Thursday, March 10, 2011

Demi undi persetankan hukum

Apabila kemaruk untuk menang pilihan raya telah bermaharajalela di dalam jiwa pemimpin parti oportunis, segala-galanya menjadi halal demi untuk menawan hati pengundi.

Barangkali, akidah mereka ialah politik tidak boleh bercampur dengan agama. Atau politik suku agama suku.

Gambar yang terpapar adalah rentetan pelbagai peristiwa yang mewarnai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kerdau baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelihatan tidak kekok untuk dipeluk bukan mahramnya, malah berupaya ketawa berbangga disaksikan lensa sebuah akhbar Cina yang kemudian menyiarkannya.

Barangkali senario sebegini boleh dilihat dengan mudah dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia.

Mungkin ini juga menunjukkan sebuah cita rasa 1 Malaysia, sebagaimana diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Politik perkauman yang menjadi senjata Umno selama ini, dihentikan seketika.

Ketika calon PAS PRK Tenang, Cikgu Normala enggan bersalam dengan bukan mahram, dihentam oleh Cina MCA, Umno seolah-olah menyetujuinya sehingga menyebar luaskan isu berkenaan sebagai senjata memenangi undi Cina.

Dalam PRK Dun Kerdau, PAS kalah kepada Kerajaan Malaysia yang bertanding. Namun PAS tidak sedikit pun sanggup atau tergamak untuk menggadaikan prinsip!

Sebagai seorang muslim, saya cuma takut dengan akibat di kemudian hari. Gambar yang terpapar akan terus kekal, bagaimana agaknya perasaan cucu cicit kita pada puluhan tahun mendatang apabila menatapnya kembali?


3 comments:

  1. Dulu masa hudud dicadangkan dialah org yg menentang,konon nak selamat kan rakyat malaysia, tapi drpd gmbr nie,nak menghancurkan rakyat jgk agama...wlpmn yg peluk tu dh tua,tapi tidak mustahil org tua itu tiada nafsu syahwat terhadap wanita...mesti ada shj yg memberi maklumbalas utk menghalalkan atas sebab yg peluk tu org tua,atas dasar kasih sayang maka mereka rasa halal lah, tapi jgn lupa wlpn dh tua,tapi selagi mana dia berlainan jantina maka dia jgk mempunyai nafsu syahwat jgk masih lagi "kuat" wlpn dh tua.

    ReplyDelete
  2. masyaalah. ehhh...
    apa perasaan laki dia bila tengok gamba ni ye?

    ReplyDelete
  3. kerising kerinyih, kerising kerinyih
    ... apo lah jenis ketua kaum ibu Umno nih!!!

    buat malu bangsa jer...

    ReplyDelete