Tuesday, May 8, 2018

Rayuan mengundi PAS

Salam mesra dan salam sejahtera buat warga pengundi yang dihormati.

Saya menyeru dan merayu kepada anda untuk membuat pilihan yang terbaik dalam pilihanraya kali ini.


Gunakanlah hak dan peluang ini untuk menyerahkan mandat pentadbiran negeri mahupun negara kepada *kepimpinan yang benar-benar beramanah dan bertanggungjawab*.

Kepimpinan yang mampu meningkatkan kemakmuran negeri dan negara serta memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Kepimpinan yang benar-benar *meletakkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan*, bukan kemewahan diri sendiri, keluarga dan kerabat mereka, juga bukan menjaga kelangsungan politik mereka.

Bukan juga kepimpinan yang gagal mengawal rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Bukan kepimpinan yang mudah lupa dengan kepincangan pentadbiran lampau. Atau kepimpinan yang sanggup mempertaruhkan kepentingan negara serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat demi pembangunan yang belum tentu untung ruginya.

Gunakanlah hak dan peluang ini untuk *memastikan kekayaan khazanah negeri dan negara dapat dikongsi dan dinikmati oleh kita semua* bagi meringankan beban hidup yang kian mencengkam.

Setiap daripada *kita berhak mendapat yang terbaik*. Pendidikan dan kesihatan berkualiti, kediaman mampu milik, persekitaran yang aman harmoni, sistem sokongan sosial serta peluang yang saksama.

Gunakanlah hak dan peluang ini untuk *mendaulatkan Islam sebagai syiar tertinggi dalam pemerintahan negeri dan negara*, yang membawa keadilan dan kesejahteraan untuk kita semua tanpa mengira bangsa dan agama. Yang *menjadi panduan kepada pentadbiran yang beramanah* serta menjadi benteng kepada jenayah, rasuah, pencabulan demokrasi dan penyalahgunaan kuasa.

Oleh itu, saya dengan rendah diri menyeru dan merayu agar anda *memberikan undi kepada PAS dan Gagasan Sejahtera* dalam pilihanraya kali ini.

PAS sendiri telah *membuktikan kemampuannya dalam mentadbir negeri dan masyarakat* melalui institusi-institusinya yang merentasi pelbagai bidang. PAS juga *didokong oleh agamawan, ahli profesional dan teknokrat yang berkelayakan dan berkebolehan*. Malah PAS telah terbukti matang dalam berpolitik serta *bersih dari sebarang aduan salahlaku*.

Berikan keyakinan dan kepercayaan anda kepada PAS dan Gagasan Sejahtera untuk menjayakan aspirasi negeri dan negara yang sejahtera. *Negeri dan negara yang makmur dan berkebajikan dengan redha dan barakah daripada Allah*.

Undilah calon-calon PAS dan Gagasan Sejahtera di setiap kerusi DUN dan Parlimen di mana sahaja anda mengundi. *Undi anda adalah penentu kepada masa depan* negeri, negara dan generasi masa hadapan.

Salam hormat,

*Andansura Rabu*
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang

No comments:

Post a Comment