Wednesday, April 13, 2011

Gagal yakinkan rakyat, kerajaan batal taklimat Lynas

Setelah dua siri penerangan berkaitan operasi pembinaan kilang Lynas Corporation yang memproses "rare earth" (nadir bumi) di Gebeng, baki enam lagi sesi penerangan dibatalkan bermula malam tadi dipercayai atas arahan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sebelum ini, dua siri daripada 8 siri penerangan berkaitan isu kontroversi itu telah diadakan di Kompleks Dagangan Indera Mahkota dan di Duta Village Hotel, Sungai Karang minggu lalu anjuran kerajaan negeri.

Umum melihat, pembatalan program yang sepatutnya berlangsung malam tadi dan malam ini tanpa diketahui sebabnya, berkemungkinan kerana gagal meyakinkan warga Kuantan tentang jaminan keselamatan oelh menteri besar sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam dua siri penerangan anjuran kerajaan negeri itu, tidak dihadiri menteri besar atau Exco dan wakil Lynas. Yang ada hanya wakil daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Nuklear Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

Akibatnya banyak soalan yang diutarakan tidak dapat dijawap dan diberi alasan bukan bidang kuasa mereka, ini menyebabkan ramai penduduk Kuantan yang menyertai dialog berkenaan kecewa dan menimbulkan tidak puas hati sehingga timbul sedikit ketegangan.

Tetapi apabila MB sendiri terus membatalkan terus enam lagi sessi taklimat yang dianjurkan kerajaan sendiri, keadaan ini akan lebih mengecewakan penduduk Kuantan yang berada dalam kebimbangan.

Lynas Corporation Ltd. merupakan syarikat milik penuh Australia yang memproses ‘rare earth’ bagi tujuan industri. Bahan tersebut dipunggah dari Australia manakala sisa pemprosesan iaitu bahan buangan thorium yang dikatakan mengandungi bahan radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam.

Mengikut kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang, syarikat berkenaan mula beroperasi September ini.

Lynas dianugerahkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan ‘Strategic Pioneer Status’ iaitu syarikat berkenaan – tidak perlu membayar cukai import atau export selama 12 tahun.

Pada ketika ini, penduduk Kuantan sedang berusaha keras mendesak pembatalan operasi kilang berkenaan kerana mereka bimbang kesan radiasi daripada sisa buangan berkenaan boleh menimbulkan kesan negatif seperti barah bayi lahir cacat dan abnormal sehingga berlarutan memakan masa begitu lama.

Pelbagai cara bantahan telah dibuat penduduk antaranya berdemonstrasi di parlimen dan setiap kali lepas Sembahyang Jumaat di Masjid Balok. Tandatangan penduduk juga diambil dan sehingga kini sudah lebih 50,000 tandatangan dikutip dan pelbagai risalah mengenai bahaya kesan radiasi diedarkan kepada umum.




6 comments:

  1. Gone wehhh...deme di, buka ler mata, tenangkanlah hati, Jgn sokong pembinaan kilang niee, banyak keburukan dari kebaikan...usohlahh....

    ReplyDelete
  2. Nampak gaya caranya, kilang bakal hasilkan sisa buangan radioaktif ni akan beroperasi juga.

    Kita tak tahu apa agrimennya.

    Penduduk Kuantan khasnya dan Pahang amnya, tak bolehlah berdiam diri lagi, kalau sayangkan generasi akan datang!

    ReplyDelete
  3. Kalau buat taklimat .. yang datang bukan nak dengar tapi memberi ceramah...

    Sampai bila tak abis .....

    ReplyDelete
  4. Baik tak payah buat taklimat, buat jer kilang proses sisa radiasi tu. Biarlah rakyat Kuantan mampus sampai ke anak cucu, peduli apa dgn rakyat. Pemimpin kerajaan negeri pun dapat duit, lagipun kerajaan negeri bukannya ada duit, perbelanjaan melebihi pendapatan. Bila dpt duit nanti masing2 boleh duduk kat laur negeri, biar lantak org Kuantan apa nak jadi anak cucu mereka, cacat ke... barah ke... mcm Bukit Merah. Peduli apa dgn rakyat?

    ReplyDelete
  5. anon 5:35pm, cantekk lu punyer idea... manusia tanah melayu ni secara asalnya dicipta bodoh bangang, tak kiralah warganya melayu, cina atau india atau apa2 bentuk manusia sekalipun. apa peduli orang2 tanah melayu bodoh ini menjadi mutant kemudian hari?

    baru aku paham kenapa tanah melayu masih dikategorikan sebagai negara membangun dan mengapa tak boleh dikategorikan sebagai negara maju.

    negara membangun = negara bodoh tolol.

    ReplyDelete
  6. najib = untung
    adnan = untung
    kroni umno = untung
    lynas = untung

    rakyat kuantan = mutant

    ReplyDelete