Monday, May 30, 2022

TAN SRI P RAMLEE DALAM KENANGAN



29 Mei 1973 – Seniman Agung Tan Sri Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh (dikenali sebagai P. Ramlee) telah kembali ke Rahmatullah pada Selasa jam 5.30 pagi akibat serangan jantung pada usia 44 tahun. 

 Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Allahyarham dilahirkan pada 22 Mac 1929 bersamaan 1 Syawal 1347H di Pulau Pinang dan anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim dan Che Mah binti Hussein. 
 Ibu Che Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan "Ramlee" kerana kesukaran memanggil nama "Teuku Zakaria".

Allahyarham mula menceburkan diri dalam dunia perfileman pada tahun 1948.

 Allahyarham terkenal sebagai penyanyi, penggubah lagu, penulis skrip, pelakon dan juga pengarah filem. Semasa hayatnya Allahyarham telah berlakon dalam lebih 200 filem, mengarah lebih 40 buah filem dan telah menggubah lebih 1,000 lagu yang menjadi kesukaan ramai.
Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. AL-FATIHAH

#myarkibnegara
#MyMOTAC

Sunday, May 29, 2022

KE BAWAH DULI TUANKU YDPA BERKENAN BERANGKAT KE KAMPUNG KAMI


Dalam lawatan ke kampung Teluk Ira, baginda Sultan Abdullah berkenan menyerahkan anak kunci kepada seorang penerima rumah bantuan banjir sumbangan yayasan baginda.

Turut menerima bantuan wang tunai ialah golongan asnaf penerima bantuan MUIP.

Orang ramai yang ditemui terutama kanak-kanak, turut menerima sumbangan wang tunai.

Yang menariknya, baginda masih berpuasa 6 Syawal pada hari tersebut.

Selepas itu, baginda bergegas terbang ke Abu Dhabi.





SACHA INCHI BAHAN RAWATAN ALTERNATIF YANG MULA DIKENALI



Meskipun baru dikenali, namun herba dari hutan Amazon Sacha inchi kini menjadi sebutan dan dicari ramai. Ini disebakan banyaknya petunjuk kejayaan daripada testimoni.

Malah syarikat-syarikat berasaskan kesihatan berlumba-lumba memilih tumbuhan 'super foods' ini sebagai produk asas jualan mereka.

Tumbuhan 'kekacang' ini dengan nama saintifiknya Plukenetia volubilis, berasal dari Peru, Amerika Selatan dan Caribbean. 

Kajian menunjukkan herba ini telah digunakan sebagai sumber perubatan dan kesihatan oleh masyarakat Inca (kaum Asli) di Peru sejak 3,000 tahun dahulu.

Kenapa produk dari Sacha inchi ini meletup?

Apabila dilihat kepada statistik dan penyakit rakyat Malaysia,  memaparkan kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, gout serta sakit sendi ternyata amat membimbangkan.

Begitu juga permasalahan ketumpulan daya ingatan, mudah lupa, penglihatan kabur, masalah berat badan berlebihan dan masalah penuaan bukan pada usia sebenar.

Ironisnya ada kalangan penghidap penyakit-penyakit ini sejak yang berumur 35 tahun lagi!
 
Kajian mendapati, masalah-masalah disebutkan di atas merupakan simptom kepada dalam tubuh seseorang yang kekurangan asid lemak Omega 3, 6, dan 9 yang ketara.  Antara lain disebabkan tabiat pemakanan dan cara hidup.

Sedangkan minyak dari biji Sacha inchi dikatakan yang terbaik di dunia dengan memiliki Omega 3, 6, dan 9 malah 17 kali ganda lebih baik daripada minyak ikan.

Minyak ekstrak Sacha inchi diperolehi daripada bijinya melalui perahan atau kisar.  Daunnya pula dikeringkan dan digunakan untuk membuat teh.

Salah seorang pengeluar produk minyak Sacha inci, Dr Noordin Darus berkata, dalam satu ujian terhadap lemak pekat, apabila dituangkan minyak Sacha inchi, lemak itu mencair!

Ini bermakna, mengamalkan minyak Sacha inchi berupaya mengeluarkan kerak-kerak lemak yang tersumbat dalam saluran darah.

Justeru antara manfaatnya ialah mengurangi risiko penyakit jantung, menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) serta meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

Kandungan Sacha inci juga terbaik untuk memelihara kesihatan jantung, mengurangkan risiko kardiovaskular dan strok.

Meningkatkan kesihatan sistem imun tubuh, pertumbuhan sel rambut dan kulit, menjaga kesihatan tulang dan sendi, bersifat antipenuaan serta melancarkan metabolisme tubuh.

Selain itu menjaga kesihatan dan fungsi otak sekali gus mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Berita gembira penderita lemah tenaga batin, mengamalkannya berupaya merangsang libido. 

Antioksidan padanya pula membenteng risiko kanser, memelihara kesihatan mata,
meningkatkan tenaga serta mengekalkan mood gembira.

Kebanyakan produk Sacha inchi kini boleh didapati dalam bentuk minyak, kopi, teh dan kapsul. Malah yang terbaharu, dikatakan sudah diproses menjadi produk pemakanan seperti snek kacang dan biskut.

Di negara ini, biarpun pelbagai produk berkaitan Sacha inchi sudah boleh diperoleh di farmasi, namun tidak ramai yang cuba menanamnya sedangkan cukup mudah untuk dijaga.

Bagi yang  berminat untuk menanam bagi manfaat sendiri, nuseri kami turut membekalkan anak Sacha Inchi dalam polibeg.

Pokok ini nanti apabila keluar sulurnya boleh dibiarkan menjalar di atas para atau pagar.

Daun Sacha inchi boleh dikering dan dijadikan teh.

Tumbuhan herba ini boleh hidup sehingga 15 tahun dan sangat sesuai untuk dijadikan tanaman sampingan oleh pekebun ketika mula menanam getah atau kelapa sawit.

Saturday, May 28, 2022

Ketum ayam pemakanan alternatif untuk ternakan


Rata-rata sana sini orang bercerita tentang harga makanan ternakan yang naik melambung.

Ini menyebabkan penternak begitu

terkesan kerana kos untuk makanan sahaja dikatakan boleh mencecah sehingga 70 peratus daripada keuntungan dan ini sekali gus  menjejaskan pendapatan mereka.

Tidak mustahil, inilah salah satu sebab harga pasaran ternakan yang merupakan lauk harian kita terus mencanak.

Jadi, penternak memang memerlukan sumber makanan ternakan alternatif bagi membantu mengurangkan  bergantung kepada makanan yang bahannya diimport.

Antara alternatifnya ialah sejenis tumbuhan yang dipanggil ketum ayam. Ia berbeza dengan ketum yang biasa daunnya dibuat rebusan itu.

Ketum ayam atau nama saintifiknya Trichanthera gigantea, turut dikenali dengan 'mandre de agua'. Iaitu sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan.

Menurut kajian santifik, ketum ayam memiliki protin yang tinggi justeru berupaya membesarkan ternakan dengan pantas secara semula jadi.

Bagi penternak pula, tumbuhan ini didapati mampu menjimatkan kos sehingga 40 peratus daripada bergantung terus kepada makanan seperti dedak atau palet

Tidak kira sama ada ternakan ayam, itik, kambing, lembu dan sebagainya semua boleh diberi makan ketum ayam. Sesetengah penternak mencampurkannya dengan napier.

Istimewanya, haiwan ternakan tidak mengalami kesan sampingan seperti kembung perut atau sebagainya. Malah ternakan bertambah sihat dan kualiti daging hampir menyamai kualiti organik.

Untuk penternak yang ingin menanamnya pula, ia amat mudah kerana hanya disemai melalui keratan batang. 

Untuk lebih lekas hidup  biasanya menggunakan serbuk penggalak akar.

Jika cukup siraman air serta taburan baja, daun ketum ayam sudah sedia dituai seawal usia tiga bulan.

Ramai yang berpendapat, tanaman ketum ayam boleh diusahakan secara komersial. Dan untuk sisi ini, diharapkan pihak agensi berkaitan (Jabatan pertanian, haiwan, pengusaha nurseri dan pelabur) boleh mengkajinya secara serius.

Satu masalah lagi, ketum ayam ini hanya dapat dijadikan makanan  ialah ketika daunnya segar, jadi diharap penyelidik dan saintis juga akhirnya dapat memproses daun ketum ayam ke dalam bentuk palet.

Selain dapat mengekalkan nutrisinya iaitu sumber protein terbaik untuk haiwan, ia juga diharap dapat dikomersialkan dan menjadi penyelesaian kepada masalah penternak yang selama ini terpaksa menanggung bebanan harga palet yang sedia menjulang tinggi.

Tuesday, May 3, 2022

TEMERLOH DIJANGKA HUJAN LEBAT, RIBUT PETIR PETANG INI.



Daerah Temerloh di Pahang dijangka dilanda ribut PETIR disertai hujan lebat bermula petang ini (Isnin).

Demikian amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang terbaharu.

Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Pahang ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong,  Maran, Bera, Pekan dan Rompin).

Di Selangor pula melibatkan Gombak dan Hulu Langat, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka turut melibatkan   negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan (Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun).

Sementara itu, di Sarawak pula melibatkan Kuching, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu dan Kapit (Song) manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Amaran dikeluarkan pada 2.40 petang itu dijangka berlaku sehingga jam 6 petang pada Isnin.

Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Monday, May 2, 2022

SELAMAT HARI RAYA 'EIDULFITRI 1443 H



God is with us and with you
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
All the elders and all the people
From the kings and the kings

In conjunction with this glorious Syawal, I put together ten fingers to ask for forgiveness and apologize if I made a mistake, mispronounced, unintentional behavior throughout the relationship, or in the past. 


From: Admin 

Saturday, April 30, 2022

Tengku Ahmad Rithauddeen meninggal dunia di usia 94



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta di sini pada jam 8.43 malam ini, akibat sakit tua.

Allahyarham berusia 94 tahun.

Anak veteran UMNO itu, Tengku Farith berkata bapanya yang mesra disapa Ku Deen mengalami strok dua minggu lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan discaj.

"Tetapi pagi ini Allahyarham mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.

Tengku Farith berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Wilayah Jalan Duta 8.30 pagi ini (30 April), untuk dimandikan dan solat jenazah di masjid itu.

Bagaimanapun, katanya lokasi pengebumian masih belum diputuskan sama ada di Masjid Negara atau Bukit Kiara.

Selain berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 1987 hingga 1990, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Menteri Fungsi Khas untuk membantu Tun Abdul Razak di Kementerian Luar Negara (1973) sebelum menjadi Menteri Penerangan dan Fungsi Khas (1974).

Allahyarham kemudian menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negara (1975), Menteri Perdagangan dan Industri (1981) sebelum dilantik semula sebagai Menteri Luar Negara (1984) dan Menteri Penerangan (1986).

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan pada 1970 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1972.

Dalam arena politik, Allahyarham merupakan bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO pada 2001 dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1987).

Bekas Pengerusi UMNO Kelantan itu juga merupakan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang pada 1973 selain bekas Presiden Majlis Pengelola Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMA).

Jasanya dalam bidang pendidikan pula ialah sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1992 selain sempat mencurah bakti dalam bidang sukan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 1988.

-- BERNAMA

Friday, April 29, 2022

SACHA INCHI: DARI HUTAN AMAZON KINI PILIHAN JADI PILIHAN RAMAI

SACHA INCHI: DARI HUTAN AMAZON KINI JADI PILIHAN RAMAI

Meskipun baru dikenali, namun herba dari hutan Amazon Sacha inchi kini menjadi sebutan dan dicari ramai. 

Malah syarikat-syarikat berasaskan kesihatan berlumba-lumba memilih tumbuhan 'super foods' ini sebagai produk jualan mereka.

Tumbuhan 'kekacang' ini dengan nama saintifiknya Plukenetia volubilis, berasal dari Peru, Amerika Selatan dan Caribbean. 

Kajian menunjukkan herba ini telah digunakan sebagai sumber perubatan dan kesihatan oleh masyarakat Inca (kaum Asli) di Peru sejak 3,000 tahun dahulu.

Kenapa produk dari Sacha inchi ini meletup?

Apabila dilihat kepada statistik dan penyakit rakyat Malaysia,  memaparkan kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, gout serta sakit sendi ternyata amat membimbangkan.

Begitu juga permasalahan ketumpulan daya ingatan, mudah lupa, penglihatan kabur, masalah berat badan berlebihan dan masalah penuaan bukan pada usia sebenar.

Ironisnya ada kalangan penghidap penyakit-penyakit ini sejak yang berumur 35 tahun lagi!
 
Kajian mendapati, masalah-masalah disebutkan di atas merupakan simptom kepada dalam tubuh seseorang yang kekurangan asid lemak Omega 3, 6, dan 9 yang ketara.  Antara lain disebabkan tabiat pemakanan dan cara hidup.

Sedangkan minyak dari biji Sacha inchi dikatakan yang terbaik di dunia dengan memiliki Omega 3, 6, dan 9 malah 17 kali ganda lebih baik daripada minyak ikan.

Minyak ekstrak Sacha inchi diperolehi daripada bijinya melalui perahan atau kisar.  Daunnya pula dikeringkan dan digunakan untuk membuat teh.

Salah seorang pengeluar produk minyak Sacha inci, Dr Noordin Darus berkata, dalam satu ujian terhadap lemak pekat, apabila dituangkan minyak Sacha inchi, lemak itu mencair!

Ini bermakna, mengamalkan minyak Sacha inchi berupaya mengeluarkan kerak-kerak lemak yang tersumbat dalam saluran darah.

Justeru antara manfaatnya ialah mengurangi risiko penyakit jantung, menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) serta meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

Kandungan Sacha inci juga terbaik untuk memelihara kesihatan jantung, mengurangkan risiko kardiovaskular dan strok.

Meningkatkan kesihatan sistem imun tubuh, pertumbuhan sel rambut dan kulit, menjaga kesihatan tulang dan sendi, bersifat antipenuaan serta melancarkan metabolisme tubuh.

Selain itu menjaga kesihatan dan fungsi otak sekali gus mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Berita gembira penderita lemah tenaga batin, mengamalkannya berupaya merangsang libido. 

Antioksidan padanya pula membenteng risiko kanser, memelihara kesihatan mata,
meningkatkan tenaga serta mengekalkan mood gembira.

Kebanyakan produk Sacha inchi kini boleh didapati dalam bentuk minyak, kopi, teh dan kapsul. Malah yang terbaharu, dikatakan sudah diproses menjadi produk pemakanan seperti snek kacang dan biskut.

Di negara ini, biarpun pelbagai produk berkaitan Sacha inchi sudah boleh diperoleh di farmasi, namun tidak ramai yang cuba menanamnya sedangkan cukup mudah untuk dijaga.

Bagi yang  berminat untuk menanam untuk manfaat sendiri, nuseri kami turut membekalkan anak Sacha Inchi dalam polibeg.

Pokok ini nanti apabila keluar sulurnya boleh dibiarkan menjalar di atas para atau pagar.

Daun Sacha inchi boleh dikering dan dijadikan teh.

Tumbuhan herba m ini boleh hidup sehingga 15 tahun dan sangat sesuai untuk dijadikan tanaman sampingan oleh pekebun ketika mula menanam getah atau kelapa sawit.

Thursday, April 28, 2022

Kebakaran melibatkan korban di Kuantan 26 Ramadan




Hari-hari terakhir menjelang sambutan Eidulfitri, satu kebakaran besar pada awal dinihari Khamis,  berlaku di Desa Mesra, Permatang Badak.

Menurut saksi, terdengar letupan kuat yang melibatkan sekurang-kurangnya dua  buah rumah berdekatan sehingga terbakar rentung.

Difahamkan,  seorang kanak-kanak menjadi mangsa yang  terkorban dan seorang lagi cedera parah melibatkan keluarga seorang peniaga.

Sumber awal menyebut, tragedi berkemungkinan akibat letupan mercun.

Bagaimanapun, Pegawai Bomba Dan Penyelamat Kuantan dalam kenyataannya menyebut, siasatan masih lagi sedang dijalankan.



Kenyataan rasmi akan diumum pihak berkuasa.