Monday, March 14, 2011

Loji nuklear Jepun meletup: Benarkah tidak boleh keluar rumah?

Saya mendapat satu SMS dalam bahasa Inggeris yang berbunyi: “A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4.30 AM today. If it rains tomorrow or later, don’t go outside...”

Apakah kesannya kepada kita jika hujan yang mengandungi radioaktif itu mengenai kulit kita atau beredar di perudaraan sekeliling kita?

Setakat ini pihak berkuasa, sama ada Alam Sekitar mahupun Kesihatan, belum memaklumkan apa-apa. Bagi saya, jabatan-jabatan tersebut mesti mengisytiharkan sesuatu supaya rakyat tidak panik!

Menurut sebuah laman sesawang yang saya tinjau pula:

“Semua sedia maklum, bahawa loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun telah bocor akibat gempa bumi dan tsunami.. Apa yang merisaukan kita adalah kesan radiasi tersebut, iaitu pencemaran radioaktif.. Di Jepun sendiri, lebih 170,000 diarahkan berpindah dari kawasan timur laut itu.

“Pencemaran radioaktif ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kanser, kecacatan, kelahiran pra-matang dan lain lain lagi.. Setakat yang aku belajar kat sekolah dulu, inilah antara kesan kesan buruk. Jadinya, aku pun sokong agar Malaysia bawa pulang rakyat/pelajar yang kini berada di Jepun.

“Memang menakutkan jikalau pencemaran radioaktif ini merebak ke negara kita.. Tapi menurut Profesor Datuk Dr. Proom, kesan radiasi hanya berlegar di sekitar loji terbabit memandangkan suhu di kawasan tersebut hanya dianggarkan 300 darjah celsius.. Hanya jika suhu melebihi 1000 darjah celsisus, kesan radiasi akan naik ke atmosfera dan mampu merebak ke negara kita.. Kalau tengok peta pun, jarak Malaysia dan Jepun jauh... Harapnya tak sampailah.

“Agensi Nuklear Malaysia pula akan beri penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Jepun dalam tempoh terdekat dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air turut meminta orang ramai agar tidak menimbulkan spekulasi berhubung kejadian ini.. Kita tunggu jelah.

“Berhubung pembinaan loji elektrik nuklear kat negara kita plak, aku rasa kerajaan kena fikir elok-elok lah.. Memang ade baiknya dan dalam masa yang sama ade jugak buruknya.. Ape ape pun, tempoh untuk menjalankan penyelidikan masih panjang.”

Selamatkan Pahang mahu Kerajaan segera menjelaskan kekeliruan ini. Sama ada bahaya atau tidak...

4 comments:

  1. ape salahnye kalu B end nak buat loji nuklear ke loji tai ke sebab ni semue masyuk poket... pedulikan org melayu...deme semuenye bengap

    ReplyDelete
  2. elok juga awak tulis berita macam ni dari menfitnah kerajaan. lupakanlah misi nak selamatkan Pahang tu, kerana kalau rasa Pahang tak selamat, pindahlah ke Kelantan untuk mendapat selamat dan syurga yang dijanjikan Nik Aziz. hehehe

    ReplyDelete
  3. Aku dengar dah dua org blogger upahan Umno Pahang mati.
    Mula2 dulu yg jahat tu lah...
    yg kedua yg d Jerantut
    Yg ketiga ni sapa lah yak?

    ReplyDelete
  4. ishh jgn la gtu..tlg la jgk slmatkn pahang dn rakyat nye ni..sdgkn rakyat jepun yg jauh beribu batu tu kita blh nk tlg..ini kn pula rkyat negara sndiri..x patut x patut huhuhu

    ReplyDelete