Wednesday, January 30, 2019

Perarakan khas sempena keberangkatan Yang Di-Pertuan Agong XVI

Sempena istiadat memuliakan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Xvi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ke Istana Negara, Kuala Lumpur, satu perarakan akan diadakan esok (Khamis) 31 Januari.


Menurut pekeliling daripada Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali, perarakan bermula jam 7 pagi itu bermula dari Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, Lapangan Terbang TUDM Kuantan.

Laluan perarakan ialah Jalan Istana Abdul Aziz - Kuantan Bypass - Jalan Kuantan Gambang - U-Turn Lampu Isyarat Panching - TUDM.

Justeru orang ramai yang ingin hadir samada di TUDM Kuantan atau di sepanjang laluan perarakan adalah dinasihatkan mengambil tindakan iaitu tidak di benarkan meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang lalu lintas, tidak berhimpun atau berkumpul sehingga menghalang laluan perarakan, meletak kenderaan di tempat yang telah di tetapkan serta patuh peraturan lalulintas dan arahan pihak keselamatan.

Bagi sambutan di perkarangan Istana dan sepanjang Jalan Abdul Aziz dicadangkan kawasan letak kereta atau bas adalah seperti berikut di Stadium Sukpa dan kawasan lapang Kota SAS.

Manakala bagi sambutan di TUDM, kawasan letak kereta atau bas ialah berhadapan pasaraya Nirwana dan kawasan Pasar Jaya Gading

Orang awam digalakkan hadir dengan berpakaian kemas dan sopan serta hadir awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Pahang turut mengumumkan cuti peristiwa seluruh Pahang esok sempena pertabalan Sultan Abdullah.

No comments:

Post a Comment