Sunday, March 6, 2011

Terkini Kerdau: Pengundi Orang Asli berlebih?

Berlaku sedikit kekecohan di peti undi Krai, iaitu yang didominasi Orang Asli, apabila petugas dari PAS membantah kerana dikatakan berlaku lebihan pengundi di situ.

Krai merupakan satu-satunya peti undi bagi Orang Asli dari perkampungan kaum itu Paya Sendayan dalam PRK Kerdau.

Mnegikut daftar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 375 pengundi di situ dengan 250 (66.66%) daripadanya ialah pengundi Orang Asli.

Bagaimanapun petugas memberitahu, menjelang tengahari pengundi Orang Asli yang datang ada yang dipunggah dari Kuala Krau dengan menggunakan beberapa buah bas.

Difahamkan, pihak PAS telahpun membuat aduan kepada pihak berkuasa.


1 comment:

  1. Kalau kes yang macam ni jangan harap la nak dapat keadilan dari 'pehak berkuasa'...
    Kalau dilihat dalam tempoh berkempen memang sambutan terhadap PAS amat memberangsangkan.Tanpa karaoke,tanpa memberi apa apa habuan kepada penduduk,PAS berjaya mengumpul sekurang kurangnya 1000 hadirin.Betul juga kata bekas adun Kerdau,PAS akan menang jika merasuah pengundi.Namun tak mengapa,kalah kita bermaruah.
    Terima kasih kepada pengundi PAS,andalah sebenarnya rakyat yang bermaruah kerana menolak rasuah demi bangsa dan negara.

    ReplyDelete