Wednesday, November 6, 2019

Banjir: Adun Panching turun pastikan saluran diselenggara

Tarmizi meninjau saliran yang sedang dibersihkan bagi mengelakkan
daripada mudah melimpah kapsyen
Penghujung tahun sememangnya menimbulkan rasa cemas bagi penduduk-penduduk di sebelah Kuantan, iaitu bimbang dilanda bencana banjir. Bukan sahaja disebabkan hujan lebat, malah fenomena ‘air pasang besar’ dan juga parit yang tidak diselenggara boleh menyumbang kepada paras air naik.

Serentak dengan itu Adun Panching Ustaz Tarmizi Yahya turun padang melihat kerja-kerja penyelengaraan longkang monsun di tali air Kampung Baru Pandan 2 dan Lubuk Puyu kelmarin.   

Kerja-kerja pembersihan parit utama Kampung Baru Pandan 2 hingga Kampung Permatang Badak (Cendering - Kampung Baru Kermatang Badak - Surau Ar Rahman - Masjid Lama Permatang Badak) yang tertangguh sementara, telah dimulakan kembali penyelenggaraannya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (JPS) bermula Isnin lalu.

“InsyaAllah kerja penyelenggaraa longkang akan terus dilaksanakan oleh JPS bagi mengurangkan risiko banjir yang sering berlaku setiap hujung tahun.    

“Tuan Puan yang menghadapi masalah atau aduan serta cadangan, boleh ajukan di ruang laman sesawang atau terus ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Panching

Sebelum ini YB Ustaz Tarmizi meninjau sendiri kerja-kerja pembersihan yang dijalankan pada peringkat awal.

Masalah saliran tersumbat dan tidak diselenggara sehingga menyumbang kepada banjir pernah berlaku pada bah besar tahun 2001 dan 2013 persekitaran laluan Sungai Kuantan.

No comments:

Post a Comment