Tuesday, December 31, 2019

Kesultanan Pahang antara kerajaan terawal

Mungkin ada menyangka Pahang yang ditubuhkan kurang 150 tahun dahulu adalah sebuah kerajaan baharu. Penilaian ini boleh berlaku jika sekadar melandaskan perisytiharan pada 11 Januari lalu bahawa Sultan Abdullah Al-Mustafa billah Shah, dipilih sebagai Sultan Pahang Keenam. Dari sudut sejarah, Pahang 
sebenarnya antara kerajaan awal di Tanah Melayu.

Penentangan Dong Zong, Jiao Zong sepanjang sejarah

Negara menjadi kecoh dan hinggar binggar lantaran kontroversi ditimbulkan oleh kumpulan pendesak Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang menentang tindakan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dan jawi dalam buku teks sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu..

Friday, December 27, 2019

Bursa Malaysia paling teruk bawah PH

Tajuk akhbar The StarBiz pada 25 Disember menyebut “Bursa ripe for rebound”. Kononnya pasaran saham Bursa Malaysia dijangka pulih dan lonjak kembali menjelang 2020.

Saya yakin para pelabur sama ada yang kecil mahupun pelabur institusi tidak dapat terima kenyataan sedemikian. Ramai yang telah hangus tangan mereka.

Bagaimana pemimpin PAN selindung kezaliman Komunis China?

Sehingga kini, umum masih belum boleh menerima kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyebutkan: ‘semua laporan negatif terhadap kezaliman Komunis China ke atas Muslim Uyghur adalah berita palsu’.

Thursday, December 26, 2019

Baik wanita baiklah Negara

Oleh SOBIRIN DULI 

KUALA LIPIS: Dewan Muslimat PAS Kawasan Lipis berjaya mengadakan Majlis Bicarawara Tokoh Muslimat dengan tema Keluarga Bahagia Ummah Sejahtera.

Majlis diisi dengan Bicara Alimat yang disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Senator Ustazah Nuridah Salleh bertajuk Muslimah Penjana Keluarga Bahagia, Ummah Sejahtera.

Isu Tanah Cameron Highlands: PAS Pahang sokong Kerajaan Negeri

PAS Pahang menyokong penuh tindakan kerajaan Negeri dalam mengambil tindakan terhadap isu pencerobohan yang berlaku di rizab sungai dan rizab jalan yang berada dalam kawasan tadahan air Kuala Terla khususnya Sungai Ichat di bawah Mukim Ulu Telom baru-baru ini.

Monday, December 23, 2019

Warga emas terkunci dalam rumah ditemukan mati atas kerusi malas

TEMERLOH: Seorang warga emas yang dipercayai 'terkunci' di dalam rumahnya di Jalan Bahagia 13 di sini ditemui mati hari ini.

Mangsa yang berumur 78 tahun ditemukan duduk di atas kerusi malas dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Friday, December 20, 2019

Jalan raya Kampung Awah-Jengka siap Disember 2020

Oleh SHAHRULRUDDIN MUSA

BANDAR JENGKA: Jalan raya menghubungkan Tol Chenor ke Bandar Tun Razak Jengka yang sedang dinaik taraf, di jangka siap pada Disember 2020, kata Jurutera Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Ir Ahmad Azizi Ismail.

Jalan Raya sepanjang 28 kilometer yang yang memulakan kerja-kerja naik taraf sejak Mei 2017 itu melibatkan kos melebihi RM200 juta dan sehingga kini 82.89% telah disiapkan.

Wednesday, December 18, 2019

Punca sebenar rumah kuota bumiputera tak laku, penipuan pemaju Cina.

Surat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Oleh HASSAN MD. ALI

Pengusiran terancang serta tipu daya halus pemaju terhadap pembeli bumiputra  dengan memanipulasikan diskaun.

1. Saya pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995.

KES SELESAI!

Pengguna jalan raya dari Muadzam ke Kuantan atau sebaliknya, dinasihatkan supaya mencari laluan alternatif.

Menurut sumber, ini berikutan laluan berhampiran Paloh Hinai dekat Pekan telah ditutup berikutan tanah runtuh.

Tuesday, December 17, 2019

Rumah rentung: Tabung Prihatin dilancar

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching melancarkan Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar bagi mengumpul derma berikutan kebakaran yang memusnahkan sama sekali rumah  ahli PAS Cawangan Kampung Panching, Haji Musa Mamat, di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Panching.

Dalam tragedi pada Jumaat lalu itu, rumah beliau hangus sepenuhnya. Beliau sekeluarga kini menumpang sementara di rumah ibunya di Kampung Sungai Batu.

Monday, December 16, 2019

Mantan Ketua Urusan Ulamak PAS Temerloh kembali ke rahmatullah

Mantan Ketua Urusan Ulamak PAS Temerloh, Ustaz Ariffin Abdullah, 58, kembali ke rahmatullah jam 2:55 petang tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh kelmarin akibat strok.

Beliau kemudiannya di hantar ke HTAA semalam untuk pembedahan selepas didapati berlaku pendarahan dalam otak.

Bagaimanapun, menurut sumber rapat, pembedahan tidak sempat dilakukan berikutan jantung beliau berhenti sehingga pihak hospital melakukan CPR selama enam minit.

Banjir di Pahang libatkan 1,000 di PPS

Setakat pagi ini seramai 1,003 orang mangsa banjir khususnya di Rompin yang membabitkan 256 keluarga dan ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sementara itu hujan lebat sejak dua hari lalu turut menyebabkan 19 mangsa dari tiga keluarga di Kampung Paya Luas, Temerloh dipindahkan ke Dewan Belia kampung berkenaan.

Nelayan dua beranak hilang, ditemui selamat

Nelayan dua beranak yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Gelang, Kuantan kelmarin, ditemui selamat selepas 18 jam terputus hubungan di perairan Laut China Selatan.

Mat Yasin Sulong 67 Tahun dan anaknya Shaharul Nizam Mat Yasin 44 Tahun, ditemui bot pukat tunda nelayan keesokan harinya dan bot mangsa kemudiannya ditunda ke jeti Tanjung Api.

Friday, December 13, 2019

Bot nelayan rosak tengah laut, masih dalam operasi mencari

Sebuah bot fiber mengalami kerosakan enjin di perairan Tanjung Gelang, Kuantan tengah malam semalam.

Menurut laporan daripada MRSC Kuantan, kira-kira jam 12.16 tengah malam, telah menerima maklumat secara panggilan dari PGM Kuantan berkenaan kejadian bot berkenaan yang dikenal pasti bernombor pendaftaran PHS 1208, telah mengalami kerosakan enjin di posisi 03 55.15U 103 33.29T 8.2 BN dari Tanjung Gelang.

Thursday, December 12, 2019

Waktu Subuh lewat 8 minit di Pahang

Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang memutuskan tambahan masa lapan minit bagi permulaan waktu subuh di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata, pelaksanaan perubahan itu hanya melibatkan waktu solat Subuh sahaja dan berkuatkuasa bermula hari ini.

Baucer bantuan kepada 210 pelajar dalam Dun Tahan

Kembali ke sekolah pada tahun baharu, sememangnya memerlukan belanja yang besar apatah lagi dengan rata-rata harga barangan kini terus melonjak.

Sedar dengan permasalahan ini, Sekretariat Adun Tahan tidak berdiam diri melainkan bertungkus-lumus bagi membantu meringkankan beban keluarga yang memerlukan.

Tuesday, November 26, 2019

Amaran Kepada PH: Jangan Budayakan Arak Dalam Masyarakat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan mutakhir pemimpin politik dari kalangan Pakatan Harapan berhubungan dengan isu arak.
Rakyat Malaysia satu masa dulu dikejutkan dengan cadangan untuk mengadakan ‘Oktoberfest’ yang secara jelas bertentangan dengan agama, akhlak dan moral serta budaya ketimuran. Begitu juga tular di media sosial pemimpin PH dengan bangga memegang gelas dan botol arak, kononnya atas dasar hak asasi manusia.

Friday, November 22, 2019

PAN dan NAFAS

1. Suasana Dewan Rakyat pada tengah hari tadi dikejutkan dengan pendedahan skandal RM 1.4 bilion NAFAS yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
YB Ayer Hitam ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyentuh mengenai Butiran 040400 - Subsidi Harga Padi, Butiran 040500 - Subsidi Baja Padi, Butiran 040600 - Insentif Pengeluaran Padi dan Butiran 040800 - Subsidi Benih Padi Sah yang dibacakan bersekali.

2. Beliau mendedahkan 3 isu dalam ucapan tersebut;
a) Pembatalan beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui sebagai pentender secara item mengikut Zon 1, 2 dan 3 bagi tender membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-kerja Pengapuran Bagi Kapur Di Bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh tiga (3) tahun dengan tawaran berjumlah RM52.4 juta melalui surat bernombor tender QT190000000058589.

Thursday, November 21, 2019

Hari ketiga perbahasan Belanjawan 2020 Dun Pahang

Lima orang Adun PAS Pahang bangun berucap pada hari ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2020.

Dalam sidang media harian yang dipengerusikan oleh Adun Beserah Andansura Rabu, antara yang dibangkitkan ialah isu tulisan jawi, kedua tentang belia yang juga ketengahkan beberapa cadangan serta tentang sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri juga dibangkitkan dan sebelah petangnya berkaitan dengan perumahan rakyat.

Adun Damak bangkit keperluan pejabat JPJ, doktor pakar di Jerantut

Adun Damak Ustaz Zuridan Mohd Daud, membangkitkan kewajaran pihak kerajaan menyediakan pejabat urusniaga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kemudahan rakyat di Jerantut, yang merupakan daerah terbesar di negeri Pahang.

Berucap dalam persidangan ke 14 Dewan Undangan Negeri Pahang, beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, menyebut ia merupakan kepentingan rakyat bagi urusan memperbaharui lesen, saman, menukar hak milik kenderaan dan lain-lain yang berkaitan.

Wednesday, November 20, 2019

Muafakat Nasional, BMF dalam ucapan Ustaz Rosli

Ustaz Rosli (hadapan), mempengerusikan mesyuarat
Adun-Adun PAS berkaitan Belanjawan Pahang 2020
Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar yang bangun berucap dalam perbahasan Belanjawan Pahang 2020 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) ke 14 pada hari kedua (Selasa), menyentuh tentang Muafakat Nasional dan keperluan Buy Muslim First (BMF).

PAS Pahang belum berhasrat terima jawatan Exco

KUANTAN: Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Pahang tidak bersedia menerima sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk dilantik sebagai barisan Exco sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Adun Tanjung Lumpur yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, bagaimanapun selepas PRU15 ia bergantung kepada kepentingan pada ketika itu menerusi kerjasama politik yang dijalinkan antara PAS dan Umno.

Thursday, November 14, 2019

800 pelajar di Pahang terima manfaat Program BTS Yayasan PETRONAS

Andan (tiga, kanan) menyerahkan bantuan kepada seorang pelajar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu diberi penghormatan menyempurnakan penyampaian sumbangan dalam Program Back to School (BTS) Yayasan PETRONAS 2019 yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Balok Baru di sini semalam.

Tuesday, November 12, 2019

Ustaz Rosli: Aku budak pondok

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

Remaja dizaman memondok, seiring dengan usia. Perkembangan sosial juga menjadi satu cabaran hebat kepada pelajar pondok. Zaman saya remaja, budaya hedonisme sedang membadai jiwa remaja dizaman itu, sangat kuat rempuhan ombaknya, sehinggakan ada juga pelajar pondok yang terpengaruh dengan suasana itu. Saya juga datang kepondok dengan meragakan pakaian budaya tersebut".

Semuanya dilucutkan dengan ikhlas kerana perasaan inginkan perubahan dan sesuatu yang lebih baik buat diri, "yakinlah semakin kita hampir dengan agama maka semakin kita akan beroleh kebaikan pada diri kita", ini antara nasihat ketika mula daftar masuk Pondok, saya akur dan tidak pernah lagi memakainya sehingga kini.

PRK Tanjung Piai: Pengundi Cina tolak DAP

Oleh: MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI .

 hari penamaan calon di PRK Tanjung Piai, ramai yang berpendapat bahawa PH akan kembali memenangi semula kerusi Parlimen tersebut berdasarkan sentiment PRU14 yang lalu terutamanya gelombang pengundi bukan Melayu secara spesifiknya kaum cina. Dengan PH hanya memiliki kelebihan 524 undi ketika PRU14 yang lalu, senario yang berlaku Tanjung Piai sekarang menampakkan tanda – tanda bahawa PH bakal kalah PRK kali ini.

Monday, November 11, 2019

MPKKP: Satu lagi langkah "U Turn" kerajaan PH

Keputusan mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) oleh kerajaan persekutuan bermula tahun hadapan merupakan satu langkah yang bakal memecah belahkan masyarakat semata-mata hanyalah kerana mahu mendapatkan keuntungan politik.

Friday, November 8, 2019

Pelajar Tahfiz Maut Dipercayai Dibelasah Rakan

Seorang pelajar pusat tahfiz di Kampung Kuala Kuang, Lanchang, Temerloh, Pahang berusia tujuh tahun maut dipercayai dibelasah rakan.

Mangsa Muhammad Aimin Nurul Amin, ditemui dalam keadaan lemah kira-kira jam dua petang semalam di asrama dan dikejarkan ke Klinik Lanchang untuk rawatan.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik  pada jam 2.54 petang semalam.

Asal usul orang Kampar di Pahang

Kampung Tanjung Kerayong, Metakab: Majoriti penghuninya orang Kampar
Di Pahang, fenomena orang Kampar sudah menjadi lazim dan meletakkan kaum tersebut di dalam sejarah negeri ini sendiri. Rupa paras mereka sama seperti anak jati kelahiran Pahang, tetapi apabila bertemu sesama mereka, melalui bahasanya lah baharu diketahui mereka daripada entiti Kampar.

Kehadiran mereka, baik sebelum merdeka mahupun mutakhir, lebih sinonim dengan perniagaan. Samada di pekan sehari, pasar malam atau di ekspo-ekspo, mereka ada. Pasar Malam Mentakab umpamanya, mereka yang menguasai mewakili orang-orang Melayu.

Wednesday, November 6, 2019

Banjir: Adun Panching turun pastikan saluran diselenggara

Tarmizi meninjau saliran yang sedang dibersihkan bagi mengelakkan
daripada mudah melimpah kapsyen
Penghujung tahun sememangnya menimbulkan rasa cemas bagi penduduk-penduduk di sebelah Kuantan, iaitu bimbang dilanda bencana banjir. Bukan sahaja disebabkan hujan lebat, malah fenomena ‘air pasang besar’ dan juga parit yang tidak diselenggara boleh menyumbang kepada paras air naik.

Serentak dengan itu Adun Panching Ustaz Tarmizi Yahya turun padang melihat kerja-kerja penyelengaraan longkang monsun di tali air Kampung Baru Pandan 2 dan Lubuk Puyu kelmarin.   

Kerja-kerja pembersihan parit utama Kampung Baru Pandan 2 hingga Kampung Permatang Badak (Cendering - Kampung Baru Kermatang Badak - Surau Ar Rahman - Masjid Lama Permatang Badak) yang tertangguh sementara, telah dimulakan kembali penyelenggaraannya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (JPS) bermula Isnin lalu.

“InsyaAllah kerja penyelenggaraa longkang akan terus dilaksanakan oleh JPS bagi mengurangkan risiko banjir yang sering berlaku setiap hujung tahun.    

“Tuan Puan yang menghadapi masalah atau aduan serta cadangan, boleh ajukan di ruang laman sesawang atau terus ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Panching

Sebelum ini YB Ustaz Tarmizi meninjau sendiri kerja-kerja pembersihan yang dijalankan pada peringkat awal.

Masalah saliran tersumbat dan tidak diselenggara sehingga menyumbang kepada banjir pernah berlaku pada bah besar tahun 2001 dan 2013 persekitaran laluan Sungai Kuantan.

Tuesday, November 5, 2019

PRK Tanjung Piai: MCA bertanding PAS yang kena serang

Oleh DR MOHD ROSDI ISMAIL 

1. Dari sudut hukum, sesudah terbtnuk Piagam Muafakat Nasional, adopsi Piagam Madinah, orang perlu yakin bahawa pendirian PAS menyokong calon MCA dalam PRK Tanjung Piai tidak bercanggah dengan ayat Alu Imran/28 tersebut, kerana sesudah pemetrian Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO, yang tidak dibangkang oleh MCA dan MIC sebagai komponen BN, PAS sudah berada dalam kedudukan 3D. Sudah ada muafakat resmi berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui dengan UMNO, MCA dan MIC.

Monday, November 4, 2019

Tangki baharu bagi selesai masalah air: YB Andan

Andan (kanan) memberi penjelasan ketika menemukan PAIP dengan penghuni 
Masalah gangguan bekalan air bersih yang berlarutan sejak sekian lama, bakal berakhir dengan pembinaan tangki baharu di Kampung Batu Hitam dan Alor Batu Jabor oleh Pengurusan Air Paip Pahang Berhad (PAIP).

Adun Beserah Andansura Rabu berkata, pihak PAIP telah bersetuju dengan pelan penyelesaian dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Friday, November 1, 2019

PAS Maran kunjung hormat pejabat PAID

Berdiri empat dari kiri, Hasnan, Mujibu Rahman, Nik Ibrahim dan Mohd Sofian
Rombongan PAS Kawasan Maran diketuai oleh Yang Dipertuanya (YDP) Hasenan Harun telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Agama Islam Maran kelmarin.

Ziarah mahabbah ini adalah untuk mengalu-alukan Al Fadhil Tuan Qadhi Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah selaku Pegawai Agama Islam Daerah Maran yang baru bertukar, bertugas mengantikan Al Fadhil Ustaz Rizzal Mohd Ali Nafiah yang berpindah ke Daerah Temerloh.

Mufti Pahang turut rai pengantin di Walimah Perdana Paya Besar

Kehadiran Mufti Pahang Dato' Seri Dr Abdul Rahman Osman meraikan enam pasang pengantin ke program Walimah Perdana anjuran PAS Paya Besar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Adun Panching, turut memeriahkan sambutan.

Program yang julung-julung kalinya itu, diadakan di Arena Terbuka Dato’ Sri Abdul Manan, Jalan Permatang Badak Baru 2, Kuantan, pada Sabtu.

Tuesday, October 29, 2019

PAS Pahang sokong cadangan PM buka kedutaan Palestin di Jordan

PAS Pahang menyokong cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Malaysia yang akan membuka kedutaan untuk Palestin di Jordan.

Pesuruhjayanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar dalam satu kenyataan media, bahawa dunia telah menyaksikan ketidakadilan yang menimpa rakyat Palestin sejak sekian lama sehingga menanggung sengsara kesan daripada kekejaman rejim Israel.

“Ketiadakadilan keatas rakyat Palestin juga dilihat apabila bukan sahaja negara mereka diserang malahan tanah mereka dirampas dengan sewenang-wenangnya dan lebih sukar lagi apabila negara-negara kuasa besar dunia memberikan bantuan kepada Israel agar rakyat Palestin tidak dapat menuntut kembali hak mereka.

Thursday, October 24, 2019

Penduduk Perumahan Sejahtera perlu pembelaan

Ustaz Mujib (tiga, kiri) meninjau kawasan perumahan yang terbiar

Projek Rumah Sejahtera atau Rumah 20 di Kampung Teluk Melati Chenor, Maran dahulunya begitu gah dan dibanggakan sebagai  projek perintis Program Sejahtera yang bermatlamat membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar.

Wednesday, October 23, 2019

Bajet 2020 tidak mesra tanpa perumahan rakyat, pembangunan belia



PAS Pahang berpendapat secara keseluruhannya Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini tidak membuatkan rakyat rasa teruja atau boleh menaruh satu harapan besar.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata, ini kerana ianya hampir sama dengan bajet yang dibentangkan oleh kerajaan yang sama pada tahun lepas, malah perkara yang benar-benar mendesak dan dinanti-natikan rakyat pula tidak disentuh.

Monday, October 21, 2019

Tok Kenali : Perkembangan ilmu, penulisannya

Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama, telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku Paloh Terengganu dan Haji Sulong al-Fathani). Ada orang berpendapat bahawa Tok Kenali tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorak demikian.

Friday, October 18, 2019

Hasrat penduduk Jengka tukar atap termakbul

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Demikian jika ada sekelumit rasa prihatin, dengan izin Allah, yang kesempitan dan memerlukan akan tercapai jua hajatnya.

Inilah usaha yang digerakkan oleh Pusat Khidmat Adun Jengka, PAS Cawangan Bandar Pusat, Masjid Lama serta para dermawan.

Pahang diramal banjir Disember ini

Gambar hiasan 
Kelantan, Terengganu dan utara Semenanjung dijangka dilanda banjir bulan depan, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumber dari Putrajaya menyebut, Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor diramalkan mengalami banjir pada Disember manakala Johor, Pahang dan barat Sarawak pada Januari 2020 serta barat Sarawak Februari 2020.

Thursday, October 17, 2019

ADUN PAS enggan kawasannya jadi "Pasir Gudang ke-2'

Foto daripada akhbar Sinar 
Bertindak daripada aduan orang ramai, akhirnya tapak pelupusan sampah haram seluas 0.5 hektar dikesan di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan sini semalam selepas penduduk terhidu bau busuk dan ternampak asap dari kawasan terbabit sejak seminggu lalu.

Bajet 2020 dari kaca mata NGO

Oleh AZDY MOHD ARSHAD

Belanjawan kali ini menjurus kepada belanjawan DAP, untuk bangsa DAP, bukan belanjawan kerajaan untuk rakyat Malaysia.

Peruntukan besar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) dan Sekolah Persendirian Cina adalah sangat tidak wajar.

Ianya tidak adil dan saksama serta membuktikan bahawa menteri-menteri Melayu PH gagal membawa suara orang Melayu dan mempertahankan hak orang Melayu.

Begitu juga dengan peruntukkan RM100 juta skim mikro kredit khas untuk kaum Cina. Ianya belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Lihatlah bagaimana DAP memperuntukkan RM85juta untuk majukan kampung kampung baru yang didiami semua kaum mereka yang jumlahnya hampir 400 buah, sedangkan kampung Melayu tradisional yang hampir 2000 buah kampung, ada yang tersangat daif dan miskin tiada peruntukan.

Kalah tauke-tauke besar dimonopoli kaum Cina dibantu kerajaan, perniagaan kecil dan sederhana kaum Cina pun diberikan pelbagai bantuan, apa akan jadi pada nasib peniaga Melayu?

Peruntukan belanjawan ini adalah sangat melampau dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ternyata agenda DAP dalam membela nasib kaum Cina dan menindas orang Melayu begitu jelas diperlihatkan di dalam Bajet 2020.

Jangan sesekali kita tertipu dengan angka RM1.3 billion peruntukan untuk agama Islam atau kenaikan RM100 elaun guru KAFA atau peruntukan RM10 juta untuk Mujahid belanja bagi membuat program “Rahmat Lil Alamin”.

Kesemua ini akan dimomokkan oleh Lim Guan Eng kononnya Islam dan Melayu turut dibela namun relitinya ini semua hanyalah sandiwara dan “carmouflage” semata-mata.

Peruntukan RM138 juta untuk pembangunan belia negara adalah satu lagi perkara gila apabila ianya bakal disalurkan kepada Kelab Pemuda Belia (YPC) iaitu kelab setahun jagung ciptaan YB Menteri Belia & Sukan yang dianggotai oleh Pemuda ARMADA PPBM.

YPC langsung tidak mempunyai “track record” dalam menguruskan belia, malah kepimpinan, keahlian dan aktiviti YPC juga tidak siapa yang tahu.

Sewajarnya kerajaan menyalurkan kepada badan rasmi belia dan orang muda ialah Majlis Belia Malaysia yang dianggitai lebih dari 40 badan-badan gabungan belia dengan ribuan cawangan seluruh Malaysia sebagaimana yang sudah termaktub dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Sekali lagi Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan kerajaan PH hari ini menggunakan kuasa mereka bagi mengkayakan bangsa Cina dan kroni-kroni mereka.

Mereka lebih mengutamakan agenda politik daripada agenda memperkasa ekonomi negara, membela nasib rakyat dan memastikan kestabilan dan keharmonian negara terus diperlihara.

Penulis adalah
Ketua Penerangan GPMS Pulau Pinang.

Tuesday, October 15, 2019

Suspek tangkapan LTTE bukan ahli DHPP

Suspek penyokong LTTE yang ditahan polis dan dikaitkan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sebenarnya telahpun keluar daripada entiti tersebut.

Demikian respon Ketua DHPP N. Balasubramaniam kepada media.

Monday, October 14, 2019

Perang Saudara 25 tahun Sri Lanka vs LTTE – Apa yang anda patut tahu..!

1. LTTE adalah sebuah organisasi bersenjata yg teratur, hasil dari pendapatan sebanyak kira-kira USD 200 juta setahun - dari sumbangan expatriat Tamil di luar negara, peras-ugut, penjualan senjata dan percukaian yg dikenakan keatas penduduk dikawasan yg mereka kuasai.

2. Pada kemuncak kekuatan LTTE ini, pada tahun 2000, mereka menguasai kawasan seluas 15,000 km persegi di utara dan timur Sri Lanka (76 % dari kawasan tersebut). Keganasan yang dilakukan oleh LTTE adalah melakukan sabotaj berprofail tinggi seperti menyerang pangkalan tentera, lapangan terbang antarabangsa, pembunuhan ahli-ahli politik di Sri Lanka dan India. Dua tokoh utama yg mereka bunuh adalah bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada 1991, dan Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadesa pada 2009.

Friday, October 11, 2019

Kurang Ajar! Ramasamy jangan Samakan Perjuangan Palestin dengan Kebangsatan LTTE!

NAZMAN CHE IBRAHIM 

Telah acap kali kelihatan pemimpin DAP ini secara individu malahan beberapa jam lepas, dalam satu kenyataan bersama 16 pemimpin DAP dan PKR, mereka menyifatkan penangkapan kelmarin adalah "di luar pemahaman" mereka. Apa yang kamu tidak faham sebenarnya?

Malahan lebih bodoh apabila 16 orang ini memberi contoh “orang Muslim di Malaysia yang simpati terhadap rakyat Palestin dan Rohingya” serta banyak hujah lain daripada kumpulan penyokong mereka sebelum daripada ini yang menyamakan perjuangan LTTE dengan perjuangan rakyat Palestin!


Thursday, October 10, 2019

Pengganas LTTE : Siasat Parti DAP

Oleh KAMARUZAMAN MOHAMAD

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius isu penangkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran dan G Saminathan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang ditahan pagi tadi.

Mereka telah ditahan oleh Polis Anti Pengganas dari Bukit Aman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

PJ PAS Pahang ziarah Gopi

Gopi menerima cenderahati daripada rombongan PAS Pahang
Keputusan bekas pemain sayap pasukan bolasepak  Pahang R.Gopinathan, 30, memeluk agama Islam setelah melafazkan kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam semalam, mengejutkan banyak pihak.

Serentak dengan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar serta timbalannya Andansura Rabu segera berkunjung menziarahi bintang bolasepak itu yang kini dikenali Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra di rumah neneknya di Rancangan Rumah Murah (RRM) Tanah Putih, Kuantan hari ini.

Pantai timur, Johor dijangka alami hujan lebat bermula November

KUALA LUMPUR - Tiga negeri di pantai timur dan Johor dijangka mengalami empat hingga enam episod hujan lebat bermula awal November hingga Januari depan berikutan kedatangan musim Monsun Timur Laut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, ketika monsun berlaku negeri berkenaan dijangka menerima peningkatan jumlah hujan sehingga 40 peratus.

Wednesday, October 9, 2019

PAS Temerloh ziarah umah hangus di Felda Lakum


Kemalangan bukan dipinta, namun kita sebagai hamba takdir tidak mampu dielakkan.

Demikian insiden kebakaran telah berlaku pada hari Ahad kira-kira jam tiga petang di mana telah membakar rentung sebuah rumah di Felda Lakum, Lanchang, Pahang.

Pegawai MUIP meninggal kemalangan

Dari Allah kita datang kepadaNYA jualah kita kembali.

Selamatkan Pahang mengucapkan salam takziah kepada pegawai Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Chenor, Ustaz Fauzan Baharudin yang meninggal dunia akibat kemalangan, di Simpang Sungai Ling, Maran kira-kira jam 2 petang tadi.

Allahyarham, 34, dikatakan dalam perjalanan untuk bermesyuarat di pejabat MUIP Maran, dari Chenor dengan bermotosikal jenis Scrambler.

Maklumat awal mengatakan jenazah Allahyarham akan dikebumi di kampung asalnya di  Temai Hilir, Pekan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua cahaya mata, yang masih berumur 8 bulan.

Doa kami semoga roh beliau mendapat keampunan Allah dan ditempatkan di kalangan para Solihin, Aamiin.

“Barua” ke “maruah”?



Satu video yang tular kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang baru mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, sambil berkata: “Lepas kongres .... (Kongres Maruah Melayu)... ni dia semangat lain macam”, sambil ketawa.