Tuesday, April 26, 2011

Sayuti kata, Nik Aziz mahu Tuan Ibrahim tanding Timbalan Presiden?

Semua orang tahu, bahawa Mohd Sayuti Omar (MSO) iaitu tauke akhbar Siasah mempunyai agenda dalam setiap penulisannya. Sebagai penulis buku dan artikel politik antara tersohor di tanah air, bukan MSO namanya jika beliau tidak menulis tanpa nawaitunya politik.

Saya kenal MSO iaitu ahli kelab Blogger Revolusi 2013 itu. Saya sering mengikuti tulisannya yang tajam itu dan kadang-kadang ramalan dan bacaannya menjadi kenyataan. Selain penulisan, saya amat menghormati pengalaman dan pergaulannya.

Dalam posting terbaru blog penulis prolofik itu (http://msomelayu.blogspot.com), MSO ‘memancing’ dengan mengatakan Naib Presiden kanan PAS yang juga Ahli Majlis Syura Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sepatutnya menggantikan Timbalan Presiden sekarang berbanding Hj Mohd Sabu.

Mohd Sabu adalah satu-satunya calon yang mengisytiharkan untuk bertanding menentang pemegang jawatan Ustaz Nasharuddin Mohd Isa sementara Tuan Ibrahim sudah siang-siang menolak pencalonan Timbalan.

Di bawah ini saya perturunkan sepenuhnya tulisan beliau untuk nilaian tanpa sebarang prasangka.

MALAM tadi ketika makan bersama dua kawan, tokoh politik kami membicarakan siapa yang layak untuk jadi timbalan presiden. Tanpa mengenepikan timbalan sekarang, Nasharudin Mat Isa, sesiapa yang hendak menentang beliau mestilah mereka yang lebih berilmu, bersyaksiyah berbanding dengan Nasharudin, begitu kata saya.

Kata saya Nasharudin mempunyai beberapa keistimewaan tetapi sayang ia tidak diguna sepenuhnya dan kesempatan untuk belaiu pamirkan kebolehan itu semacam tersekat inilah menyebabkan beliau seakan tidak berketrampilan.

Bila kawan itu tanya saya tentang hasrat Mohamad Sabu saya tidak memberi apa-
apa komen. Saya hanya menjelaskan apa isyarat yang saya perolehi di Kuching dua migngu lepas. Kalau isyarat ini boleh diyakin dan ianya jelas, maka penama inilah yang layak untuk dicalonkan bagi merebut jawatan berkenaan. Isyarat itu juga menunjukkan Mohammad Sabu tidak berapa disenangi.

Saya juga mengira kalau orang ini dicalonkan ia menyebabkan Nasharudin berada dalam keadaan serba salah. Satu keputusan yang amat berat untuk dilakukan oleh ahli Parlimen Bachok itu.

Hari ini isyarat yang saya perolehi itu sudah pun jelas. Ia bukan menjadi rahsia lagi. Khabarnya Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan cadangan agarnya Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Apabila cadangan itu dizahirkan maka isyarat dua minggu lepas jelas dan nyata.

Apabila isyarat itu sudah jelas saya percaya selepas ini senario dalam perebutan jawatan timbalan presiden akan berubah. Sekaligus ia akan merancakkan mutktamar Pas kali ini pertandingan mungkin bukan dua penjuru tetapi tiga, atau mungkin akan yang menarik diri.

Walaupun sebelum ini Tuan Ibrahim mengatakan dia akan menolak pencalonan tetapi dengan terluahnya isyarat itu beliau akan memikirkan kembali. Saya percaya.

Ulasan lanjut akan menyusul. [ttdi. 1:22 T/HARI 26/04/11]


6 comments:

  1. Macam nilah dok jadi dalam PAS.Asik Ustaz utaz ada ilmu kononnya.Ynag dok pelinkop negeri Kedah tu sapa bukan kah Ustaz juga.Sebenarnya apa yang dicari oleh Pas ialah Pemimpin yang di beri pertunjuk dan hidayah dan tak semistinya Ustaz.Pemimpin yangmempuyai ciri ini
    di uji dan di cuba dengan berbagai dugaan dan cubaan seperti di tangkap dan di penjara malah ada yang syahid di jalan raya atau medan petempuran.Saya nak tanya siapakah yang mengajar kita menentang keputusan Muktamar yang bercangah dengan amalan amal jemaai sepeeti UG.Siapa? ..bukan kah puak puak Ustaz ni juga.Kadang kala kita terlepas pandang bahawa Ustaz juga merupakan libilities pada perjuangan.Banyak bukti yang jelas untuk di jadikan hujah.Ustaz di zaman 60 han tidak sama dengan zaman sekarang.Sebab itu Pemimpin Ikhwan Muslimin sendiri bukan Ustaz atau Ulamak beliau hanya Doktor Veterina.Sedar lah wahai orang Pas.Isu ni akan dimainkan bila saja tiba Muktamar tapi bila nak kutip derma jihad dan nak pangil penceramah kenapa tak pangil ustaz.Ustaz zaman sekarang banyak syahid atas perut dan atas katil sementara yang bukan Ustaz lah yang sering sahid di medan Perang jihad.

    ReplyDelete
  2. salaam... jgn mudah melemparkan kata-kata wahai saudaraku... awas dgn setiap bait kata... jgn sampai memakan daging saudara sndri...

    isunya bukan ustaz... tetapi Kepimpinan Ulama'. beza PAS dgn UMNO mahupun Keadilan adalah kredibiliti pemimpinnya yg merupakan seorg Ulama'. bukan Ular dalam Semak.

    ReplyDelete
  3. Mahu Profesional Di UlamakkanApril 27, 2011 at 9:52 AM

    Saya cuba mencelah. Saya fikir apa yang dimaksudkan oleh Sayuti ialah calon Timbalan Presiden nanti mestilah ada ‘faktor pendamai’ atau orang yang dapat ‘menyatukan’ antara TG Nik Aziz dan Ustaz Hadi. Maksud saya dua ulamak ini tidak mampu lagi ‘dipecahkan’ seperti pada satu ketika dulu. Pada ketika itu, TG Nik Aziz mengetahui tentang Ustaz Hadi hanya melalui ‘orang lain’ – terutama dalam isu UG – sehingga pernah mahu menghukum presiden dengan EGM. Ada yang berkata, isu UG tidak pernah dirujuk kepada Ustaz Hadi atau mesyuarat PAS Pusat, tetapi hanya didengar daripada pihak yang dipercayai TG Nik Aziz. Maka lahirlah pada ketika itu hentaman demi hentaman kepada Ustaz Hadi, sehingga dituduh mahu membawa PAS masuk Umno, termasuk daripada Nik Aziz. Tidak siapa dapat nafikan, bahawa pada ketika itu seolah-olah wujud dua puak di mana satu menyokong Nik Aziz dan yang satu lagi menyokong Hadi. Bahkan ada yang menyebut, PAS Kelantan dan PAS Terengganu juga ‘berpecah’ mengikut ketua masing-masing. Tapi itu cerita dulu! Lalu, Tuan Ibrahim merupakan ‘penghubung’ terbaik bagi dua Tuan Guru ini untuk seiya dan sekata dalam sebarang pendangan, kenyataan media dan strategi. Dua Tuan Guru tidak mahu lagi dilihat tidak sealiran.

    Wallahua’lam.

    ReplyDelete
  4. Sayang sekali kepada Tn. Hj Mohd Sabu, beliau seorang pemimpin yang baik dan banyak berkorban tetapai kawan-kawannya lah yang merosakkan imej beliau. Ramai di kalangan penyokongnya terdiri dari mereka yang dikenali sebagai kelompok yang "lok lak" di kawasan-kawasan dan berkempen untuk beliau. Ramai ahli PAS di kawasan-kawasan bukan tidak mahu menyokong beliau tetapi apabila melihat kepada kawan-kawannya itu menyebabkan hasrat mereka terbatal. Kempen yang keterlaluan dan kurang berakhlak menyebabkan beliau sukar menang. Ubah pendekatan sebelum terlambat

    ReplyDelete
  5. ISYYY... MESEJNYA CENGGINI:
    NIK AZIZ MAHUKAN TIMBALAN PRESIDEN DITUKAR, TETAPI ORANG ITU BUKANLAH MOHD SABU UNTUK GANTI USTAZ NASHA, TETAPI USTAZ TUAN IBRAHIM!
    TAKKAN MESEJ MUDAH CAM TU TAK LEH BACA...

    ReplyDelete
  6. Persepsi Rakyat:
    Vote for Nasha is vote for UG,
    Vote for M Sabu is vote for PAS in PR,
    Vote for Tuan Ibrahim is vote for Nasha's victory

    ReplyDelete