Monday, January 14, 2019

Anak Lanchang KP baharu Imigresen

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud yang baharu merupakan anak jati Kampung Chempaka, Lanchang, Temerloh.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional berkuatkuasa 2 Januari lalu.

Khairul, 47, yang berpengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan dan imigresen sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) sejak Julai 2018.

Pertukarannya  diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Menurut sumber, Khairul dikatakan pernah dijemput ke SMK Datuk Bahaman, Lanchang (beliau ialah bekas pelajar sekolah tersebut) baru-baru ini bagi memberikan ceramah motivasi serta berkongsi kisah pengalaman dan perjalanan kerjaya serta kehidupan.

Ketika itu beliau ialah Pegawai Kanan Jusa B dan selaku Timbalan Pengarah di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Berada di jawatan Ketua Pengarah bolehlah dikatakan tertinggi dalam sektor awam yang boleh dijadikan contoh dan motivasi khususnya bagi anak Lanchang dan Temerloh amnya.

No comments:

Post a Comment