Wednesday, May 16, 2018

“Mereka mengundi ‘perubahan’ bukannya calon atau parti”

PRU ke 14 telahpun seminggu berlalu, namun peristiwa bersejarah ini tidak henti-henti dibuat kajian dan analisis oleh para pemikir dan intelek. Ini kerana keputusannya iaitu gabungan PKR, DAP, Amanah dan Warisan yang membentuk Pakatan Harapan PH) yang menumbangkan BN,  seolah-olah melanggar norma atau di luar batas pemikiran manusia biasa.

Saluran televisyen Astro Awani, masih saban malam memanggil tokoh-tokoh akademik dan para pengkaji untuk membedah keputusan yang diperolehi.

Antara yang menarik untuk dikongsi ialah PH menang kerana mendapat swing 50 peratus daripada pengundi tegar BN selain daripada pengundi muda.


Dapat diperhatika juga, trend anak-anak muda (terutama first time voters) ialah mereka mengundi ‘perubahan’ dan sebenarnya bukan mengundi siapa calon dan parti apa. Sesetengahnya tidak kenalpun siapa calon yang bertanding di kawasan mereka namun oleh kerana mereka sinonim dengan media sosial, maka kempen media sosial (yang dimanipulasi dengan jayanya oleh cyber trooper mereka) itulah yang berjaya memalingkan undi mereka.

Trend pecahan pengundian juga berubah. Jika dulu untuk sekian lamanya boleh diukur perbezaannya melalui pola antara bandar dan luar bandar (termasuk Felda), tetapi trend pecahan pada PRU 14 perbezaannya ialah pantai timur – pantai barat. Maksudnya, kawasan di luar bandar juga sudah ditembusi jaringan internet dan menjadi medium kempen utama.

Untuk keseluruhan, berdasarkan pecahan tadi, swing undi penyokong BN di pantai barat 50% (termasuk Johor) kepada  PH. Manakala di pantai timur (Kelantan, Terengganu + Kedah) 50% (undi BN) kepada PAS.   

Undi Melayu terpecah tiga iaitu 30% kepada PH, 40% kepada BN dan 30% kepada PAS. Tetapi undi Cina 92% kepada PH, undi India 85% kepada PH.

Manakala isu-isu last minit yang membawa kepada swing pengundi ke PH (timbul kemarahan kepada BN, timbul simpati kepada Tun M) ialah yang pertama mengundi jatuh hari Rabu. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat terutama pekerja awam dan swasta. Dan kedua ucapan malam hari sebelum mengundi oleh Tun M. Antaranya: “Saya dah tua dah... dah tak lama dah...”
Ini rupa-rupanya menimbulkan simpati luar biasa.

Akhir sekali, 52 parlimen yang memiliki kawasan Felda yang dulunya kebal sebagai kubu BN kini pecah. Buat pertama kalinya dalam PRU 14 ini sebanyak 27 (daripada 52)  telah berpindah kepada mengundi PAS dan PKR. Pada 2008 hanya dua kawasan Felda yang jatuh kepada Pakatan Rakyat iaitu Temerloh dan Dungun. Ini bermakna 25 lagi kerusi memiliki Felda tidak lagi kebal Umno.

No comments:

Post a Comment