Friday, March 4, 2011

Umno mula guna taktik samseng

Pihak BN khususnya daripada Umno, sudah mula semakin agresif melakukan provokasi sehingga sanggup ‘menyerang’ ke bilik gerakan PAS di Kampung Desa Murni dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kerdau.

Terbaru, dinihari tadi lebih 50 petugas Umno menghampiri markas PRK PAS itu dengan menunjukkan kemarahan, mengeluarkan kata-kata ugutan dan memasang bendera BN melindungi bendera PAS yang telah sedia dinaikkan.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh, Fairus Hisyam Nordin, yang berada di situ ketika itu, yang memeranjatkan provokasi tersebut diketuai sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said.

“Malam tadi kira-kira jam 3.30 pagi lebih 50 orang petugas BN datang ke bilik gerakan PAS di Desa Murni diketuai Ismail Said, mereka berteriak dengan nada marah dan menghamburkan kata-kata berbentuk ugutan.

“Masa itu kami dalam khemah cuma ada 15 orang dan tidak melayan provokasi tersebut kerana jika melawan mungkin mereka akan gunakan sebagai kempen di media kononnya PAS ganas, walaupun mereka yang memulakan.

“Tak cukup dengan itu, kami syak beberapa orang anggota polis berulang kali mengambil gambar juga untuk tujuan mengugut sebab ada antara kami yang berkerja sebagai kaki tangan awam. Manakala yang lain menaikkan berdera BN di hadapan bendera PAS,” katanya.

Tambah Fairus, beliau kecewa dengan tindakan provokasi pihak Umno itu dan akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.

Pusat mengundi Desa Murni dijaga oleh kontingen dari PAS Kawasan Temerloh.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, kecewa dengan pembabitan ahli parlimen tersebut yang sepatutnya bertindak mempertahankan demokrasi dan keamanan.

“Kita faham jika budak-budak Umno yang bertindak secara tidak bertamadun begitu, tapi bila melibatkan seorang ahli parlimen yang merupakan penggubal undang, itu jadi pelik. Sepatutnya dia tidak bertindak kebudaka-budakan walaupun kita tahu Desa Murni ada kampung beliau.

“Apa jadi jika Pemuda PAS melayan karenah dan provokasi mereka... tidakkah nanti akan terjadi perkara yang buruk seperti pergaduhan? Kenapa tak boleh fikir?,” soal Suhaimi.

Dalam pada itu, seorang penyokong PKR mengadu tayar kereta beliau dipancetkan ketika pergi mendengar ceramah ketua umum parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rumpun Makmur malam semalam.

Dalam ceramah di pihak Umno, mereka melepaskan Ummi Hafilda ‘gundek sensasi’ upahan mereka bagi mengganggu setiap ceramah Anwar.

Sebelum ini, berlaku juga gangguan kepada program PAS di kawasan Felda Mohamad Sabu berceramah dan Bob Lokman di waktu yang berlainan.

Dipetik dari Harakahdaily


2 comments:

  1. Sabar je la...dia orang tu semua pencacai..semua kaki ampu..macam tu jugak dengan gundek negro tu..dah tak ada cara lain nak glamour...biarkan aja la...tak lama lagi monopos tu...dah monopos sok diam la dia..

    Kita tengok la sendiri pombohongan pemimpin BN,demokrasi konon...demokrasi apa?Demokrasi terpimpin macam 3 abdul cerita P Ramlee?

    Polis pulak 1 hal..kan negara ni mengamalkan demokrasi?Apa,kaki tangan kerajaan tak boleh sokong pembangkang?Ini baru PRK..kalau encik encik Polis nak tahu..dalam PU yang lalu dan PU akan dtg,makin ramai kaki tangan kerajaan mengundi PAS.Malah kaki tangan kerajaan yang telah bersara rata rata mengundi PAS.

    Sapa nak percaya dengan BN lagi?Berbagai penindasan terhadap kaki tangan awam.Ada yang masih bertugas,tetapi telah siap untuk saman Ketua Jabatan dan Karajaan sebaik saja dia cuti bersara nanti.Malah ada yang masih bertugas dan memfailkan kes saman terhadap Ketua Jabatan..
    Pada penyokong penyokong BN diKerdau perlu diingatkan...jangan ingat orang orang PAS ni dari golongan yang berserban,berketayap dan berjubah saja...Generasi muda PAS datangnya dari berbagai kelompok dan golongan..kami akan rasa tersentuh bila orang orang kami diKerdau diganggu gugat..jangan cuba cuba nak guna taktik samseng..kau orang tau kan,aku dari kampong dusun..?

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    ini baru betul-betul semangat orang Pahang!

    ReplyDelete