Thursday, March 3, 2011

Kemana blogger CMK? Bersama PAS atau Umno?

Kehilangan’ blogger Cucu Mat Kilau pada ketika ini terus menjadi misteri dan menimbulkan tanda tanya di kalangan kenalan-kenalannya.

Beliau yang keluar dari PKR bulan lalu, dijangka menyerahkan borang keahlian PAS besok (Jumaat). Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, tiada siapa yang tahu di mana beliau berada.

Beliau yang juga editor eksekutif blog terkenal Pahangdailyonline, kali terakhir dilihat berada dalam sidang media harian PAS sempena PRK Dun Kerdau di Darul Hikmah, Kerdau pagi tadi.

Selepas selesai program dan makan tengahari, beliau kemudian dikatakan bersama blogger Al-Banjari ke Gunung Senyum untuk berehat. Namun sewaktu pulang, beliau dikatakan telah ditemui ‘seseorang’.

CMK yang juga seorang deejay, adalah blogger paling popular di Pahang kerana blog beliau yang menyebelahi Pakatan Rakyat dianggap sensasi dan berjaya mendedahkan pelbagai ketempangan Umno.

Sebelum ini, beliau dikatakan telah beberapa kali dipikat dan diumpan oleh pihak Umno untuk menyertai parti berkenaan. Terdengar pelbagai tawaran untuk beliau jika sanggup menyertai parti itu.

Malah, kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jengka 23 beberapa hari lalu, dikatakan diselit program ‘kemasukan CMK ke dalam Umno’. Dan berita tersebut akan diletupkan bagi menambah moral Umno/BN dalam kempen PRK Kerdau pada masa ini.

Malangnya pada ketika itu, CMK telah memutuskan untuk bersama PAS atau menjadi blogger sepenuh masa daripada bersama Umno. Ketika 12 orang ahli Umno di Jengka 25 menyertai PAS kelmarin, beliau juga mhu berbuat demikian tetapi dinasihat supaya menangguhkannya dahulu supaya acara tersebut lebih ‘grand’.

Blog beliau pula, kali terakhir di update tengahari tadi, menunjukkan tidak ada pertambahan bahan selepas itu.

Ketika ini, tiada siapa yang tahu di mana beliau berada dan gagal dihubungi sama sekali!



2 comments:

  1. apa yg sebenarnya berlaku pada CMK..??? ada yg gi siasat dirumah aDIK beliau DIkuantan...!!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, saya telah dapat menemui CMK pagi tadi setelah beliau menelefon saya pagi sambil memberitahu beliau dalam keadaan selamat.

    Beliau mengesahkan memang bertemu dengan Umno Maran selama dua hari ini selepas pulang dari Gunung Senyum. Katanya beliau tertekan dan isterinya juga baru dihubungi pagi ini.

    Beliau sempat mengikut sidang media harian di markas besar PAS, Kerdau.

    Selepas itu beliau sempat membelanja saya bersama seorang rakan makan nasi ayam.

    Katanya: "Ă„ku belanja... banyak duit ni!," katanya sambil bergurau.

    ReplyDelete