Wednesday, January 30, 2019

Perarakan khas sempena keberangkatan Yang Di-Pertuan Agong XVI

Sempena istiadat memuliakan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Xvi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ke Istana Negara, Kuala Lumpur, satu perarakan akan diadakan esok (Khamis) 31 Januari.

BN + PAS 126 kerusi!

Kemenangan pembangkang BN-PAS mengalahkan calon kerajaan PH dalam PRK Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini menyingkap dan memberi inspirasi bahawa kerajaan yang ada tidak sekukuh mana.

Dalam erti kata lain, jika kerjasama BN dan PAS dapat diteruskan, tidak mustahil kedudukan kerajaan PH pada PRU ke-15 adalah goyah.

Isu tawaran perumahan melebihi permintaan perlu penyesuaian pasaran

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan Dasar Perumahan Negara (DPN) dapat menyelesaikan banyak isu perumahan yang tertangguh sekian lama.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menekankan, termasuk permasalahan tersebut ialah isu lambakan penawaran (overhang properties), lonjakan harga, ketidakpadanan pasaran dan kesulitan mendapatkan pembiayaan.

Tuesday, January 29, 2019

Pemasyhuran Tengku Ampuan, Tengku Mahkota Pahang disempurna

PEKAN 29 Jan. - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini berkenan menerima menghadap Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam Istiadat Menjunjung Duli bersempena pemasyhuran gelaran dan angkat sumpah putera sulung baginda itu sebagai Waris Ganti Kesultanan Melayu Pahang dengan gelaran Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Monday, January 28, 2019

Analisis keputusan PRK Cameron Highlands menurut IDE

Pilihan Raya Kecil (PRK) P.078 Cameron Highlands yang berakhir semalam telah menunjukkan hasil di mana Pakatan Harapan (PH) kalah kepada calon Barisan Nasional dengan majoriti besar.

Peratusan turun mengundi pada PRK ke-6 sejak PRU 15 itu menyaksikan peratusan turun mengundi adalah 68.79% iaitu seramai 22,019 pengundi. Berbanding jumlah layak mengundi dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK ini adalah seramai 32,008 pengundi yang terbahagi antara DUN Tanah Rata dan DUN Jelai. 9,989 pengundi, 31.2% tidak mengundi.

Pemuda PAS tegas enggan mohon maaf dari DAP

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Halim bertegas tidak tarik balik kenyataan walaupun diberikan terdapat notis tuntutan yang dikeluarkan oleh pihak pemimpin DAP Teresa Kok dengan jumlah RM30 juta serta permohonan maaf.

Dalam kenyataan rasminya, malah, beliau bersedia untuk berhadapan dengan Menteri Industri Utama itu  di Mahkamah.

Cikgu Khalid adik Pak Sako meninggal dunia

Cikgu Khalid (kiri) ketika diziarahi Md Jusoh Darus satu ketika dulu
Pesara guru Khalid Hj Muhamad, 80-an, yang juga adik kepada pejuang / sasterawan tanah air Ishak Hj Muhamad (Pak Sako), kembali ke rahmatullah lewat petang semalam.

Beliau dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur setelah dikatakan dimasukkan kira-kira dua minggu yang lalu.

Thursday, January 24, 2019

PAS kena buat anjakan sedikit pada strategi dan penerangan

Oleh: DR TANAKA MUSTAFA 

PAS dan BN setakat ini masih cuba bermain sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan. Seperti yang saya katakan sebelum-sebelum ini, dua elemen ini tidak akan banyak mempengaruhi rakyat marhaen. Ia mungkin berkesan kepada ahli parti dan penyokong tegar sahaja.

Manakala rakyat marhaen lebih mudah dimanipulasi pada faktor ekonomi dan keewangan. BN dahulu menguasai politik negara dengan 'kebijaksanaan' mereka memanipulasi ekonomi dan periuk nasi rakyat, disamping bersulamkan sentimen perkauman.

Sultan Pahang dipilih Agong ke-16

Sultan Pahang,  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.

Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Wednesday, January 23, 2019

Pemandu dah beritahu tapi timbalan menteri berdegil, ambil kunci kenderaan

Kes panas seorang timbalan menteri DAP yang didakwa bertindak samseng dengan ‘menyerang’ petugas BN pada kempen PRK Cameron Highlands,  menerima berita dan perkembangan baharu.

Kini ditularkan pula surat laporan polis oleh pemandu kenderaan Jabatan Hutan Raub memaklumkan bahawa beliau (pemandu berkenaan) sudahpun memberitahu timbalan menteri berkenaan Tengku Zulpuri Shah bahawa kenderaan Jabatan Hutan Raub tidak boleh digunakan untuk tujuan kempen.

Tuesday, January 22, 2019

PH gagal: Isma saran Tun bentuk pakatan politik baharu

Sebuah NGO Islam menyarankan agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed agar menjalinkan kerjasama politik baharu bagi menggantikan Pakatan Harapan (PH) yang kini didakwa didominasi DAP.

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dalam kenyataannya mendakwa, pemerintahan mengecewakan kerajaan PH yang didominasi parti tamak haloba, DAP sedang membawa Malaysia menjurus ke arah sebuah negara rasis.

Gadai maruah demi kedudukan

Oleh ROSLAN SMS

Naik atas pentas DAP di Cameron Highlands Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Malaysia Nik Omar dari PAN semalam mendakwa tidak salah rakyat mengundi calon bukan Islam jika calon berkenaan sokong kerajaan yang membawa Islam.

Masalahnya calon yang dikempen Nik Omar adalah M.Manogaran dari DAP yang menentang calon BN Ramli Mohd Noor.

Monday, January 21, 2019

Tuan Guru Presiden PAS lawat Tuan Guru Mohd Baqi

 
TG Presiden disambut TG Mohd Baqi
Hari Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) meluangkan masa menziarahi mantan Penasihat PAS Pahang Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman, di kediaman beliau di Kampung Lanting Chenor, Maran.

Dalam kesibukan TGHH sebagai presiden parti juga Ahli Parlimen Marang, sempat juga beliau meluangkan masa untuk menziarahi sahabatnya dalam perjuangan. Begitulah hebatnya ukhuwah pimpinan yang sepatutnya menjadi contoh kepada kita.

Lagak samseng timbalan menteri DAP

Gelagat seorang menteri dari DAP yang berlagak seperti samseng kerana gagal mengawal kemarahan, menjadi satu lagi adegan menarik dalam kempen PRK P.078 Cameron Highlands yang sedang berlangsung.

Dalam rakaman video yang ditularkan, jelas kelihatan  Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, yang juga Ahli Parlimen Raub, mengeluarkan kata-kata bersifat provokasi seperta “kurang ajar” beberapa kali kerana gagal mengawal emosi.

Sunday, January 20, 2019

Kenderaan milik kerajaan diguna PH berkempen ditarik balik

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak mengarahkan kereta-kereta jabatan kerajaan negeri ini yang digunakan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam kempen PRK Cameron Highlands yang sedang berlangsung sekarang, ditarik serta merta.

Beliau mengeluarkan kenyataan demikian selepas katanya, dihubungi bertalu-talu oleh pelbagai pihak yang tidak senang dengan gelagat pemimpin-pemimpin kerajaan pusat dengan sewenang-wenangnya menggunakan aset kerajaan terutama menteri-menteri dan timbalannya.

Saturday, January 19, 2019

Hakim, Peguam Negara menari dipertikai

*Di Mana Letaknya Integriti Wahai Pengamal Perundangan.?*

Oleh SYED AHMAD FADHLI

Wah, begitu rancak dan lagi riang gembira nampaknya para pengamal perundangan menari di atas pentas bersempena Majlis Opening Legal Year 2019 Gala Dinner malam tadi.
Meraikan tahun baru begitu ye.?

Selama ini kita sering mendengar laungan pentingnya integriti, keadilan sistem perundangan dan kebebasan institusi kehakiman.
Namun, apa yang terzahir nyata ialah rakyat dapat melihat begitu mesra Hakim dan Peguam berjoget di atas pentas.

Antara yang kelihatan rancak menari bersama ialah;
1) Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara: Tan Sri Richard Malanjum
2) Peguam Negara: Tommy Thomas
3) Menteri Undang-Undang : Datuk Liew Vui Keong
4) Peguam Pro PH: Dato' Ambiga Sreenevasan  
5) Peguam Muslim Liberal: Siti Kassim

Persoalan penting yang amat wajar kita tanya dalam diri adakah kepada mereka ini kita mampu harapkan untuk mempertahankan dan membela hak ummat Islam sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.?

Tidakkah kita berasa sangsi dan hanya sekadar mampu bermimpi di siang hari untuk melihat keadilan ditegakkan tatkala Siti Kasim begitu galak bermesra di atas pentas bersama Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara.?
Menteri Undang-Undang PH pun rancak menari juga.
Macam kebetulan pula kan Peguam Orang Asli, si Siti Kasim rancak menari bersama Peguam Negara yang menyaman Kerajaan Kelantan atas isu orang Asli.

Bencana besar sedang melanda negara kita sekarang ketika mana kuasa umat Islam kian melemah dan terhakis hari demi hari pada era Malaysia Baru versi PH ini.

Friday, January 18, 2019

Bagaimana Sultan Pahang santuni ulamak

Sultan Abdullah menolak kerusi roda Datuk Mutalib
Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad merakamkan saat-saat bagaimana Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Abdullah yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang, menyantuni seorang ulamak.

Peristiwa tersebut dirakamkan di Masjid Daerah Pekan dalam majlis bersama rakyat sehari selepas permasyhuran baginda.

Thursday, January 17, 2019

PRK CH: PH pecah undi Melayu melalui calon bebas?

Rata-rata penduduk sekitar Felda Sungai Koyan dan Lipis mengsyaki calon bebas yang bertanding dalam PRK P.078 Cameron Highlands merupakan orang Pakatan Harapan (PH) yang dimasukkan bagi memecahkan undi Melayu dalam pemilihan berkenaan.

Calon yang dimaksudkan ialah Sallehudin Ab Talib.

Tuesday, January 15, 2019

Laungan Allahuakbar iringi permasyhuran Sultan Pahang

Mencipta sejarah. Kalimah suci Allahuakbar akan berkemundang di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini sempena Permasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang ke-6 hari ini.

Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ahmad Shah berkata kalimah Allahuakbar akan dilaung sebanyak enam kali diiringi daulat Tuanku sebanyak tiga kali.

Monday, January 14, 2019

Anak Lanchang KP baharu Imigresen

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud yang baharu merupakan anak jati Kampung Chempaka, Lanchang, Temerloh.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional berkuatkuasa 2 Januari lalu.

Khairul, 47, yang berpengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan dan imigresen sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) sejak Julai 2018.

Pertukarannya  diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Menurut sumber, Khairul dikatakan pernah dijemput ke SMK Datuk Bahaman, Lanchang (beliau ialah bekas pelajar sekolah tersebut) baru-baru ini bagi memberikan ceramah motivasi serta berkongsi kisah pengalaman dan perjalanan kerjaya serta kehidupan.

Ketika itu beliau ialah Pegawai Kanan Jusa B dan selaku Timbalan Pengarah di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Berada di jawatan Ketua Pengarah bolehlah dikatakan tertinggi dalam sektor awam yang boleh dijadikan contoh dan motivasi khususnya bagi anak Lanchang dan Temerloh amnya.

Maran Bandar Purba, pusat ayam kampung dan lain-lain

Apabila dipilih sahaja sebagai Adun Luit pada PRU 14, YB Mohd Sofian Abdul Jalil merasa tidak kekok lagi kerana mewarisi legasi keluarganya yang diangkat sebagai wakil rakyat di situ yang dulunya dikenali sebagai Dun Bandar Maran.

Almarhum ayahandanya YB Cikgu Abdul Jalil Mohd Seh menjadi wakil rakyat selama sepenggal dan kemudiannya disambung oleh kekanda beliau Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil (kedua-duanya dari Umno BN) selama tiga penggal (1999 – 2013).

Sunday, January 13, 2019

PAS Pahang sembah tahniah pelantikan Sultan Abdullah



PAS Pahang menyampaikan sembah tahniah atas pelantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang Ke-6

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, seluruh rakyat Pahang teruja dengan pelantikan baginda.

"Saya yakin baginda akan melaksanakan amanah ini dengan penuh bijaksana dan saksama," ujarnya.

Thursday, January 10, 2019

PAS bersetuju calon wakil BN di PRK CH

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan parti itu bersetuju dan berpuas hati dengan calon yang dikemukakan sebagai mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands pada 26 Januari 2019 nanti, iaitu bekas ACP Ramli bin Mohd Nor.

Calon tersebut adalah berketurunan Orang Asli tempatan dan beragama Islam.

Wednesday, January 9, 2019

Ahli PAS wajib faham perjuangan

Oleh: MUHAMMAD HADI 

KANGAR: Penglibatan dalam PAS mestilah didasari dengan kefahaman yang jelas berkaitan aqidah dan perjuangan hasil daripada pentarbiyahan yang diikuti, demikian ingatan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, dengan kefahaman (ilmu), seseorang ahli dapat melaksanakan tugasnya dengan baik serta penuh keikhlasan hasil kesedaran yang lahir daripada kefahaman tersebut.

Membaca Tun dari pandangan lain

Oleh ROSLAN SMS


Ramai yang berserabut dan tidak dapat membaca apakah maksud PM Tun Dr Mahathir apabila beliau dedahkan darihal peranan penting yang dimainkan oleh DAP dalam kerajaan PH dalam satu majlis di Kuala Terengganu semalam.

Ia dilihat sebagai satu pengiktirafan dan perakuan besar bahawa DAP ini sungguh berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan sehinggakan kedudukan Tun sebagai PM pun mereka yang tentukan.

Tuesday, January 8, 2019

Wujud desakan PAS bertanding di Cameron Highlands

KUANTAN: PAS Pahang mengakui wujudnya desakan daripada akar umbi parti itu di negeri ini yang mahukan wakilnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari depan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata desakan itu timbul selepas mengambil kira pelbagai faktor serta sentimen politik semasa seperti kontroversi insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor, November lalu.

PH versi BN 2.0 semakin jelas tersertah

Oleh : DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

Ketika usia kerajaan Pakatan Harapan belum mencecah usia setahun sejak memenangi Pilihanraya Umum ke 14, perangai dan watak UMNO BN yang mereka kutuk dan telanjangi sudah terlihat jelas disalin oleh mereka pula.  Tidak salah persepsi rakyat bahawa PPBM sekadar menjadi UMNO 2.0 manakala PH adalah BN 2.0 kerana tindakan dan langkah mereka serupa, walaupun parti dan kerajaan berubah. Kuasa adalah mandraguna yang mengundang petaka jika tidak diurus dengan iman dan taqwa, rakyat merasa mual dan geli melihat pemimpin PH tetap mengulangi kesilapan regim dahulu. 

Monday, January 7, 2019

Wan Saiful dedah pemalsuan tuntuan Bersatu, ditawar wang besar

Ahli Majlis Pimpinan tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendedahkan terdapat pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu Perlis.

Beliau yang juga Penasihat khas kepada Menteri Perdidikan Dr Maszlee Malik berkata, ekoran itu beliau telah membuat laporan polis mengenai pemalsuan yang dianggapnya satu kesalahan itu.

Friday, January 4, 2019

Masalah jalan, warga emas lelah hampir maut

Zakhwan ketika ziarah gadis leukimia di Jerantut Feri
“Bila saya pergi ziarah (di hospital), dia kata dia rasa nak mati dah... Kerana apa? Kerana masalah jalanlah.”

Demikian cerita Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, menceritakan saat-saat cemas seorang warga emas 70-an penghidap lelah yang bertarung dengan maut di Kampung Batu Balak, Jerantut iaitu sebuah kampung yang tidak boleh dilalui dengan kenderaan biasa.

Thursday, January 3, 2019

Mohon doakan Dr Mursi

Oleh ABDUL MUEIN ABADI

Terkini dilaporkan bahawa Dr. Mohamed Morsi – Presiden Mesir yang digulingkan oleh tentera pro-Israel pimpinan al-Sisi pada 2013 – berdepan kemungkinan untuk mati dalam tahanan atau mati pramasa (premature death) akibat seksaan dan layanan kejam di penjara.

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi, yakni dalam Januari 2019, beliau juga akan kembali dibicarakan di Mahkamah – satu taktik penyeksaan mental dan fizikal secara berturut-turut yang diulang-ulang rejim al-Sisi sejak enam tahun lalu.

Dr. Morsi dilayan dengan kejam di penjara Tora yang digelar penjara ‘Kala Jengking’ – malah hingga ke tahap di mana sebuah panel yang dinamakan Detention Review Panel (DRP) yang turut dianggotai para peguam dan ahli parlimen Britain mengecam kaedah tahanan ini yang dicela sebagai ‘di bawah tahap yang sepatutnya berdasarkan undang-undang antarabangsa’.

Ustaz Kamal agih sumbangan kepada 250 penerima

Ustaz Kamal berucap di hadapan pelajar dan penerima bantuan barang keperluan
di perkarangan Masjid Komtaq
Seramai 250 dari kalangan keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan berupa barang keperluan harian dan beg sekolah disampaikan oleh Mudir Kompleks Tahfiz Al Quran Al Qaradhawi (Komtaq), Kerdau Ustaz Kamal Ashaari ini.

Majlis penyampaian yang diadakan saban tahun itu berlangsung di perkarangan masjid Komtaq, Kuala Kerdau sempena sesi awal persekolahan 2019.