya bawa dia menjalani rawatan tradisional dan alternatif, tetapi keadannya semakin tenat sehinggalah pihak hospital syorkan menjalani pembedahan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun Kuala Semantan Ahmad Zuber Omar telah melancarkan tabung kutipan derma bagi membantu Musaiyeb.

Bagi yang ingin melakukan amal jariah bolehlah memasukkan sumbangan ke akaun beliau di BSN: 06400-29-00029194-3. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubunginya di talian: 09-2799168.



Saturday, January 15, 2011

Tokoh Umno Pahang sertai PKR!

Besok (Ahad) Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman akan umumkan seorang tokoh Umno negeri Pahang yang berstatus Datuk akan menyertai PKR.

Tokoh berkenaan pernah menjadi orang penting di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur. Beliau kemudian kalah bertanding di salah satu Dun di Pahang kepada calon PAS. Selepas itu beliau tidak disenaraikan lagi sebagai calon BN, sehinggakan kawasan ahli parlimennya pun di”import”.

Beliau kemudian dikatakan pernah menjadi setiausaha politik kepada seorang bekas menteri. Selepas PRU 2008, menteri tersebut tidak tersenarai lagi sebagai ahli kabinet.

Tokoh berkenaan yang rapat dengan pemimpin Umno veteran di Kuala Lumpur membuat pilihan menyertai Pakatan Rakyat kerana kecewa dengan kebobrokan yang berlaku di dalam Umno hari ini yang sudah hilang sifat origanlitinya.

Selain dari tokoh itu katanya ada beberapa tokoh veteran Umno yang cukup dikenali akan sama mengikut jejak langkah tokoh berkenan. Ini termasuklah dua hingga tiga orang pemimpin peringkat bahagian.

Satu sumber menyebut, Umno Pahang sedang berhempas pulas cuba memujuk tokoh berkenaan agar terus bersama Umno demi menghalang kebangkitan moral Pakatan di negeri ini.


Friday, January 14, 2011

Orang Muda geng kita




Mereka adalah wira di padang bola. Dari pasukan Tanjung Lalang, pemenang tempat pertama dalam kejohanan Futsal anjuran MTD Kuala Semantan dan Amal Temerloh Ahad lalu.

Program bersama orang muda sehari suntuk itu bermula dengan kerja pembersihan tanah kubur Chengal dan tahallil. Pada sebelah tengaharinya diadakan kejohanan futsal di Paya Kechik yang melibatkan enam pasukan.

Hadiah disampaikan pada sebelah malam oleh Adun Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohamad di kampung Tanjung Lalang.

Pemuda-pemuda tempatan juga turut dihidangkan dengan ceramah oleh Syed Hamid, Tuan Haji Jusoh Darus dan Ustaz Abirerah.

Majlis diakhiri dengan makan-makan barbeque kambing dan ayam.

Program santai Pemuda ini akan diteruskan di beberapa UPU lagi pada masa akan datang.



Cina MCA bantah azan di Masjid Pantai Dalam

Kalau dah namanya bukan Islam, macam biasalah perangainya menolak Islam mungkin juga anti Islam. Mereka ini benci dan anti Islam kerana mereka tak cukup paham tentang Islam. Kalau mereka paham Islam dah lama mereka tukar agama masuk Agama Islam. Di bawah ini bukti salah seorang penyokong tegar MCA yang anti Islam.

Seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA (confirm bukan daripada DAP) dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam. Nama cina MCA tersebut ialah NG KIAN NAM yang beralamat di No. 1-21-4, Phase 2, Pantai Hill Park, Pantai Dalam, 59600 Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui HP: 012-6973840 dan email: wu_jiannan79@yahoo.com

Beliau telah menulis surat kepada PM Najib, Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz dan Koh Tsu Koon pada 20 Dis 2010 yang lalu dan telah pun dihantar melalui fax dan email.

Segala butiran telah diberikan, sekiranya anda para pembaca tidak yakin dengan surat ini anda boleh hubungi sendiri butiran yang telah diberikan. Di bawah ini surat yang dimaksudkan. Sila klik untuk membesarkan imej.

Sumber: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/penduduk-cina-bantah-azan-di-masjid.html#ixzz1AzZrHh5a


Bayangkan kalau DAP yang bantah azan. Sudah tentu Umno dan Perkasa mengamuk!



Minta Adun Sri Muda letak jawatan, Adun Merlimau yang sakit jantung

Itulah Tuhan Yang maha Kaya. Dalam sibuk-sibuk Umno lintang pukang berdemonstrasi meminta Adun Seri Muda (Selangor), Shuhaimi Shafei meletak jawatan, ADUN Merlimau (Melaka) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pula dimasukkan ke Hospital Putra di Melaka hari ini selepas mengalami serangan jantung.

Menurut laman Malaysiakini, lapor Utusan Malaysia Online beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi rawatan lanjut.

Memetik sumber daripada pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang semalam.

“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya.

Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.

Perkembangan ini membuatkan sudah ada blogger yang meramalkan “satu lagi pilihan raya kecil selepas Tenang.”


Pada PRU 2008, Mohamed Hidhir dari Umno memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,154 mengalahkan calon PAS Jasme Tompang.

Namun begitu calon PAS itu berjaya mengurangkan separuh majoriti BN, iaitu daripada 5,087 pada PRU 2004.




Wednesday, January 12, 2011

Pembeli kecewa pangsapuri dimajukan syarikat Umno tidak boleh diduduki

BENTONG: Harapan 24 pembeli rumah pangsa Taman Perdana Raya Karak, dekat sini untuk tinggal selesa berkecai apabila rumah yang mereka beli itu tidak disempurnakan oleh pemaju selain daripada tidak selamat untuk diduduki.

Tidak cukup dengan itu, pangsapuri kos sederhana rendah yang bernilai antara RM56,000 hingga RM63,000 (tingkat bawah) itu telah diubah oleh pemaju daripada pelan asalnya yang diluluskan.

Akibatnya, bentuk pangsapuri tersebut bertukar menjadi seperti sebuah bangunan sekolah manakala binaan dalamannya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan sehingga Majlis Daerah Bentong (MDB) tidak mengeluarkan sijil menduduki (CF).

Dalam tinjauan ke pangsapuri yang terbengkalai sejak 2006 itu, didapati dikelilingi semak samun sementara bangunannya sudah banyak yang retak dan longkang serta cermin tingkapnya pecah. Kebanyakan kabel elektrik sudah dicuri. Di bahagian dalamnya dipenuhi akhbar dipercayai menjadi ‘port’ remaja melakukan maksiat dan tempat penagih melepaskan gian.

Namun begitu 11 pembeli Melayu, 10 Cina dan tiga India itu terpaksa juga membayar ansuran antara RM300 hingga RM520 kepada bank kerana wang pinjaman telah dikeluarkan hampir seratus peratus kepada pemaju.

Perumahan yang mula dibina pada tahun 2003 itu terletak di atas tanah kerajaan atas nama Puncak Properties di lot 3335, H.S (D) 14104 P.T 594 dan dimajukan oleh sebuah syarikat yang dipercayai ada kaitan dengan Umno Bahagian Bentong, IT Prima Development Sdn Bhd.

Tidak puas hati dengan keadaan tersebut, pembeli telah menubuhkan jawatankuasa bertindak dan membuat laporan polis. Mereka juga telah mengadu hal berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabai, Ahli Parlimen Bentong, pembantu peribadi Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob minta diselesaikan.

Semua pihak berlepas tangan

Malangnya, kata Setiausaha jawatankuasa berkenaan Krishnan A/L Kassim Maruthiah, 46, semuanya tidak berhasil kerana masing-masing berlepas tangan.

“Beberapa bulan lalu kami telah mengadu kepada Biro Pengaduan Awam dan Senator Datuk T. Murugiah sendiri telah turun mengadakan rundingan dengan wakil jawatankuasa dan jabatan berkaitan malangnya wakil pemaju tidak hadir dan masalah kami terus senyap tanpa penyelesaian.

“Seterusnya kami telah berhubung dengan pejabat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Akhirnya atas inisiatif Majlis Perbandaran Bentong (MPB) pemaju telah berjanji memulangkan semula wang kami dengan tiga bayaran.

“Namun sehingga kini tiada tindakan dan bayaran balik yang dibuat. Unit korporat pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang juga berjanji untuk selesaikan dalam tempoh 10 hari, tapi sampai ini tak beres,” jelasnya.

Tambahnya lagi, isu perumahan ini juga telah dibawa ke parlimen oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail tahun lalu.

Menurut Krishnan, beliau mendapat rumah ditingkat bawah pangsapuri berkenaan dengan harga RM63,000 dan telah membuat ansuran bayaran sebanyak RM520 sebulan. Sehingga kini, katanya, sebanyak RM30,000 telah dijelaskan kepada bank.

Seorang pembeli lagi, Zuraini Zulkifli, 30, berkata beliau pada mulanya begitu gembira apabila ditawarkan membeli rumah dipangsapuri berkenaan sehingga mengeluarkan RM10,000 daripada KWSP kerana selama ini hanya tinggal menyewa.

Namun apabila sehingga kini rumah yang dibeli tidak boleh didiami, menyebabkan menyebbakan ibu kepada empat anak itu amat kecewa dan malu apabila ditanya oleh adik beradik tentang ‘rumah baru’nya itu

Mahu pemaju buat rumah baru atau pulangkan duit

“Macam-macam cara dibuat termasuk pernah bertemu dengan Datuk Seri Adnan Yaakob minta beliau campur tangan, tapi beliau kata tidak tahu menahu sedangkan ini ialah kawasannya. Kami juga ada mengutus surat kepada Sultan Pahang meminta baginda melihat nasib kami, tapi hingga kini masih senyap daripada sebarang penyelesaian.

“Saya membayar ansuran sebanyak RM400 sebulan, tapi dah kena macam ini dah tak larat lagi membayar sebab rumah sewa kena bayar, kos perubatan suami lagi. Suami saya bekerja di kilang kertas Bentong dan dia penghidap sakit jantung tepaksa berulang hospital Selayang dua bulan sekali,” ujarnya.

Tambah Zuraini, beliau telah dua tahun tidak membayar kepada bank kerana kesempitan wang dan kini namanya telah disenaraihitam.

“Harapan saya jika perumahan berkenaan tidak boleh dibaiki semula hingga boleh diduduki, pulangkanlah balik duit saya,” rayunya.

Tambahnya, beliau percaya jika perkara seperti ini terjadi di negeri Pakatan Rakyat atau berlaku pilihan raya kecil pasti kerajaan akan selesaikan.

Seorang pembeli lagi, Yang Kong Fatt, 31, berkata beliau membeli rumah itu kerana mahu berkahwin dulu dan sekarang sudah mempunyai anak rumah masih belum siap.

“Pada masa itu saya beli mahu hadiahkan rumah itu kepada isteri kerana masa itu belum berkahwin. Saya pinjam bank dan bayar secara ansur dan sudah habis lebih RM30,000, tapi kecewa sangat sampai sekarang masih menyewa.

“Rumah ini sekarang tak boleh duduk, jadi saya mahu balik wang saya untuk beli rumah lain,” tegasnya.

GAMBAR:
1. Pembeli yang kecewa memanggil YDP PAS Bentong Ustaz Abd Hamid Bahatim.
2. Bentuk bangunan sudah diubah menjadi seperti sekolah
3. Penduduk mengadu kepada Ustaz Hamid (kanan)
4. Kaca pecah bertaburan, pangsapuri kini menjadi tempat remaja melepas nafsu dan penagih dadah melepas gian




Pengurus Felda ‘ugut’ peneroka sebelum terima wang BIPP

Harakahdaily

BERA: Beberapa orang peneroka dari Felda Tembangau 1 dekat sini, kesal dengan sikap pengurus di rancangan berkenaan yang mengambil kesempatan ‘mengugut’ peneroka menandatangani aku janji ketika menerima wang Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP).

Borang bertajuk Kes Kajian Keberkesanan Sistem Penyampaian Felda itu, menyenaraikan tiga pilihan untuk ditanda oleh peneroka sama bersetuju atau tidak bersetuju.

Pilihan pertama berbunyi pemberian bonus (BIPP) oleh Felda – terima kasih banyak, semoga Felda sentiasa maju, mudah-mudahan bonus BIPP diberi pada tahun-tahun akan datang. Saya akan bersama Felda walaupun susah ataupun senang.

Pilihan kedua, Felda menipu sepatutnya bonus BIPP banyak lagi, saya tidak memerlukan bonus ini, saya bersedia untuk saman Felda di masa hadapan.

Ketiga, catitkan yang difikirkan selain di atas.

Menurut peneroka yang enggan disiarkan namanya, keadaan ini membuatkan 279 peneroka di tanah rancangan berkenaan dalam keadaan serba salah.

“Masalahnya apabila di hadapan pengurus tentulah peneroka akan bersetuju dengan pilihan nombor satu kerana jika ditanda pada pilihan nombor dua, mereka tak dapat wang BIPP.

“Mungkin pengurus itu mahu membuat survey tentang pendirian peneroka berkaitan dengan pelbagai isu termasuk saman Felda ke belakangan ini. Tetapi cara ini seolah-olah mengugut peneroka,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau difahamkan tidak semua pengurus rancangan yang mengeluarkan borang untuk ditandatangani kerana peneroka-peneroka Felda Tembangau 2 tidak dikehendaki berbuat demikian.

Baru-baru ini, Felda telah membayar wang BIPP kepada peneroka Felda yang telah menjualkan hasil ke kilang agensi berkenaan bernilai antara RM400 hingga RM1,200 setiap orang.




Jawapan balas untuk Zulkifli Nordin dalam isu sapina Karpal

Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

Oleh Samarudin Md Rejab

10 Januari 2011


Shakespeare pernah menyatakan bahawa “the World’s is a stage and we are all the Actors” (Dunia ini adalah sebuah pentas dan kita semua adalah Pelakonnya). Tetapi di sekitar ‘pentas’ dunia perundangan Mahkamah Tinggi di Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bermula dari awal 2010 hingga kini, kita hanya merupakan Pemerhati yang menyaksikan pementasan “Kes Konspirasi Politik Najib terhadap Anwar Ibrahim”. Kita bukan Pelakon-Pelakon nya.

“Kes Konspirasi Politik Najib” melibatkan Pelakon-pelakon yang telah diterima sebagai sah, bertauliah, dan berwibawa-pihak Pendakwaan, pihak Pembelaan,pihak Mahkamah Tinggi, Pengadu Saiful Bokhari Azlan, dan beberapa Saksi-saksi pihak Pendakwaan dan kelak Saksi-saksi dari pihak Pembelaan.

Baru-baru ini ada di antara kita sebagai Pemerhati telah dengan lantang dan tegas meminta supaya Pelakon pihak Pembelaan yang utama iaitu Encik Karpal Singh disapena sebagai saksi kerana beliau mempunyai bukti kukuh pada tahun 1997 mengenai “Kes Konspirasi Politik Mahathir terhadap Anwar Ibrahim” . Ini beerti lakonan Karpal Singh sebagai Peguambela ditukar kepada lakonan baru sebagai Saksi didalam “Kes Konspirasi Politik Najib Terhadap Anwar Ibrahim”.

Mengikut Ahli2 Parlimen Wee Kok Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohd. Hashim (Bayan Baru), dan Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), Karpal Singh pernah memberi komen bersabit dengan tuduhan Pegadu Azizan Abu Bakar terhadap Anwar Ibrahim didalam ‘Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1997. Pada tahun berikutnya gelombang dan pergerakan Reformasi mula merebak di Indonesia dan Malaysia. Pada bulan September, Dato Seri Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri telah mengambil tindakan memecat Timbalannya , Dato Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat dan seterusnya mengenakan beberapa pertuduhan salahguna kuasa dan liwat. Dato Seri Anwar Ibrahim telah di hukum penjara selama enam tahun diatas penyalahan guna kuasa. Untuk pertuduhan liwat, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 2 .September,2004 bahawa beliau ( Anwar Ibrahim) tidak bersalah.

Persoalannya sekarang ialah ‘Adakah alasan atau cadangan untuk sapena Karpal sebagai Saksi didalam “kes Konspirasi Politik Najib” itu kukuh dan munasabah?” atau “Cuma merupakan publisiti murahan atau hanya menyalahgunakan proses Mahkamah?”

Pertamaya, ia melibatkan dua kes yang berasingan iaitu “ Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1998 (Public Prosecutor v Dato Seri Anwar Bin Ibrahim, High Court, FT Criminal Trial Nos 45-48-98;45-51-98) yang melibatkan antara lain Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali, dan “Kes Konspirasi Politik Najib” pada tahun 2010 yang melibatkan Pegadu Saiful Bokhari Azlan. Untuk “Kes Konspirasi Politik Mahathir”, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pada 1998 inter alia bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas tuduhan meliwat pengadu Azizan Abu Bakar.Semasa perbicaraan pertama di Mahkamah Tinggi ,sepuluh (10) Saksi Utama telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan dan duabelas(12) Saksi utama oleh pihak pembelaan. Pihak Pendakwaan tidak menyenaraikan Karpal Singh sebagai Saksi walaupun dua Saksi utama Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berjumpa dengan beliau pada 1997. Kenyataan beliau didalam Parlimen terkandung didalam Hansard bertarikh 22.Oktober,1997.

Perbicaraan “Kes Konspirasi Politik Najib” masih berjalan dan kini ditahap keterangan oleh Saksi-Saksi dari pihak Pendakwaan . Sekiranya didalam “Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1998, Karpal tidak disinaraikan sebagai Saksi langsung,”bagaimana pula Karpal akan disapenakan sebagai Saksi untuk Kes Konspirasi Politik Najib?” Ini tidak masuk akal.

Kedua, peruntukan prosedur jenayah dan juga preseden-preseden yang ada menunjukkan bahawa Saksi-Saksi dipanggil dikhususkan untk kes-kes yang berasingan dan berkenaan sahaja. Sebagai contoh, sinarai Saksi untuk kes kecurian ayam berbeza sinarai Saksi untuk kecurian itek. Saksi untuk kecurian ayam tidak akan di panggil atau disapina untuk perbicaraan kecurian itek melainkan Saksi yang berkenaan mempunyai maklumat atau keterangan yang material berkenaan kecurian itek . Dalam konteks ini Karpal tidak perlu disapena untuk menjadi Saksi “Kes Konspirasi Politik Najib” sebab Pengadu Saiful Bokhari Azlan tidak pernah berjumpa beliau dan member keterangan atau maklumat bersabit dengan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilakukan oleh Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali.

Ketiga, pada hemat saya Karpal merupakan seorang Peguamcara dan Peguambela yang berwibawa dan mempunyai reputasi yang amat baik. Perlantikannya sebagai Peguambela kepada Anwar Ibrahim tidak langsung melanggar apa-apa peruntukan Peraturan (Amalan dan Etika ) Profesion Guaman 1978. Beliau juga merupakan seorang Ahli Parlimen yang “Senior”. Beliau nescaya arif bahawa apa-apa kenyataan atau keterangan yang dibuat didalam Parlimen dan didapati didalam Hansard tertakluk pada “Parliamentary Immunity”. Dalam konteks ini, sekiranya permohonan sapina dibuat ia hanya menimbulkan konflik perundangan ( conflict of laws).

Oleh itu pementasan “Kes Konspirasi Politik Najib” akan diteruskan juga. Temanya sama, aliran ceritanya sama,dan latarbelakangnya pun sama. Hanya Pelakon-Pelakon utamanya telah berubah- Yang Arif Augustine S Paul kepada YA Dato Mohamad Zainal, AG Tan Sri Mokhtar Abdullah kepada Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Aris Rizal Christopher Fernando, dll. kepada Peguam Karpal Singh ,dll…………..


Dr.Samarudin Rejab

Timbalan Ketua Cabang PKR Segambut

Peguam

Tuesday, January 11, 2011

Barang naik, Ahmad Maslan gelabah

Pemimpin Umno masih rungsing memikirkan mengenai janji Pakatan Rakyat 100 hari yang semakin diterima oleh rakyat apabila diberikan mandat untuk memerintah negara. Kenyataan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat Tenang telah menyelar tindakan pembangkang yang selalu menghentam kerajaan berhubung kenaikan harga barang sebaliknya mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai mereka.

Ucapan Datuk Ahmad Maslan yang bertaraf Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan Umno Malaysia lebih bersifat emosi dan gelabah menghadapi kebangkitan rakyat, terutama generasi kedua Felda di Dewan Undangan Negeri Tenang. Tidak munasabah langsung cabaran beliau supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga di negeri yang mereka kuasai. Kenyataanya sama seperti kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Seri Muhyiddin Yasin yang mencabar pemimpin negeri Pakatan Rakyat naikkan gaji guru RM500. 00 sebagaimana janji dalam buku jingga.

Pimpinan pakatan Rakyat boleh menurunkan harga barang dengan syarat segala hak yang dipungut di negeri Pakatan Rakyat oleh kerajaan pusat seperti saman ekor, saman Jabatan Pengangkutan Jalanraya, cukai kastam, imigresen, cukai stem, tol, cukai jalan, cukai perkhidmatan 6 % di restoran, cukai kad kredit RM50 diserahkan kepada negeri Pakatan Rakyat. Insyaallah negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan kesenangan kepada rakyat, sebagaimana yang telah dibuktikan sekarang ini melalui air percuma , skim kifalah dan sebagainya walaupun hasil negeri tidak seberapa berbanding dengan pendapatan kerajaan pusat. Kenyataan beliau ini tidak lebih daripada hendak melindungi rasa bersalah kerajaan yang ada gagal menguruskan rakyat dengan baik walaupun hasil negara melimpah ruah sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan. Rakyat bawahan sudah mula merungut dengan kenaikan harga barang. Kuasa membeli di kalangan rakyat semakin rendah seperti komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.Tambah Alsetdek lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidakseimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

PAS ingin menyeru Datuk Ahmad Maslan memahami apa kuasa negeri dan pendapatan negeri berbanding dengan pendapatan yang dimiliki oleh kerajaan pusat. Pendapatan keraan negeri tidak banyak, cuma daripada hasil cukai tanah, perhutanan, air, cukai pintu sahaja. Dengan kekangan kewangan dan pendapatan ini pun kemampuan negeri Pakatan Rakyat mampu mentadbir, tanpa terencat untuk kebaikan rakyat, contohnya negeri Kelantan walaupun sudah 20 tahun kita mampu mengurus dengan baik. PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



Agensi pekerja asing sukar dapatkan amah Indonesia sejak isu menteri rogol amah

Harakahdaily

Sebuah agensi membekalkan pembantu rumah dari Indonesia mendakwa pihaknya semakin sukar untuk mendapatkan tenaga kerja daripada negara tersebut sekali gus menyebabkan perniagaan mereka terjejas.

Pengurus agensi terbabit yang berdaftar dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Malaysia (PAPA) mendakwa, ini disebabkan negara Indonesia telah memberhentikan penghantaran warga negara mereka sedangkan permintaan untuk amah bertambah banyak.

Beliau yang enggan memperkenalkan namanya kerana bimbang di’blacklist’ berkata, faktor utama kesukaran mendapatkan pembantu rumh dari negara jiran itu ekoran isu-isu negatif yang timbul sebelum ini melibatkan amah Indonesia seperti penderaan seksual dan fizikal sehingga menyebabkan kematian.

Malah beliau percaya isu seorang menteri yang dikatakan merogol pembantu rumah yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini semakin menambahkan lagi kesukaran mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia.

“Kes menteri rogol amah yang disebarkan ini telah menjejaskan perniagaan kami membawa amah ke negara ini kerana sekatan pemerintah dan sudah berkurangan warga Indonesia yang berminat untuk berkhidmat di sini sejak kes ini tersebar di negara itu.

“Ini ditambah lagi pelbagai kes jenayah seperti pembunuhan, penderaan dan penipuan oleh majikan," katanya.

Sehubungan itu beliau berharap kes yang melibatkan pembantu rumah ini khusunya yan dikaitkan dengan nama seorang menteri diselesaikan segera mengikut perundangan bagi memulihkan kepercayaan rakyat Indonesia yang berminat untuk berkhidmat di sini sebagai amah,” jelasnya.

Beliau yang sudah 11 tahun menjalankan perniagaan dialam bidang membekalkan amah untuk pelanggannya di sekitar pantai timur berkata, pernah amah yang dibekalkan syarikatnya sendiri menjadi mangsa rogol majikan.

“Ketika isteri majikan tersebut bekerja shif di waktu malam amah tersebut menjadi mangsa rogol majikannya beberapa kali. Kemudian apabila majikan tersebut takut rahsia tersebut diketahui isterinya beliau segera menghantar balik amah tadi secara mendadak dan dibayar pampasan selama setahun dan kes itu terus didiamkan,” katanya.

Beliau menambah, PAPA sepatutnya turut mengambil berat kes kriminal ini yang dilakukan menteri agar kemudian hari tidak lagi terjadi seperti ini yang mana akan mencemarkan imej serta menggugat perniagaan syarikat-syarikat di bawahnya.

Baru-baru ini WikiLeaks mendedahkan seorang menteri di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah merogol seorang amah warga Indonesianya. Peristiwa tersebut dikatakan berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Sementara itu di Indonesia sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care telah menemuramah amah berkenaan dan telah mendedahkannya di akhbar-akhbar di negara itu.